Thursday, April 30, 2015

Busy Meeting Sana Sini

Hi Korang,


Minggu ni memang hidup ktorang tak teratur langsung.

Sebab sibuk benau dengan aktiviti cuti Labour Day minggu ni. Ktorang kan ada family day untuk keluarga sebelah Mr Big so secara automatiknya aku pun terjadi one of the committee.

Alah cuma handle aktiviti games je

Tapi meeting tak abis-abis ko. Sorang sana sorang sini sorang busy so cam ne nak discuss online. Sudahnya bila weekend je set-up meeting. Tak kisah lah kemana pun janji meeting jalan.


Ni masa ktorang ada dinner sempena retirement mama kat Grand Milenium Hotel. Tak sangka betul dah 25 tahun mama kerja kat situ. Dari zaman Mr Big sekolah rendah sampailah dah kawin ni kan. Sedih jugak tengok video masa farewell party mama hari tuh. Biasalah kengkawan kat tempat kerja dah macam adik beradik anak beranak kan. 


Yang ni pulak meeting masa dinner, nak beli barang-barang untuk games tu nanti. Sambil nak tunggu makanan sampai sempat jugak listing barang apa nak beli kan. 

Pendek kata, sukaneka sukaneka sukaneka je yang ktorang fikir dalam 2 minggu terakhir ni.

Hopefully semuanya berjalan lancar lah.

Selamat bercuti panjang korang, ek korang pi mana plak kan...

Cik Lily Terfikir : Of courselah highway KL-Seremban tu akan jem yang amat kan...

Wednesday, April 29, 2015

Makan Tengahari Di Fish & Co iOi City Mall Putrajaya Sempena Grand Opening

Hi Korang,


Tengahari kalau tak de apa-apa memang aku duk memerap kat opis ni je, malas nak kuarlah sebab panas.Sungguhlah hai puteri lilin kan. Padahal hitam legam melemiuh muka tu kan hahahaha


Bila dapat invite dari Fish & Co untuk ke grand launching outlet mereka yang terbaru iaitu di iOi City Mall Putrajaya of courselah tak nak lepaskan peluang. Lagipun lama dah tak ke sana so pegi jelah bukan jauh dari office.



Duduk semeja dengan blogger Suria Amanda, majority press yang ramai blogger cuma ktorang berdua je, sementara nak tunggu event start, of courselah bergambar di photobooth yang di sediakan.



Fish & Co melancarkan cawangan terbarunya di iOi City Mall Putrajaya berikutan kejayaan outlet-outlet sebelum ini di One Utama Shopping Centre, Pavilion KL, Paradigm Mall, Place Utama @ USJ 21, dan The Mines Shopping Mall.


Majlis tersebut telah dihadiri oleh pihak media dan blogger. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh tetamu kehormat, Lee Yeow Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IOI Properties Berhad, bersama-sama dengan Director Fish & Co. Steve Tan





Ktorang di hidangkan dengan menu lunch buffet termasuklah Grilled PeriPeri Chicken, Grilled Salmon, Seafood Pizzas, Captain Hook (fish fillet), dan pelbagai lagi menu yang sedap dan lazat. Makan dalam kuali mestilah awesome kan hehehehe




Thank you Fish & Co sebab sudi menjemput Cik Lily Putih ke grand launching ni, so lepas ni tak yah nak pi jejauh nak makan ikan kan hehehehe

Cik Lily Terfikir : nasi butter diiorang ni sedap lah ek, nak tambah tapi malu la plak..

Tuesday, April 28, 2015

Pure Beauty Youth Restore Launch Di Cruise Tasik Putrajaya

Hi Korang,


Aku sendiri tak tau pun kat Cruise Tasik Putrajaya ni.


dengan beauty bloggers yang cantikss belaka

angin tiup kuat, terus serabai rambut di buatnya

Nasib baik ada media invitation ke sini so tau lah jua akhirnya. Thanks to Watsons for special invite ni. 

