Thursday, October 30, 2014

Berita Panas Pasal MZ BOTOX Cream

Hi Korang,

Hah korang kalau bab-bab cantikkan muka, tegangkan kulit bukan main lagi klik ek, nampak sangat desperate nak senantiasa muda je.

Apa yang sampai jadi isu panas Botox Cream ni ek?


Yelah MZ Secret Botox Cream merupakan produk kecantikan tanpa suntikan yang Halal di Malaysia. Of courselah kita akan rasa selamat untuk muka tanpa suntikan botox lagipun sesuai digunakan oleh setiap jenis kulit muka normal mahupun sensitif.

Ni aku terangkan di antara kelebihan MZ Botox Cream ni adalah:

– Menegangkan kulit wajah
– Melambatkan proses penuaan, kulit tampak awet muda
– Menghilangkan masalah garis-garis halus di muka
– Kulit nampak putih secara natural
– kulit sekata dan tidak berminyak
– Pori mengecil
– Menghilang Jerawat dan memudarkan parut-parut jerawat

Hah nampak tak,

Kira macam krim anti-aging la ni kan tapi lebih kepada tegangkan kulit muka dan nak kasi muda gituh.

Senang je nak guna, korang sapu je kat muka setiap pagi dan malam. Wink!!...


Dah Guna?

Ermm of courselah, walaupun baru je guna tapi aku dah boleh nampak kesan perubahan sedikit demi sedikit. Sukanya hati bukan main lagi tau. Nantilah aku buat review sepenuhnye 

Korang kalau nak dapatkan MZ Botox Cream ni, boleh klik ke

Website 

Facebook page

Kalau tak pun, korang yang nak dapatkan daripada agen yang berhampiran dengan korang boleh ke

Senarai Agen:- 
www.mzsecret.com/stockist/index.html ok klik je kat link tu ek

So apa lagi, jom cuba lah..

Ntah Kemana Mood Hilang

Hi Korang,

Mood pun boleh hilang kalau ada menda yang selalu bermain di fikiran kan.

Itulah, aku sendiri pun tak tau nak buat cam ne.

Sebab tu kalau korang perasan entry aku dalam minggu ni agak macam ala-ala advertorial je kan, tak de pun citer pasal aku, dia dan kucing-kucing gilerku..

Agaknya banyak sangat tulis pasal advert kot, tu yang jadi cam ni ek...


Okla nak berehat seketika nak cari mood yang hilang tu ek..

Korang pun tengah hilang mood gak ke...






Wednesday, October 29, 2014

Peraduan Pilih Gaun Untuk Pelakon Fazura, Boleh Menang MYVI Dan Vespa Daripada LUX

Hi Korang,


Jumaat lepas, cuti sebab company paksa yeah!!

Fazura yang dalam gambar tu ek, bukan yang tepi tuh

Dapatlah pi event dengan hati tenang dan langsung tak kelam kabut nak balik. I like..


Aku dapat jemputan dari LUX Malaysia untuk mengikuti intimate session dengan duta LUX iaitu pelakon gorjes Nur Fazura. Majlis di adakan di Bora Asmara kat Sg Penchala tuh, ni first time ke mari dan nasib baik dengan adanya bantuan WAZE so tak sesat langsung.


Majlis ini di adakan adalah untuk pelancaran peraduan LUX FABULOUS yang mana kita semua boleh memenangi sebuah Perodua Myvi atau salah sebuah daripada lima Vespa selain daripada beberapa hadiah lain yang sedang berlangsung daripada 1 Oktober sehingga 30 November 2014.


Berucap pada majlis pelancaran, Siti Suhaila Abd Hamid, Pengurus Jenama, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd. berkata, “Kami mahu setiap orang menikmati pengalaman mandian yang hebat dan indah menerusi rangkaian Koleksi Klasik Lux Yang Baru Dengan Wangian Eksklusif, yang diadun dengan nota haruman bunga-bungaan yang indah dan SilkEssence™ yang melembutkan. Di samping itu, kami juga mahu menggalakkan para pengguna kami untuk mencuba rangkaian sabun klasik dan mandian badan yang diperbaharui menerusi peraduan ini. Mereka boleh memilih sama ada untuk menyertainya menerusi halaman Lux Facebook kami atau menggunakan borang penyertaan yang boleh didapati di kedai terpilih berhampiran.”


