Thursday, January 29, 2015

NISSAN X-TRAIL Serba Baharu Kini Di Pasaran

Hi Korang,

Cik Lily Putih dapat invite lagi ke majlis pelancaran dari Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) ni. So cam biasa aku akan wakilkan orang-orang untuk attend event ni coz tak sempat nak apply cuti hari tuh.


Nissan X-Trail serba baharu generasi ketiga telah menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah di seluruh dunia. Terbaharu, ia dipilih sebagai Kereta Terbaik 2014 Indonesia (Indonesia Car of the Year 2014) daripada majalah Mobil Motor dan Auto Bild Indonesia serta anugerah sama daripada Persatuan Media Automotif Utama di China.

Varian yang terdapat di pasaran Malaysia adalah varian tertinggi 2.5L 4WD dan 2.0L 2WD. Sejak pendaftaran pra-tempahan dibuka di Malaysia pada Disember lalu, Nissan X-Trail serba baharu telah menerima lebih 1,300 tempahan sehingga kini. 


Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng dalam ucapannya ketika majlis pelancaran Nissan X-Trail serba baharu berkata, “Kami berasa sangat berbesar hati kerana dapat memperkenalkan Nissan X-Trail serba baharu kepada rakyat Malaysia. X-Trail generasi sebelum ini sememangnya menjadi ikon kepada para peminat SUV di sini apabila lebih 19,000 unit berjaya dijual sejak ETCM memperkenalkannya pada tahun 2003. Nissan X-Trail serba baharu yang direka semula sepenuhnya menggabungkan warisan 4x4 Nissan dengan idea-idea baharu, gayaan premium dan teknologi perintis – sekali gus menjadikannya antara crossover paling canggih yang dilengkapi kemampuan off-road. Crossover premium inovatif ini merupakan satu lagi bukti komitmen ETCM untuk membawakan tawaran terbaik Nissan kepada para pengguna.” 

Nissan X-Trail serba baharu yang dipasang tempatan ini menampilkan teknologi perintis seperti Active Chassis Control. Ia disifatkan sebagai teknologi pertama seumpamanya di dunia yang memastikan pengalaman pemanduan adalah lancar dan bebas tekanan. 


Sistem Active Ride Control berfungsi mengurangkan rasa bergegar yang dialami oleh para pemandu ketika melalui jalan tidak rata dengan mengawal kuasa tork enjin dan brek demi meningkatkan keselesaan. Manakala sistem Active Engine Brake pula mengubah suai jumlah tekanan brek enjin bagi membantu pemandu mengurangkan kelajuan ketika hendak mengambil selekoh atau berhenti. 


Sebagai tambahan, sistem Active Trace Control – pertama pada kenderaan Nissan – akan mengenakan sedikit kuasa brek kepada tayar-tayar tertentu secara automatik untuk mengurangkan masalah understeer, selain membantu pemandu mengawal kenderaan ketika melalui selekoh. 

Varian 2.5L dilengkapi dengan ALL MODE INTELLIGENT 4x4 System (4x4-i) untuk mode memandu yang berbeza berdasarkan keadaan jalan raya. Ia menawarkan tiga mode iaitu pacuan dua roda, Auto Mode yang menukar pengedaran tork antara roda depan dan belakang secara automotik semasa memandu di jalan yang berturap atau licin, dan Lock Mode untuk pemanduan pacuan empat roda sepanjang masa.


Ciri yang didatangkan pada kedua-dua varian, Hill Start Assist membolehkan para pemandu menukar brake kepada pemecut secara mudah untuk memulakan perjalanan yang lebih selamat di curam bukit. 

Tambahan pula, Hill Descent Control – terdapat di varian 2.5L 4WD - mengawal kelajuan kenderaan (di antara 4km/j -15km/j) ketika menuruni laluan berbukit yang curam atau licin tanpa perlu menekan brek. Ini sekali gus membolehkan pemandu fokus untuk mengawal stereng kenderaan. 