Watsons Malaysia memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu all-new anti-aging skincare, Pure Beauty Youth Restore Lift & Nourish skincare range. Dilengkapi dengan empat produk serba baru yang menjanjikan untuk memberi nafas baru dan memulihkan kulit yang muda, Pure Beauty Youth Restore Lift & Nourish range akan merevolusikan rejim penjagaan kulit pengguna dari hari ke malam dengan newest Lift & Nourish Firming Essence, Lift & Nourish Firming Eye Cream, Lift & Nourish Moisture Day Cream SPF 20 and Lift & Nourish Repair Night Cream.

lepak-lepak dulu dalam cruise


Mengandungi formula asli yang unik, dihasilkan daripada pasukan dermatologi Korea Watsons, Pure Beauty Youth Restore Lift & Nourish range bakal membantu pengguna untuk mengurangkan garis-garis halus dan mengembalikan seri muda kepada kulit.


Pure Beauty Youth Restore Lift & Nourish mempunyai pelbagai ciri-ciri termasuklah 4 bahan-bahan utama, yang telah diuji untuk kebolehan yang luar biasa untuk memulihkan kulit yang muda:

- Kompleks LiftoninTM, yang meningkatkan keanjalan dan mengurangkan kedutan

- Gabungan unik Korean Red Ginseng Peptida, Green Kaviar dan Blue Lotus Ekstrak untuk mengunci penghidratan

- Certified Organic Ekstrak aktif, digabungkan khas untuk menenangkan kulit anda


“Liftonin is a proven active ingredients complex that can help lift and firm skin, smoothing fine lines and wrinkles, to reduce effects of aging. Pure Beauty Youth Restore contains ample Liftonin in its advanced formulation, and is a verified anti-aging system that can deliver multiple functions, including nourishing, hydrating and soothing skin,” mengikut penerangan daripada Dr. Kim.

Ok ada check keadaan kulit muka, of course terus aku volunteer kan

kulit muka perempuan umur 30 an

jangan takut tau

ok senyum je ek

kan tak de apa-apa tuh


“I really like the Youth Restore Eye cream whereby it helps reduce the appearance of dark circles, puffiness & fine lines, giving me brighter, younger-looking eyes. Furthermore, the Youth Restore Night Cream really works well on my face, it helps to improve dull complexions and giving me supple & radiant skin in the next day morning” kata Wong Chui Ling selaku duta Pure Beauty.


Majlis pelancaran juga di hadiri oleh Ms Caryn Loh, Watsons Malaysia General Manager of Trading, Danny Hoh, Watsons Malaysia Head of Marketing dan Joyce Lau, Regional Product Manager. 

The Complete Pure Beauty Youth Restore Line:


Youth Restore Lift and Nourish Firming Essence (RM 69.90):
Highly-concentrated active ingredients enrich your skin with new life, promoting restoration, rejuvenation and enhancement of facial contours.

Youth Restore Lift and Nourish Firming Eye Cream (RM 49.90):
Highly-concentrated active ingredients reactivate your body’s youthful signals. It helps lifting eye areas, defining eye contours, reducing dark eye circles and fine lines for brighter, younger eyes. 

Youth Restore Lift and Nourish Moisture Day Cream SPF 20 (RM 54.90):
Complete protection against UVA/UVB rays, free radicals and daily dust particles in the air. Anti-aging Complex helps lift, firm and moisturize.

Youth Restore Lift and Nourish Repair Night Cream (RM 55.90):
Highly-concentrated active ingredients helps reduce fine lines and improve a dull complexion while you sleep. Enjoy fresher, suppler skin from the moment you wake!


Pure Beauty Youth Restore Lift and Nourish boleh di dapati secara esklusif di Watsons!

Nak details lanjut mengenai produk ini boleh layari www.facebook.com/watsonsmalaysia or Watsons official website www.watsons.com.my 

Cik Lily Terfikir : Kalau nampak muda 10 tahun, of courselah harus di cubakan hehehehhe

Monday, April 27, 2015

REDANG DE RIMBA Pulau REDANG, Seronok Bercuti Di Sini

Hi Korang,


Lambat sangat citer pasal percutian ktorang ke Redang De Rimba ni. Ini first time ke pulau Redang, never in my life tau.

lalu LPT 2, toll free lagi tau

Asalnya dah lama plan nak ke mari tapi masa memang mencemburui aku sungguh, bila nak pi ada je yang menghalang until 1 week before nak pi tuh, terus je buat booking dengan tokeh resort. Sebenarnya tempat ni kepunyaan family kawan aku so dia yang beria-ria ajak ktorang ke mari. 

