Hi Korang,
Aku citer overall la ek, later baru ade entry kecik-kecik satu persatu la kan.
Memang tak plan pun nak celebrate wedding anniversary kat Langkawi ni.
Sudahnya ari tu Mr Big ajak pi beli tiket kat Air Asia Office di KL Sentral. Bukan time promo pun, so bayar jelah amount yang tertulis kat screen kiosk tuh. Mak redho jelah, nasib baik duit blogging yang balance2 tu ada lagi kan. Trip kali ni kena turn aku sponsor so siapkan duit jelah.
Lagi 2-3 hari nak fly ke sana, baru sibuk nak search apa nak buat kat sana nanti. 4 hari 3 malam tuh, tak kan nak duduk memerap dalam bilik je which hotel pun tak book lagi. Teruk kan perangai. Nasib baik ada agent ktorang kat sana. So dia yang cadangkan a few places to stay dan apa aktiviti nak buat untuk ktorang berdua dan planned untuk ke Koh Li Pe di Thailand. Padahal ktorang ni tiap-tiap tahun pi Langkawi dah macam balik kampung tapi itu ikut family so shopping jelah aktivitinya.
Pagi sabtu tuh, lepas hantar #DakUban masuk asrama terus je ktorang ke KLIA2.
Malas nak naik public transport sebab rasanya agak leceh kot nak usung bag sana sini, so jawabnya park je di airport. Memanglah satu hari dalam RM46 rate parking tapi kalau kira balik kos aku naik public transport sama je. Ok park #BudakJahat bebaik dan terus masuk ke departure hall.
Flight dari KLIA2 ke Langkawi Airport was good. Walaupun keadaan cuaca tak menentu, hujan sekejap-sekejap ktorang still sampai on time.
Lepas je collect baggage, agent ktorang Syaiful dah tunggu kaunter tempat sewa kereta tuh. Tak ingat plak aku dia kaunter berape. Dialah yang tolong bookingkan tempat snorkeling, mangrove session, kereta sewa even hotel pun dia dah book a few hotel, ktorang just pi view dulu hotel mana nak tidur.
ktorang dengan Syaiful
Yelah ko, tengah musim cuti sekolah ni, bilik full manjang je. Dahlah dapat harga adik-beradik plak tuh hehehehe.
Amik kereta, terus je pi survey tempat yang Syaiful booking kan tuh. Semuanya area Pantai Cenang sebab senang ktorang nak ke Koh Li Pe esoknya. Singgah hotel sana, view hotel sini sudahnya ktorang check in di Landcons Hotel yang betul-betul depan Underwater World.
Bilik yang ktorang dapat tu sangat unik sebab atas building hotel ada resort kayu 6 biji je. Memang sangat privacy, senyap sunyi. Betul-betul rileks lah. Ok hotel nanti citer dalam entry lain tau.
Sudahnya ktorang tak dapat jugak nak ke Koh Li Pe Thailand sebab pasal urusan immigresen dan cuaca yang aku rasa tak berapa best untuk tidur semalam di sana.
So spend time di Pantai Cenang jelah.
Ermm bab makan plak, Langkawi ni memana tempat ada je tempat makan. Rasanya semuanya ktorang nak cuba tapi perut yang tak mengizinkan plak. Yelah kan, meletup usus tu kang baru, nak sumbat semua menda sekali masuk. Tapi ada 1 restoran yang aku banned kat Pantai Cenang ni sebab cara diorang masak ikan bakar tuh. Memang worstlah.
Aktiviti ktorang semasa berada di Pulau Langkawi ni ermm best. On 2nd day tu seharian ktorang kat Pulau Payar. Bermandi-manda bersama baby shark dan ikan-ikan air masin di situ.Seronok tak terhingga sampai aku jatuh tergelincirlah kat jeti ferry sebab hujan yang lebat masa nak naik balik ke ferry tuh.
Hari ketiga plak, ktorang mengabiskan masa mengelilingi Pulau Langkawi, alah bukan besar pun. Tuang minyak RM30 pun tak abis, saja nak tengok keadaan kehidupan orang-orang yang tinggal kat sini sampai Kilim Mangrove Tour pun ktorang tak pi pun hehehhehee sebab lepak duk main Duck Tours kat Oriental Village ni.
pekena kopi secawan dua di Cenang Mall
Lepas tu plak, jejalan ke Pekan Kuah untuk shopping coklat tapi tak beli banyak pun. Pinggan mangkuk ? ermm pandang jelah sebab dapur dah penuh dengan pinggan mangkuk. Tapi beli jugak periuk Tefal satu, alah untuk gantikan periuk masak maggi aku ni.
Sesungguhnya trip kali ni memang rileks sangat coz tak schedule pack pun. Bangun lambat, boleh pi makan bila-bila, lepak-lepak depan bilik hotel sampai tengok sunset, mandi swimming pool sesuka hati, jejalan di Pantai Cenang tu sampai ke pagi. Yelah kat sana majoriti tutup dekat nak subuh kan.
Dah macam tourist mat salleh plak rasanya.
Ok untuk entry kecik-kecik aku tulis lain kali ek, senang sket korang nak refer untuk travel ke Pulau Langkawi ni nanti. Oh ye, aku tak tulis pasal budget pun sebab memang tak de budget untuk trip kali ni. Alah anniversary kan, setahun sekali itu pun nak berkira gak ke. But majoriti perbelanjaan semua guna duit blogging kecuali makan dan sewa kereta coz Mr Big yang banjer. Lelain semuanya ON me.
Dah itu je..
Cheers
Alahaii sweet sangat ! Happy anniversary kak. ^_^
ReplyDeletebestnya..happy anniversary.. semoga berbahagia sampai syurga.. kami mesti nak kena heret budak2 tak leh nak sweet2.. nak pinjam x? nak gi hanimum berdua pulak..hehehe
ReplyDeletekemain honeymoon :)
ReplyDeleteNasi lemak tu nampak tempting....boleh pulun makan 3,4 bungkus sekali kan....
ReplyDeleteHappy Anniversary..
ReplyDeleteAssalamualaikum kak lily, semoga kalian berdua berbahagia hingga ke Jannah. hehe bestnya g Langkawi. tak sampai lagi kat situ. hahahhaa
ReplyDeleteHappy Anniversary.. sama la usia perkahwinan kita Cik Lily.. kawen tahun 2007 kan? Moga Happy Always. :)
ReplyDeletealaa kenapa tak amek gambar baby shark? i just nampak mama shark je pakai snorkelling suit! hahahaah
ReplyDeleteHappy belated anniversary cik lily...sweet sgt korang berdua..huhu..
ReplyDelete