Hi Korang,
Last week, selepas terhasut dek ajakan kengkawan blogger lain aku pun pi jugaklah event ni. Biasalah lama tak jumpa katanya kan.
Sempat jugak bergambar di photobooth Safi ni tau
ops tak muat nak pakai skirt pompuan mesir nil ni huhuhu
dapat pakai perhiasan kat kepala pun jadilah
sempat bergambar dengan Sherry lagi tau..
Hehehehe...
Jom citer pasal event SAFI RANIA GOLD ni ek
Kembara cantik SAFI membawakan anda inovasi kecantikan anti penuaan dari SAFI jenama halal no.1 Malaysia yang lebih berkesan bagi menzahirkan raut wajah lebih remaja dan cerah. Berikan nafas baru kepada wajah anda dan abadikan kejelitaan dengan SAFI RANIA GOLD rangkaian produk anti penuaan yang diperkaya dengan manfaat Bio Nano Emas 24k dan Protein Sutera.
Kombinasi hebat kedua-dua bahan aktif ini amat penting dalam menggalakkan penghasilan kolagen I dan Kolagen III agar kulit lebih anjal, malah mengurangkan kedalaman kedutan dengan lebih ketara. Protein sutera juga diperkaya dengan 18 jenis asid amino yang membentuk lapisan perlindungan kulit serta merupakan ejen anti oksidan yang hebat.
Formulasi unik rangkaian SAFI RANIA GOLD ini meresap ke dalam lapisan dermis kulit untuk merangsang proses sintesis kolagen, mengunci lembapan pada bahagian paling dasar kulit sekaligus menyegarkan dan menganjalkan sel-sel kulit.
Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Mr Kumar Chander, Managing Director Wipro Unza (M) Sdn Bhd.
“Kami memahami impian setiap wanita yang mahu sebuah rangkaian produk anti penuaan yang bukan sahaja dirumus khusus untuk menangani masalah penuaan malah mencerah dan meremajakan kulit. SAFI RANIA GOLD merealisasikan impian itu di dalam variasi produknya setiap satu dengan manfaat tambahan tersendiri dalam mengatasi masalah penuaan” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman – Pengurus Kumpulan Produk SAFI.
Dilancarkan pada tahun 2009, ia dipasarkan sebagai produk anti penuaan kontemporari seiring kehendak syarak buat para pengguna SAFI.
Generasi terbaru SAFI RANIA GOLD ini hadir hebat dengan 12 seleksi produk lengkap rejim kecantikan anti penuaan anda. Manfaat khusus di dalam setiap variasi produk masing-masing diformulasi khusus untuk menangani masalah penuaan.
Menyempurnakan kehadiran produk anti penuaan bingkisan emas ini adalah “Ratu Rania” SAFI RANIA GOLD Nora Danish – Beliau adalah potret keayuaan kontemporari wanita kini.
Kemain ko masa Ratu Rania di bawa masuk ke dewan
penari mestilah ada dulu kan
Nampak tak Ratu Rania di junjung masuk
Kemain, lagak di istana bagai tau
Inilah dia Duta Safi Rania Gold yang terbaru - Nora Danish
“Ini adalah sebuah penghargaan bagi saya kerana dipilih untuk menjadi teraju kepada SAFI RANIA GOLD sebuah jenama yang melengkapkan impian kecantikan setiap wanita Malaysia. Kembara cantik saya telah menemukan saya dengan sebuah rangkaian produk anti penuaan berkualiti, berpatutan dan semestinya halal. Saya juga amat teruja untuk berkongsi kepada para wanita tentang keberkesanan produk ini serta kepentingan untuk memulakan rejim kecantikan anti-penuaan dari awal bersama SAFI RANIA GOLD.” Jelas duta terbaru SAFI RANIA GOLD itu.
Berbicara perihal penampilan dan kecantikan, Nora turut berkongsi lebih lanjut tentang rejim kecantikan emas SAFI RANIA GOLD beliau dan produk SAFI RANIA GOLD yang mesti ada bersama beliau, “Hanya dalam masa tiga minggu saya mula merasakan perubahan pada raut wajah. Perubahan ketara yang saya rasakan adalah kulit lebih anjal, kelihatan bermaya, cerah sekaligus memperlihatkan raut wajah remaja, serta kelembapan kulit juga dapat dirasakan”.
Oh ya! Mana mungkin saya lupakan kunci kecantikan emas saya!, selepas membersihkan wajah, jangan lupa untuk memakai Serum Konsentrasi SAFI RANIA GOLD dengan lebih 50X BIO NANO EMAS 24K bersama kombinasi PROTEIN SUTERA. Gunakan serum pada muka dan leher anda, pastikan ia disapu pada urutan keatas. Ia mengandungi molekul yang lebih kecil dan efektif menyerap jauh ke dalam kulit untuk merangsang sintesis kolagen agar tanda penuaan pramatang diperlahankan sambil memperbaiki dan meningkatkan keanjalan wajah”.
Begitulah serba sedikit mengenai event SAFI RANIA GOLD nie.
Semoga korang lebih teruja nak mencuba produk buatan tempatan serta HALAL ni kan.
Ermm tiga minggu tuh, haruslah aku pun nak mencubanya kan. Dengan menggunakan produk yang diberikan as a door gift untuk ktorang para media pada hari ituh.
Mana tau, kot-kot boleh cantik cam Nora Danish kan.. hehehhehehe. Suke korang kan bile aku sebut pasal Nora Danish, taulah dia tu dah semulajadi cantik.
Ok itu je
Untuk info lanjut mengenai jenama SAFI dan SAFI RANIA GOLD
sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMALAYSIA,
laman instagram SAFI @safimalaysia
saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia.
Antara produk yang wajib diguna oleh orang rumah. :)
ReplyDeletebest event ni, cantik Nora Danish :D
ReplyDeletesempat bergamar juga degan CikLilyPutih :D
ReplyDeleteSesuai betul Nota Danish jd duta...
ReplyDelete