So pi gak la hujung bulan March hari tuh. Aku rangkumkan dalam 1 entry ek coz malas nak tulis 2-3 entry, letih ooo..

The Trip / Journey

Jadi jumaat tu ktorang bergerak ke Kuala Terengganu. Makan masa 4-5 jam gak, ikut LPT2 (Lebuhraya Pantai Timur 2) ni memang sangat cepat tapi bosanlah coz pemandangan tengok hutan jelah. Sampai Kuala Terengganu nothing to do so jejalan kat bandar, pi makan kepok lekor dengan ICT itu jelah.

bandar Kuala Terengganu dari dalam feri

amik tiket dulu ek

bersama tokeh pulau resort

Sabtu pagi, ktorang naik feri di Jeti Shahbandar Kuala Terengganu dekat benau dengan Pasar Payang. Parking kereta dalam Jeti Shahbandar tuh then terus jalan kaki bersarapan di Pasar Payang. Pukul 9.30 dah standby kat dalam tempat menunggu coz feri dah nak sampai kan. Tips : Sebaiknya datang awal.. seawal 7.30pagi untuk parking kereta bagi mendapatkan tempat redup.. kalau tak cepat penuh nanti.. dan terpaksa parking di tempat yang panas.

siap plastik muntah tau

nampak tak ombak sampai ke tingkap feri

Feri memakan masa lebih kurang 2 ½ jam. Kebetulan ombak kuat pulak masa ktorang dalam feri tuh, jawabnya feri rasa macam nak terbalik bila di pukul ombak. Bila dah macam tuh, aku pulak pening sapu minyak angin dan tidur je. Ada orang siap muntah-muntah bagai, eee memang kuat. Aku siap buat instavideo pasal ombak kuat ni.


Akhirnya sampai jugak di Pulau Redang besar. Jeti ferinya sempoi bebenau, yelah kawasan kampung nelayan kan. Kat Pulalu Redang besar ni ada 3 je hotel or resort yang besar iaitu The Taras, Pulau Redang Resort dan Redang De Rimba. Homestay kecik-kecik memang banyak la

Redang De Rimba Resort


Dah ada orang tunggu pi ktorang kat jeti tuh, terus naik van comey ni. Rupanya Redang De Rimba ni terletak betul-betul dalam kawasan kampung tapi nak ke pantai dekat jugak lah.



cantik kan..

Masa memula sampai, tak sangka aku resort ni cam ni, sebab ianya di bina di lereng bukit. Seriouslah sangat cantik. Tersusun je bilik-biliknya, cuma penat sket kena naik tangga je. But don't worry tangga bukan curam pun. 

Dah layan je gegambar resort ni ek










Kagum kan, kagum kan.. ermm kagum tak..

Sebab tak ramai orang ktorang dapat bilik yang bawah tuh. Actually bilik tu untuk 4 orang tapi pujuk baik dengan tokeh resort dapatlah bilik bawah. Takdelah letih nak panjat ke atas tu kan.



ini bilik untuk 4 orang ye.. tapi ktorang dapat bilik ni

baru sampai muke selenge



ini bilik untuk 2 orang katil queen

bilik katil single

Semua gambar bilik aku amik, senang korang nak refer nanti bila nak bercuti ke mari. Oh ye, nak bagitau lagi ni WiFi sangat awesome. Laju semedang, kat bilik laju, kat tempat makan laju, kat bawah tempat lepak-lepak kat wakaf pun laju. 

Redang De Rimba ni jugak ada Dive Centre, so kalau divers nak menyelam di pulau Redang ni, diorang ada sediakan facilities menyelam gak tau.

Ke Marine Park Pulau Redang.

Apa lagi nak buat kalau bercuti di pulau kan, of courselah mandi laut. Untuk hari pertama tuh, ktorang di bawa ke Taman Laut Pulau Redang. Alah dekat dengan dengan resort ktorang ni but still kena naik boat jugak unless korang nak berenang kann hahahahah 








Sangat seronok main ikan tepi pantai je, memang beli roti sesiap so seronoklah bagi diorang makan. Sampai ada yang gigit jari gak tau hehehehe bestttt..

