Friday, October 10, 2014

Table Talk Restaurant TTDI, Makan Malam Di Sini

Hi Korang,

Aku memang jarang ke TTDI ni kalau tak de hal, malas nak jalan jauh sebenarnya.

Kalau pi siang, aku akan park ada satu public parking dengan Mc Donalds tuh then jalan kaki je ke mana aku nak pi kan. Tapi kalau malam, just park kat tepi-tepi jalan depan shoplot ni.


Oleh sebab hari tuh ktorang dapat jemputan makan ke Restoran Table Talk ni, so berjalanlah sampai ke mari dan sebab tak biasa dengan keadaan kat situ waktu malam kira berpusing gaklah mencari tempat dan parking but manage sampai on time makanan pun sampai tau.


Restoran Table Talk ni terletak di hujung jalan Datuk Sulaiman ni, kalau korang tak bukak mata besar-besar memang tak nampak signboard coz dek terlindung dengan pohon-pohon merendang tu kat pembahagi jalan ni.




Berkonsepkan ala fushion so menu pun ada western cuisine yang dah difushion kan. Kemain ayat, skema sungguh hehhehehehehe

Sudahlah meh citer pasal makan ek

Appetizer

Appetizer Combo (RM35)

My Opinion : Not bad pembuka selera yang sebesar pinggan ni, ramai boleh makan so order sepinggan makanlah 3-4 orang.

Main Dish

Tom Yum Seafood Carbonara (RM22)

My Opinion : simple dish, rasa unik sebab ada rasa dan berkrim. Portion besar

Oxtail Linguine (RM32)

My Opinion : rasa ok tapi kalau gravy oxtail banyak sket lagi sedap, sekali portion besar.

Chicken Parmesan (RM28)

My Opinion : rasa dan bahan semua dah lengkap, sedap tapi bagi aku sayur bayam tu tak yah letak pun tak per, rasa cam dah banyak salad plak.

Mini Wagyu Burgers (RM38)

My Opinion : haruslah sedap, wagyu beef tuh. Memang kena dengan tekak ktorang


Desserts

Table Talk Signature Hot Plate Pancake (RM15)

My Opinion : memang special ni letak dalam pan kan, tapi kalau pancake tu nipis sket lagi lazat.

Chocolate Cake with Ice Cream (RM15)

My Opinion : no komen, awesome. Gabungan panas dan sejuk, sekali masuk mulut yummy..


Sebab apa aku letak verdict? Sebab kali ni tuan restaurant nak feedback daripada ktorang bloggers ni jadi letaklah kan. Lagipun korang bolehlah tau yang mana sesuai untuk order atau tidak, ikut tekak koranglah. Kira macam ni guideline gituh arghhh.

Kalau nak ke mari, ni alamatnya

Table Talk Restaurant
4, Jalan Datuk Sulaiman,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 03-7733-7718



Ok nak sambung keje dulu… sampai nanti...


9 comments:

  1. nampak macam best juga menu kat sini
    thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  2. coklat kek and ice cream.. wah yummy

    ReplyDelete
  3. Nice... food presentation pun nampak lebih baik nie... dan pada aku harga kat sini memang sesuai laa

    ReplyDelete
  4. menarik...appetizer pun dah boleh buat kenyang...wagyu burger tu temptingnyaaaa......

    ReplyDelete
  5. menarik...appetizer pun dah boleh buat kenyang...wagyu burger tu temptingnyaaaa......

    ReplyDelete
  6. menarik...appetizer pun dah boleh buat kenyang...wagyu burger tu temptingnyaaaa......

    ReplyDelete
  7. Huhuhu... tengok gambar sahaja pun dah rasa lapar......

    ReplyDelete
  8. sedapnyaaaaaaaaaaaaaa lapa terus!

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!