Hi Korang,
Sejak jadi blogger yang suam-suam kuku yang bajet retis ni, aku memang selalu dapat pertanyaan mengenai bagaimana nak beriklan di blog aku. Alah blog aku bukan ada apa special pun but maybe diorang ni tertarik dengan cara aku menulis kot
mari-mari join sama saya ini bisnes ye
Hehehehe.. masuk tong drum angkat sendiri, tong drum pecah jatuh terduduk kan.. hahahahaha mongok punye Cik Lily Putih ni tau.
BUT THIS IS TRUE!!!
Memang sangat banyak. Ada yang nak beriklan di blog, ada yang nak just shoutout di instagram sajor, ada yang suruh review product, ada yang ajak pi food review, ada yang ajak pi resort bercuti kat tempat diorang dan memacam lagi. Tulis pasal bengkel kereta pun hado gak tau.
So bersyukur sangattt.
Tapi aku tak delah tamak pun, kalau ada kesempatan aku pi buat, kalau aku rasa sesuai dengan content blog aku then aku pi review bukan semuanya aku sapu ek. Sudahnya aku pi rekemen kat blogger lain jelah yang boleh buat tapi kalau client tak mau, nak buat cam ne kan.
Ini kisah 3-4 minggu lepas..
Client M : saya berminatlah nak beriklan di blog Cik Lily Putih ni
CLP : ermm tak jadi masalah, asalkan kena dengan terms dan conditions ni, saya ok je.
Client M : Pasal bayaran cam ne plak?
CLP : depends pada budget Encik M, kita boleh workout daripada budget yang encik sediakan tuh. Semua ni negotiable. Saya bukan apa, nak tolong orang melayu kita ni je dan tak nak manipulasi harga blogger rate yang lelain. So saya kena ikut harga market yang bersesuaian.
fuh kiri fuh kanan, berkat doa baginda Ali..
Client M : Soal budget tak jadi masalah. Kalau awak cakap RM700-800 untuk satu review ni pun saya ok tapi awak boleh janjikan pulangan berlipat ganda ke daripada amount yang saya bayar pada awak tuh? Contoh macam, saya bayar awak RM700 untuk satu review tapi awak boleh gerenti ke saya boleh dapat pulangan RM7000 pulak.
CLP : gulppp.. (telan air liur kejap) Ni saya nak bagitau pada Encik M la ye, saya ni bukan kerja kat pasaran bursa saham yang boleh ramal keuntungan produk Encik dan saya rasa sepanjang saya jadi blogger ni belum pernah saya dengar ada kursus untuk blogger jadi peramal keuntungan yang boleh janjikan sesuatu bisnes tu maju.
meh anak tengok, bisnes kita da untung ke tidak ye
Client M : Jadi awak tak boleh bagitau berape keuntungan ROI (return of investment) saya la ye..
CLP : Memang tak boleh la Encik M, saya menulis blog hanya untuk membantu Encik M spread the news all over the internet sahaja, yang lelain berganutng kepada Encik sendiri. Kalau service Encik tak bagus, barang pun tiruan, makanan pun tak sedap, pekerja pun cam jahanam, saya rasa Encik boleh fikir sendirilah ye berapa keuntungan ROI Encik.
Client M : Ermm tak perlah kalau cam tuh, saya boleh cari blogger lain yang boleh menjanjikan R.O.I yang bagus.
CLP : Insyallah kalau Encik dah niat cam tu ye..
Selang 3-4 hari kemudian..
Client M : Salam Lily, saya nak offer lagi sekali projek review tu dengan awak lah..
CLP : Mintak maaf Encik M, saya tak boleh menjanjikan ROI yang cantik ye. Saya takut bila saya accept offer Encik ni saya jadi tak ikhlas masa buat review nanti. Terima kasih
Ko rasa ape??
Sakitnya ku di sini di dalam hati ku. Dah memang kerja blogger ni spread the news mengenai service / food / product yang untuk meningkatkan lagi pasaran menda-menda ni tapi tak delah sampai boleh cakap hah mesti masyuk ni kan. Rezeki ni semua di tangan yang kat atas tuh, kalau dia kata untung then untunglah. Kalau dia kata sebaliknya mesti ada hikmah punya.
