Hi Korang,
Kita rakyat Malaysia ni, segala perayaan semua sambut tak kira lah apa jua pun.
Barulah 1 Malaysia kan.
So dah dekat musim Krismas ni, ramai duk plan untuk meraikan ye tak? Alah bukan apa-apa pun sekadar bertukar hadiah je pun kann. Office aku ada je tradisi ni maklumlah keje dengan orang putih, so ikutlah style diorang sket.
Menghias pada musim cuti sentiasa menjadi kegemaran dalam kalangan masyarakat Malaysia terutama mereka yang meraikan sambutan Krismas. Inilah masa untuk kita mengindahkan kediaman dengan gaya hiasan peribadi bagi memberikan sentuhan selesa dan perayaan sekali gus membangkitkan suasana sempurna semasa sambutan bersama keluarga dan rakan taulan.
Jadi bagaimana untuk meraikan kemeriahan sambutan parti perayaan dan dalam masa sama memberi sentuhan peribadi terhadap sambutannya? Anda hanya perlu berkunjung ke Spotlight, gedung keperluan kraf, parti dan produk hiasan rumah terbesar ini menyediakan pelbagai hiasan serta barangan bagi membantu merealisasikan kemeriahan perayaan didambakan.
Gabungan 'Create, Decorate, Celebrate’ (Cipta, Hias, Raikan) Spotlight akan membantu anda dalam meraikan musim cuti, tanpa mengira apa jua gaya mahu pun tema.
"Kami sedia maklum perancangan percutian yang sempurna sama ada sempena Krismas atau lain-lain perayaan adakalanya membingungkan. Justeru, koleksi 2014 kali ini dicipta bukan sahaja untuk merealisasikan impian Krismas anda, bahkan menepati keperluan percutian lain," kata Pengurus Besar Pemasaran Spotlight, Jono Gelfand.
Bermula daripada kelengkapan rumah, fabrik pakaian dan hiasan, sehinggalah kepada keperluan penting bagi kraf, hobi dan parti, Spotlight 2014 'Create, Decorate, Celebrate’ ini memiliki segalanya yang diperlukan anda untuk menyerlahkan keinginan sempena musim perayaan dan cuti akan datang.
Berikut merupakan beberapa panduan perayaan dan idea-idea yang ingin dikongsi Jono dan pasukannya dengan para pelanggan:\
Pendekatan Percutian Artistik
Berminat terhadap pendekatan yang lebih moden dan berseni dalam menghias pada musim cuti? Hasilkan bunga unik untuk disesuaikan dengan musim percutian anda. Beli kerja bertukang sendiri (DIY) Krismas Foam Wreath dari Spotlight, dan hiasi dengan hiasan bermusim.
Tambahkan benang, tali atau reben di bahagian atas dan letakkan ia pada pintu. Ini merupakan cara terbaik untuk menyambut tetamu yang berkunjung ke rumah.
Cukup Menyerlah
Cara untuk membuat hiasan percutian anda berasa seperti di rumah adalah dengan menyuntik gaya peribadi anda ke dalam setiap butiran. Serlahkan meja makan kosong kepada mood klasik perayaan dengan menggunakan Holiday Stripe Spotlights atau alas meja bercorak Checked dengan padanan napkin yang bergaya disamping kutleri dan pinggan mangkuk daripada bahagian hiasan rumah.
Bagi kemasan indah seterusnya, gunakan balang kaca berbeza ketinggian serta bentuk dan hiasi dengan buah-buahan (lemon dan limau untuk kesegaran), kacang (walnut adalah ideal), atau perhiasan monokromatik seperti Spotlight’s festive baubles.
Gunakan Barang Perhiasan DIY!
Pada musim perayaan Krismas ini, kenapa tidak menambah produk DIY Foam atau kayu-kayan Spotlight yang cepat, mudah dan memberi kesan mendalam untuk mencipta suasana menyegarkan tanpa memerlukan masa panjang.
Singgah ke ruang tamu sambil meningkatkan keupayaan kraf dalam diri anda dan menghasilkan karya moden menggunakan busa dan kepingan kayu berbentuk malaikat, pokok Krismas, rusa serta menggantung kalung menarik.
Sekiranya anda mempunyai minat mendalam terhadap seni ropol, jadi inovatif dan kreatif dengan menggunakan perhiasan benang sayat malah ia dapat dijadikan sebahagian daripada perhiasan pokok Krismas.
Kraf ini sangat mudah dilakukan malah anda boleh menghasilkan di rumah atau menjadikannya sebagai aktiviti gabungan keluarga sempena perayaan Krismas.
Kesempurnaan Pemberian Hadiah
Dewasa ini, pemberian hadiah yang mempunyai sentuhan peribadi akan lebih bermakna dan memberi kesan mendalam terhadap penerima.
Justeru, pada tahun ini, Spotlight menawarkan pelbagai produk untuk dibeli dan idea kraf DIY yang membenarkan anda kebebasan menghasilkan hadiah bagi ahli keluarga dan sahabat handai.
Kalendar Kaiserwood Advent atau set blok Spotlight merupakan adaptasi unik kalendar kedatangan musim Krismas yang menceritakan berhubung semangat perayaan Krismas.
Dalam pada itu, anda juga boleh mengisi kudap-kudapan untuk mewujudkan keseronokan untuk anak-anak melalui pek hadiah menggunakan Kaiserwood Bon Bon atau DIY Plastic Baubles yang didatangkan dengan tiga pek.
Bagi penggemar kraf dalam hidup anda pula, sama ada ibu, isteri atau anak-anak, set perhiasan jahit fabrik, kit sulaman dan set membuat barang kemas pasti menjadi pilihan di bahagian hadiah.
"Mengendalikan parti makan malam percutian menyeronokkan mahu pun kebersamaan merupakan idea yang hebat dan jika anda terfikir tentang hal itu, amatlah mudah apabila anda tahu bagaimana untuk melakukannya dan di mana untuk mencari barang-barang bagi merealisasikan impian tersebut.
“Di Spotlight, kita bukan sahaja mempunyai pelbagai pilihan produk bertemakan perayaan, tetapi juga kakitangan yang mesra pelanggan untuk membantu anda menghasilkan idea percutian idaman menerusi cara inovatif bagi mencipta memori riang yang diingini," terang Jono.
Spotlight Malaysia 'Cipta, Hias, Raikan' Krismas dan produk Perayaan ini akan memulakan jualan pada Oktober 2014. Berkunjunglah ke Spotlight di Ampang Point bagi mendapatkan inspirasi idea dan produk bagi musim perayaan tidak lama lagi.
Aku yang tak celebrate Krismas ni pun seronok shopping kat sini. Bukan apa, barangan kelengkapan dapurnya cantik dan stylish serta boleh tahan harganya. Banyak barangan unik yang jarang kita jumpa kat mall Malaysia ada di Spotlilght ni.
Apa lagi, jom shopping ek…
cantik sangat dekorasi yang sedia ada... huhuhu
ReplyDeleteSA SUKA TIME KRISMAS SEBAB DAPAT HADIAH JUGAK..LAGI SATU SANA SI NI BANYAK SALES....
ReplyDelete