2nd Day – Snorkeling Trip


Inilah yang di tunggu-tunggu, snorkeling trip yeahhh. Lepas je breakfast ktorang ke jeti balik untuk bermandi-manda dengan ikan comel. Ada 3 tempat snorkeling kalau ikut standard pakej yang di tawarkan di Redang De Rimba ni. Ktorang ke Long Beach, Paku Island dan Kerengga Island.













Ntah aku sendiri tak tau yang mana satu ktorang pi dulu, janji dapat snorkeling sudah. Ya allah, memang sangat awesome ikan-ikan di sini. Jinak-jinak pulak tuh, bagi je makan roti berkerumun datang makan, seronok amik gambar time ni.



Dekat ada pitstop ni, ktorang berhenti di pantai. Specialnya pantai tuh hanya untuk divers je tapi adik jaga boat tu baik bawakkan jugak ktorang kemari. Hah mandi-manda di pantai lagi. Siap jumpa track penyu naik kedarat tau. Agaknya malam semalam diorang naik untuk bertelur kot tapi tak jumpa pulak kat mana diorang tanam telur-telur ni, ishk pandai sungguh penyu nie.


Abis snorkeling trip dalam kul 2 cam tuh.


Lepas makan tengahari, naik bilik mandi dan terus tidur. Penat ooo mengayuh-gayuh tangan berenang kan. Hahahahahaha poyo tau..






Petang tu plak, ada trip ke Teluk Dalam Besar Beach. Dekat je, naik motor yang disediakan. Main-main air sket then terus pusing satu kampung pulau Redang ni. Ala hai cenonet je tempat ni tapi memang menenangkan. Pi makan kapok lekor dan sotong goreng tepung tepi jeti, tengok orang tangkap kambing, selfie di Redang Island Resort sangat-sangat rileks. 

sebelum makan, update dulu kan




sarapan pagi sebelum pi snorkeling




Malam lepas makan, lepak depan bilik menikmati keindahan kampung pulau Redang ni. Kengkonon feeling nak baca buku bagai ermm sudahnya tertidur kat kerusi depan tuh. Sampai bebudak front office ni ajak karaoke kat bawah pun malas kan. Hehehehe

3rd Day – Trip Back to Kuala Terengganu

Ktorang balik first feri pagi tuh kul 6.30 pagi van dah datang jemput. Naik feri kul 7 pagi dan kul 8.30 pagi dah sampai Jeti Shahbandar balik. Sebab ombak tak de cepatlah ktorang sampai kan. Ermm rasa sedih benau nak tinggalkan Redang De Rimba ni sebab tempatnya yang sangat cozy dan peaceful. Tenang yang amat lah. 

Ok nak sambung citer lagi ni. Ktorang pi ikut pakej yang disediakan oleh Redang De Rimba tu sendiri, ni hah pakejnya

nampak muka sama je kan, adik-beradik je jaga resort ni. bagus diorang ni

Pakej termasuk 

Return ferry transfer (Jetty Shahbandar - Jetty Redang - Jetty Shahbandar) 
8 Trip Transportation 
2 Night Accomodation with aircond, hot shower & LED TV Astro 
2x breakfirst, 2x lunch, 2x dinner 
1x snorkeling trip (3 stop) 
1x snorkeling trip (Marine Park) 
1x beach trip 

Semua sekali masa tuh early bird punya harga dalam RM760 untuk 2 orang. Kalau korang pi reramai boleh dapat lagi harga murah dan diorang boleh sediakan BBQ night dinner gak ye. So kena call dan discuss gak la, kalau bagitau korang pembaca CIK LILY PUTIH lagilah special treatment korang boleh dapat. hehehehhe

Hah inilah tempatnya ye


ADDRESS:

Redang De’ Rimba Resort
Lot 171, Kg Baru Pulau Redang,
21090 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia.

PHONE:

+09 630 2887 (Office)
+6014-293 3131 (Nita/Sue)
+6013-967 4545 (En. Rusli)

E-MAIL:



Cik Lily Terfikir : mesti korang teruja nak pi Redang De Rimba masa cuti panjang Labour Day nanti kan, ermm dah penuh ye