Yang penting usaha untuk memasarkan sesuatu bisnes tuh.
hah meh tengok dalam teluk jampi ni ek
Ok ok lepas ni nak pi cari mangkuk jampi cam Pak Belalang tu ek, untung-untung aku boleh ramal yang aku akan jadi mak tak lama lagi kan hehehhehhehe.. ishk mengarut sungguhlah!
Anyway, korang yang berminat nak beriklan di blog aku ni don't worry la ye. Just email to ciklilyputih@gmail.com untuk info lanjut. Nak review produk sahaja boleh, nak ajak pi makan boleh pendek kata semua boleh ye hehehehhehe
credit photo : google.com
kalau saya kak lily..
ReplyDeletesaya tanya balik...
"Product encik ni pamosss ke? kalau tak pamos cari blogger lain plis"
hahaha
Cayalah Cik Lily hehehe I like....
ReplyDeleteishk.. ishk.. ishk.. ada gak yg mcm tu yer.. sib baik tak kena kat aku. kalau tak, tak tau la aku nak jawab apa. hahahaha
ReplyDeleteha ha ha, sengal ko hingat haper? blogger ni macam tok moh boleh tolong jampi bagi ROI naik melambung berlipat kali ganda... orang yang beriklan dengan blogger ni sebenarnya banyak sangat untung tau..selagi blogger tu tak tutup blog, tak padam entri, produk dan servis ko tu orang baca bila cari di enjin carian... adehhh... adakah ini kesengalan abadi?
ReplyDeletemacam2 la kan..hehe
ReplyDeletekak..tlg promote blog saya boleh..tapi free la..hahaha..ok belanja eskrem ke..hehehe
hahahaha lawakla Mr M tu ... orang camni pun ada gak yek. Dah buang kutip balik. Takyah dilayankan orang cenggini ... nak ROI bagai ...cet!
ReplyDeleteAku nak emel la nanti ... ko open table yek hehe :D
Tu dia aih.. takut dengar dia punya permintaan.. review ni bagi saya untuk meletakkan sesuatu produk dalam carian google. lagi banyak orang review.. benda2 macam ni boleh mempengaruhi orang lain. macam cik lily cakap..zaman sekarang orang semua google jer.. dari produk,service & macam macam lagi.. Untuk jangkamasa panjang bukan hari ni review terus masuk sale juta2.. blogger salesgirl. cuma penyampai informasi.
ReplyDeleteBaru je kena baru-baru ini.
ReplyDeleteBila ada pihak klient cakap, dia boleh dapatkan blogger secara percuma.
Paling bernanah, bila dia cakap orang yang dia berurusan boleh bawa gua datang cover event dia secara percuma.
Dengan siapa dia berurusan itu?
Selama ini gua tolong2 member, ini kes tikam gua ke apa? Mohon pencerahan di entry akan datang he...23x
Memang dugaan dan cabaran untuk kita beri kefahaman dengan pengusaha / usahawan melayu bumiputera cerewet dan berkira sangat macam ni...
ReplyDeleteSalam .Hee tahniah dh jadi retis ;D
ReplyDeleteaiyak..mcm2 sikap org ni ye..buat iklan briya klo pmbeli xnk beli pun sama jgak ye x..
ReplyDeletebest la jadi otai mcm cik lili ni. ada je org nak beriklan walaupun kadang2 tak logik.
ReplyDeletehttp://kucenmaster.blogspot.com/2015/03/cost-per-unique-visit-from-nuffnang.html
hahaha.. kelakar lah kak....
ReplyDeleteboleh plak macam tu kan...macam-macam ragam..huhuhu
ReplyDeleteMengharapkan sesuatu keuntungan dengan cepat.
ReplyDeleteCuba bawa bertenang dalam sesuatu pelaburan.
hahaha..terhibur dgn penulisan cik lily.. :)
ReplyDeletesekali otai bercaras... zasss
ReplyDeleteAik...macam ni pun ada? Aduhaiiii...parah2
ReplyDelete..macam mana la melayu nak maju kalau masih ditakuk lama...kita blogger ni cuma jalankan tugas je..spread the news...bukan boleh menjanjikan lipatan ganda pendapatan diorang...selebihnya diorang punya usaha la kan...