Hi Korang,
Banyak plak citer pasal konvoi Alza Cameron Highlands aku ni.
Padahal perginya sekejapnya, citer berjela-jela hendaknya.
Disebabkan ktorang pi sana secara konvoi agak susahlah nak booked satu bangunan hotel. Yelah ko 60 biji kereta Alza tuh. So Kajang Crew ni pilih untuk duduk chalet biasa-biasa saje, yang menyenangkan ktorang jugak lah.
Ktorang di bahagikan kepada 3 group ikut zon masing-masing, Mr Big team Kajang tapi dia nampak team Seri Kembangan cam tak ramai orang dia join lah sekali, jadinya ktorang dapatlah Neeza Chalet ni.
Neeza Chalet ni terletak di dalam Kg Taman Sedia dekat Tanah Rata.
Memang betul-betul kawasan perkampungan tapi rumah besar-besar ek. Rasanya sebahagian penduduk mengusahakan ladang strawberry. Ktorang pi ladang strawberry senang sangat, jalan sampai depan terus dah nampak banyak giler ladang strawberry.
Chalet ni tak delah bertaraf 5 bintang pun, but sangat selesa dan luas.
Tengok ni, ktorang berdua ni dapat bilik yang ada 1 katil queen dan 1 katil single. Bilik besar sampai Mr Big cakap main kejar-kejar dalam bilik pun boleh.
Cukuplah ada tv comel janji ada siaran tv kan. Cuma ada kipas dinding sahaja but no air-con. Sebab apa, wei sejuklah Cameron Highland. Bila kat luar memang tak rasa sejuk, masuk je dalam bilik menggigil wei.
Selain daripada tuh, ada kemudahan lain seperti tempat BBQ, laman berehat, dapur untuk masak, fridge pun hado. Kira macam duduk kat umah semua ada. Mereka menyediakan satu ruang dapur yg lengkap ngan perkakasnya, siap gula, milo, susu pun ada. Kalau nak masak utensil semua lengkap tinggal nak beli barang untuk di masak je. Alah pasar malam Brichang kan dekat
Bebudak Alza ni, pagi nak balik tu siap masak sardine lagi makan-makan kan.
Tak silap aku harga untuk bilik 2-3 orang dalam RM120 dan harga bilik untuk 4-5 orang dalam RM160. Agaknya kalau booking banyak bilik boleh diskaun kot. Aku pun tak sure sebab ktorang bayar lumpsum RM250 pada Alza Committee sebab termasuk dengan BBQ dinner dan t-shirt event kan. Kira murah lah tu kan
Ok korang boleh check it out pasal Neeza Chalet ni di https://www.facebook.com/pages/Neeza-Chalet/373490592709586?fref=ts
Ini alamatnya,
Neeza Chalet
No 45
Kg Taman Sedia
Tanah Rata
Cameron Highlands
Telefon : 012 – 2677287 dan 05-4911932
Ok itu je.
Don't worry, kat atas ni tak hujan berpanjangan pun masa aku kat sana. Hujan sekejap-sekejap je, pagi plak cantik je cuacanya.
Selamat memetik strawberry...
emm..murah..seronok kan beramai2..hehe
ReplyDeletebestnya kalau dapat join aktiviti ni...
ReplyDeleteSalam, wahh boleh tahan juga ya..selesa, luas dan kemudahkan pun lengkap..mmg berpatutan jugaklah..hehe lama dh xpegi CH ni
ReplyDeleteOkay tu kalau luas. Agak2 kalau bawa toto aci tak.hehe
ReplyDelete