Hi Korang,
Piknik dalam bangunan? Ermm belum pernah aku jumpa lagi kat KL ni.
Bila blogger Innanie invite aku ke opening ceremony The Picnic Table ni, haruslah jangan lepaskan peluang. Pagi ahad tuh, ktorang pun bergerak ke Kota Damansara. Nasib baik hari cuti kan, so senang sket nak berjalan kalau tak ermm jem sana sini area The Strand ni.
Sesampai je dah rasa teruja sangat, yelah kalau korang tengok hiasan dalamannya memang betul-betul tempat untuk berpiknik. Yelah aku kan suka piknik-piknik ni.
Sangat ceria bila berada di dalam The Picnic Table cafe ni, ada rumput karpet yang menghijau, meja-meja ala-ala tempat piknik kan. Kat rumput tuh boleh baring-baring lagi sebab diorang dah bentangkan kain/tikar piknik tuh, ermm seronoklah. Rasa kagum jap.
Meh aku citer sket history mengenai ‘The Picnic Table’ by Simply Sandwiches ni ek
Simply Sandwiches was founded in July 2011by Shaheera Djafar and Sharin Sharif. The founders met in Sydney, Australia in 2007 and spent their free time hanging out at cafes around the city with their friends. Bonding over sandwiches and coffee were of the norm to them and they were thoroughly impressed with how healthy and easy going the Australians were when it came to their food and lifestyle.
Fast forward to 2011, our founders were back in Malaysia and settling into a different routine. Although Malaysia is a buzzing food hub, they found that it was difficult to get good quality food that were healthy yet affordable and convenient for everyone. Then one day, when Shaheera's former colleague echoed their same sentiments, the duo decided it was time to bring those tasty sandwiches to the offices of hungry Malaysians. Thus, Simply Sandwiches was born.
Bertemakan "We Bring The Picnic To You", ‘The Picnic Table’ merupakan cafe pertama yang membawakan satu kelainan kepada anda dengan menyediakan satu cafe makan berkonsepkan "indoor picnic" yang amat selesa, selamat dan bersih untuk dinikmati bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Para pelanggan boleh memilih untuk menikmati suasana piknik yang unik ini dengan duduk bersama di atas rumput tiruan dan bersembang serta bertukar tukar cerita sesama mereka memandangkan situasi hari ini kebanyakan dari kita terlalu sibuk untuk meluangkan masa bersama-sama. Sehubungan itu, The Picnic Table yakin dengan konsep 'indoor picnic' ini dapat mengeratkan hubungan antara kita semua dengan yang tersayang.
Best kan, best kan..
Bukan itu sahaja, The Picnic Table turut membawakan satu konsep pemakanan sihat dengan menghidangkan pelbagai juadah makanan yang bertepatan dengan tema piknik tersebut.
Kepakaran mereka semestinya dalam menghidangkan pelbagai pilihan sandwich seperti Smoked Salmon, Garlic Butter Prawn, Beef & Chicken Salami, BBQ Chicken dan Sauteed Mushroom. Hidangan lain yang turut ditawarkan dan semestinya memikat selera korang adalah seperti Grilled Shrimp Spaghetti with Pesta, Bruschetta with Sauteed Wild Mushroom, Herbs & Garlic Crouton, Mushroom Soup beserta Garlic Bread dan pelbagai lagi hidangan serta manisan yang sihat dan lazat.
Mehlah kita intai serba sedikit menu lain yang dihidangkan
The Picnic Table bukan sahaja satu tempat makan yang menenangkan minda malahan mereka juga sedia menerima tempahan makanan dan katering korporat secara atas talian (online). Tambah menarik, ruang The Picnic Table juga amat bersesuaian untuk disewa bagi merealisasikan sebarang majlis privasi korang yang berkonsepkan piknik.
sedapnya sampai tak teringat langsung bini dia kan
cilok dari blog mahamahu
Makan sampai tak ingat diorang ni, ewah dengan aku-aku sekali tak ingat kan. Sebab sandwichnya still crunchy dan cripsy walaupun terletak lama kat luar kan, langsung tak de soggy.
Congrats to The Picnic Table Cafe!
Korang kalau dah boring tak tau nak makan apa time lunch ke, dinner ke, teatime ke bolehlah ke sini ek.
The Picnic Table by Simply Sandwiches
62-A, Jalan 5/12, The Strand Kota Damansara, 47180, Petaling Jaya
No. tel : 014-965 8519 (Innanie Ariffin)
Opening Hours:
Tuesday, Wednesday, Thursday: 8am - 8pm
Friday, Saturday, Sunday: 8am - 11pm
Monday: Closed
Website : www.simplysandwiches.my
Email: simplysandwiches4u@gmail.com
Instagram : @SimplySandwiches
Nak order online pun boleh, siap ada delivery lagi tau.
Memang best kebanyakan sandwich dia - sedap dan mengenyangkan....ada infused water yang jadi menarik tu....
ReplyDeleteni kalau kaki2 instagram ni sure suka lepak sini. hehehe :)
ReplyDeleteSatu hari nnt kene pergi sini nih. Saya kaki makan. Haha
ReplyDeleteWah bestnya.. semua nampak sedap.. rugi x pergi..
ReplyDeletearghh comel nye tmpt ni, mknn nya pun smua sgt2 comel
ReplyDelete