Tuesday, November 4, 2014

Zespri 14-Day Challenge: Day7 – Resipi Ikan Talapia Sawah Masak Lemak Cili Padi Bersama Zespri Green KIWI

Hi Korang,


Ini merupakan hari ke 7 dalam cabaran Zespri 14-Day Challenge ni tau. Dah seminggu rupanya aku jalankan aktiviti berfaedah ni.

paksa dak kecik ni jadi model ek

So hari ni meh aku nak kongsikan resipi yang menggunakan buah KIWI hijau ni ek.

Idea ni aku dapat masa kat umah mak aku.

Orang kampung kan, haruslah masak untuk lunch lauk kampung. Kebetulan ada pakcik ni bagi mak aku ikan talapia sawah (ikan putih mak aku panggil) ni, so tak tau nak buat apa. Apa lagi idea pun tercetus, so jadilah resipi simple dan sedap ni.

Nak resipi, ni copy dan paste je kat bawah ni tapi jangan lupa letak credit nama blog ciklilyputih.com tau.

Resepi : 
Ikan Talapia Sawah Masak Lemak Cili Padi Bersama Buah KIWI

Bahan-bahan:-

Ikan tilapia sawah beberapa ekor 
1 biji bawang besar-saiz sederhana-dikisar
1 biji cili merah-dikisar
6 biji cili api-dikisar(loptional,, suka hati kalau tak mahu pedas,,huhu)
2 batang serai diketuk
sedikit serbuk kunyit
1 keping asam keping
1 cwn santan pekat
2 cawan air
garam, gula
1 biji buah KIWI yang di belah empat dan dihiris kasar


Cara-cara:-

1. Campur semua bahan dalam periuk kecuali ikan dan asam keping.
2. Kacau sekali sekala dan tunggu hingga mendidih.
3. Masukkan ikan dan asam keping. Kacau dan perlahankan api. Biarkan sehingga ikan masak. Kacau sekali skala.
4. Perasakan dengan garam dan gula. 
5. Biarkan mendidih. Bila ikan hampir masak, masukkan buah kiwi tu tau

Siap!


Actually ikan tu, korang boleh tukar dengan ikan lain. Terpulang kepada individu. Kalau nak pedas tambah lebih cili padi. Bergantung kepada kesesuaian tekak. Macam aku dengan Mr Big, ktorang cuba nak kurangkan makan pedas takut perut sakit nanti..

Selamat mencuba! :)

Itu saje untuk hari kelapan ni, insyallah the rest of the day aku akan menggayakan buah kiwi ni bersungguh-sungguh ek.

Korang boleh ikuti perjalanan aku bersama Zespri Kiwi ni di media social aku selain daripada di blog comel aku ek ni.

Korang boleh klik ke

Instagram : 

Facebook : 

Twitter : 

Kat sini nanti aku akan update segala aktiviti aku kan. Nak senang lagi cari je hashtag #ZespriMY dan #FiberBoost.

Dan kalau nak tau lebih lanjut mengenai Zespri, klik kat link bawah nie k

Facebook: 

Twitter: 

Instagram:







7 comments:

  1. kiwi masak lemak..tak pernah cuba lagi

    ReplyDelete
  2. resipi memang berani... huhuhu... awesome stuff!!!

    ReplyDelete
  3. wah terliur tgk resepi ikan masak lomak tu....campur kiwi lagi:)

    ReplyDelete
  4. Perghhh.... tengok lauk nie memang menyelerakan... seekor pun cukup aku habiskan seorang nie...

    ReplyDelete
  5. mcm best je kalau KA rembat kiwi tu dulu hehehe

    ReplyDelete
  6. slu ltk nanas. wah ni kena try ni letak kiwi

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!