Varian tertinggi, 2.5L 4WD dikuasakan oleh enjin QR25DE-k2 dengan sistem Twin CVTC. Ia mampu menjana kuasa sehingga 171 PS @ 6,000rpm dan tork 233Nm @ 4,000 rpm. Varian 2.0L 2WD pula dibekalkan dengan unit enjin MR20DD dengan sistem pancitan bahan api dan Twin CVTC yang berupaya menghasilkan kuasa mencecah 144PS @ 6,000rpm dan tork maksimum 200Nm @ 4,400rpm.

Kedua-dua varian enjin ini dipadankan bersama kotak gear Xtronic CVT generasi seterusnya bersama mode manual 7 kelajuan untuk pemanduan lancar dan prestasi yang penuh kuasa; serta Mode ECO bagi menawarkan penjimatan bahan api lebih baik. 


Dengan reka bentuk kemas dan penuh gaya yang memastikan kehadirannya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja, Nissan X-Trail serba baharu nyata mengambil sejumlah rekaan signatur Nissan. Misalnya, lampu nyalaan siang LED berbentuk Boomerang, gril Nissan berbentuk V yang tersendiri dan kombinasi lampu belakang yang standard pada kedua-dua varian. Keistimewaan varian 2.5L 4WD ialah lampu utama LED yang pertama dalam kelasnya dengan fungsi Auto serta lampu isyarat membelok LED. Roof Rails dan rim aloi bersaiz 17 inci pula memberikan Nissan X-Trail serba baharu penampilan yang menarik dan mengagumkan.
  
Konfigurasi tempat duduk 5+2 sememangnya menawarkan keluasan kabin yang luar biasa, terutamanya apabila tempat duduk tambahan diperlukan untuk kanak-kanak. Kapasiti kargonya juga mengagumkan iaitu 1,520 liter (apabila tempat duduk baris kedua dan ketiga dilipat rata) dan 550 liter (jika tempat duduk baris ketiga dilipat sepenuhnya). 

Nissan X-Trail serba baharu hadir bersama satu rangkaian sistem keselamatan yang dipasang sebagai ciri standard untuk semua varian. Ini termasuklah dua beg udara SRS di bahagian hadapan, Vehicle Dynamic Control (VDC), Traction Control System (TCS) dengan Active Brake-Limited Slip (ABLS), Anti-Lock Braking System (ABS) dan Electronic Brake Force Distribution (EBD) dengan Brake Assist (BA). 


Semasa majlis pelancaran, ETCM turut menyerahkan kunci kepada tiga pemilik pertama X-Trail serba baharu di Malaysia iaitu En. Chea Yaw Hwa, Ahmad Sulhi bin Ghazali dan K.B Moganarajan A/L K.T Balakrishnan.

X-Trail serba baharu ditawarkan pada harga RM165,800 untuk varian 2.5L 4WD dan RM142,800 bagi varian 2.0L 2WD (harga di atas jalan termasuk insurans di Semenanjung Malaysia). Ia didatangkan dalam lima warna – perak (Tungsten Silver), hijau (Titanium Olive), hitam (Diamond Black), biru (Graphite Blue) dan putih (Brilliant White).


Sempena pelancaran Nissan X-Trail serba baharu, ETCM menawarkan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu). Ia turut hadir dengan servis penyelenggaraan percuma selama tiga tahun untuk setiap pembeliannya.

Untuk maklumat lanjut, para pelanggan boleh menghubungi talian Tol PERCUMA Khidmat Pelanggan Nissan: 1800-88-3838 atau layari laman web: www.nissan.com.my.

APPENDIX

AKSESORI PILIHAN: ALL-NEW X-TRAIL
No.
Alat Ganti
Unit Harga (RM)
1.
Tinted filem keselamatan - V-Kool Elite Security
4,400.00
2.
Tinted filem - V-Kool Armorcoat
2,850.00
3.
Tinted filem – Solar Gard
1,450.00
4.
Tempat Duduk Kulit
2,800.00
5.
Ultra Glass Body Coating NEO           
2,350.00
6.
Multimedia Navigasi
3,800.00


2 comments:

  1. waaa....cantiknya...ini la yang si #gula2hati minat tu tp tu la...mahal walau ensem...tgh pujuk2 nak tukar keta baru ni...CRV dia tu dah mula meragam...

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!