Hi Korang,
Sushi?
Ermm nak buat sendiri rasanya tak tergamak lagi kot.
Walaupun banyak je blog yang citer dan tunjukkan cara buat sushi but I still feel makan kat kedai or restaurant tu lagi sedap kan. Mungkin ramuannya lagi lebih atau air tangan chef tu sebenarnya.
cara makan sushi yang betul
Ktorang memang wajib singgah makan kat Sushi King ni. Tak kiralah kat mana outlet pun. Selalunya kat Metro Point Kajang je dekat sebab lepas pekena Sushi boleh singgah minum kopi plak kat sebelahnya ada Starbucks hehehehhe semuanya alasan kan
歓迎
selamat datang kata waiter yang kat depan once kita jejak kaki di restaurant ni.
Aku memang akan pilih tempat yang connecting dengan conveyor belt tuh, sebab senang nak ambik sushi. Nampak je apa yang berkenan kat tekak ni lalu depan mata then terus amik kan.
Kenapa warna pinggan berbeza-beza ek K Lily?
Sebab pinggan tu menentukan harga sushi yang korang pilih tuh.
Pinggan Biru RM2.00
Pinggan Kelabu RM3.00
Pinggan Pink RM4.00
Pinggan Merah RM5.00
Pinggan Purple RM6.00
di antara yang senantiasa dipilih
golden ball, sampai 3 pinggan sekali bedal
Hah cam tulah, aku pun tak berapa ingat sangatlah. Ingat makan je tau. Diorang ada jugaklah menu set dan ala carte but ktorang prefer makan sushi je. Barulah feeling-feeling jepun gituh.
Kalau air plak, ktorang prefer Japanese green tea je. Cuba buat tengah berasap-asap tuh minum, hah lega terus masuk dalam tekak kan, macam mengikis je lemak-lemak di sepanjang saluran makanan tuh. Tapi jangan sampai melecur plak.
Average berapa ktorang selalu makan kat sini? Ermm jangan tanya lah malu nak cakap sebenarnya. Kalau nak tau gak sekurang-kurangnya mesti lebih daripada RM60 ke atas. Mr Big kalau makan ‘golden ball’ tuh sekurang-kurangnya 2 pinggan sebab sedap katanya.
Korang boleh la cuba kot.
adik ni tengah kira berapa pinggan ktorang makan ari tuh
Janganlah tamak kan, amik sepinggan sepinggan dulu. Tak cukup baru amik lagi. Actually makan sushi ni cepat kenyang sebab nasi kan. So pepandailah, cuma ktorang je yang tak reti-reti kenyang agaknya ada saka kot memasing ni hahahahhahahha
Blogger Jamar, bila nak seround makan sushi ni ek?
Selamat menjamu selera korang!!
lama tk mkn sushi..slalu pegi time bonanza save skit..dlu rm 2 now dh rm 3..tp time bonanza ada limit time la 45minit je
ReplyDeletesedapnyaa sushi. lama dah tak makan :D
ReplyDeletelama tak makan sushi. I know use chopsticks but my kids dont know.
ReplyDeleteHurmmm..... setakat Zul Arifin mesti ko boleh jumpa bila-bila kan... bestnya dapat produk Nivea tu...
ReplyDeletelama kot tak makan sushi ni..sesekali teringin jugak nak makan..
ReplyDeleteJMR sila jawab...nampak sedap...ooo baru tau kaler2 mewakili harga...
ReplyDeletesaya ada buat jugak entri sushi :D
ReplyDeletehttp://www.sayidahnapisah.com/2015/11/sushi-king-mines-serdang-first-time.html