Tuesday, February 3, 2015

Sedap Gak Coca-Cola ZERO ni Ek

Hi Korang,


Lately ni aku dah jarang minum bergas ni, alah saje ni. Kengkonon nak kurangkan pengambilan gula seharian. Bukan tak ambil gula langsung but kurenggg sket ek.

Hehehhehe


So baru-baru ni ada event launching Coca-Cola ZERO ni kat Black Box PUBLIKA, ermm dalam hati tak nak minumlah coz gula kan. Bila dah dengar details mengenai kandungan bahan-bahan dalam Coca-Cola ZERO ni terus aku jadi suka plak.


Minuman baru yang kelihatan seperti Coca-Cola, rasa seperti Coca-Cola dan mampu menghilangkan dahaga juga sehebat Coca-Cola, kini dengan rasminya diperkenalkan di Malaysia. Ia tidak lain dan tidak bukan Coca-Cola zero, yang mempunyai rasa unik Coca-Cola tetapi dengan ciri istimewanya iaitu tanpa gula dan kalori.


“Rasa yang enak merupakan keutamaan kami dan kini dengan pelancaran Coca-Cola zero yang baru di negara ini, pelanggan kami dapat menikmati rasa yang standing dengan Coca-Cola asli walaupun ianya tidak mengandungi gula dan bebas kalori. Sukar untuk dipercayai? Cubalah sendiri.” kata Pengurus Besar The Coca-Cola Company bagi Malaysia-Singapore-Brunei, Gill McLaren.


“Coca-Cola zero yang begitu mirip rasanya dengan Coca-Cola asli pernah dianggap sebagai sesuatu yang mustahil untuk dicipta,” kata McLaren dalam ucapannya di majlis pelancaran yang berlangsung di ibu kota, hari ini.



Menurut beliau, tinjauan pasaran di Malaysia mendapati bahawa pelanggan Coca-Cola pada mulanya khuatir tentang kandungan Coca-Cola zero yang bebas gula. Namun setelah merasainya sendiri, mereka amat kagum dengan keenakkan rasanya yang standing dengan Coca-Cola asli walaupun ianya tanpa gula.


Diperkenalkan secara global sejak tahun 2005, Coca-Cola zero kini menerajui pasaran di Malaysia dan akan menghiasi rak-rak di seluruh Negara ini dengan bekas tinnya yang berwarna hitam, seiringan dengan Coca-Cola asli.


Coca-Cola zero dikeluarkan di kilang Coca-Cola di Malaysia dan Singapura yang mempunyai sijil Halal.

Tu dia...


Apa lagi, minum bercawan-cawanlah aku masa event hari tuh. Sedap plak wei, tak de langsung rasa pelik kan. Sedap seperti biasa…


3 comments:

  1. lya xleh minum minuman bergas.. tp seronok jgk join evant camni

    ReplyDelete
  2. SA kureng dgn minuman bergas...x tau la knp..

    ReplyDelete
  3. Nama pun cool.... boleh cuba gak la nanti sambil layan tengok bola malam nanti...

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!