Ok lets hear a few words from si gorjes Fazura ni ek , “Saya sememangnya peminat haruman menawan Lux dan seronok menikmati pengalaman mandian dengannya. Ia juga memberikan saya keyakinan yang membantu saya untuk menggayakan gaun menawan yang anda saksikan menerusi peraduan Lux Fabulous ini.”

Ermm haruslah seronok kan.

Dahlah aku duk sebelah Fazura lagi, heheheh jangan jeles.

ni masa photoshoot ni, aku pun sibuk nak ambil gambar jugak kan


Abis je launching ada press conference dan photoshoot, hah sebelum si Fazura ni hilang, sempat jugak aku snap gambar bersama dia ek. Hehehehe ramai gak orang jeles dengan gambar ni. Rasanya, cam selalu dah jumpa Fazura dalam tahun ni tapi still tak puas-puas nak bergambar dengan dia la. Cantik sungguh…

macam adik beradik tak? puiiiii

Kalau korang pun nak beramah mesra dengan Fazura, ermm boleh jugak. Just sertai Peraduan LUX FABULOUS ni ye.

Langkahnya mudah sahaja.

isi detail korang ye

kemudian pilih gaun yang menjadi pilihan hati korang

hah karang ayat memikat jiwa lah ek, baru lah boleh terpilih kan


Korang hanya perlu memilih dan menyusun gaun Fazura yang begitu cantik dan mempesona mengikut turutan berdasarkan apa yang dirasakan paling popular. Penyertaan yang sepadan dengan turutan paling tepat berserta catatan mengenai detik haruman yang paling hebat akan berpeluang untuk memenangi Perodua Myvi.

Apabila semua keputusan sudah diperoleh dan dikira, para peserta dengan padanan paling hampir kepada keputusan keseluruhan dan mempunyai jawapan paling unik dan kreatif tentang detik haruman yang paling hebat akan memenangi hadiah utama iaitu sebuah Perodua Myvi yang baru!


Pemenang hadiah pertama pula akan memenangi salah sebuah daripada lima Vespa, manakala tempat kedua berpeluang untuk menonton tayangan filem ‘Manisnya Cinta’ bersama Nur Fazura, yang dijadualkan ditayangkan pada 11 Disember 2014. Akhir sekali, 50 pemenang tempat ketiga akan membawa pulang bekalan produk Lux selama setahun.


Koleksi Klasik Lux Yang Baru Dengan Wangian Eksklusif telah dilancarkan pada awal tahun ini dan kini boleh didapati di semua rangkaian kedai utama. Lux 950ml berharga RM17.90 dan 220ml berharga RM6.00 manakala pek isian semula 600ml berharga RM8.90.


Untuk maklumat lanjut, layari halaman Lux Facebook www.facebook.com/LuxMalaysia.

Zespri 14-Day Challenge: Day2 – Bergambar Dengan Si KIWI Comel

Hi Korang,

Ini merupakan hari kedua aku dalam cabaran Zespri 14-Day Challenge ni.


Memang hari ni sangat-sangat sibuk sebab kitorang menguruskan hal pemergian arwah mak long Mr Big yang meninggal malam semalam. So dari subuh hinggalah ke malam ni tadi still kat rumah keluarga di Gombak. Balik-balik je terus on laptop settle kan task untuk second day ni

Nasib baik tasknya senang iaitu,


Hehehehe 

Sebab dah penat sangat nak masak so malam ni tadi ktorang just makan buah kiwi for dinner. Simple but marbeles kan. Potong-potong 2-3 biji kiwi dan makan.

Ermm terjadilah dekorasi simple ini ek.


Itu saje untuk hari kedua ni, insyallah the rest of the day aku akan menggayakan buah kiwi ni bersungguh-sungguh ek.



Korang boleh ikuti perjalanan aku bersama Zespri Kiwi ni di media social aku selain daripada di blog comel aku ek ni.

Korang boleh klik ke

Instagram : 

Facebook : 

Twitter : 


Kat sini nanti aku akan update segala aktiviti aku kan. Nak senang lagi cari je hashtag #ZespriMY dan #FibreBoost.


Tuesday, October 28, 2014

GUARDIAN'S Charity ‘WALK FOR A CAUSE’ Walkathon 2014

Hi Korang,

Lama tak citer pasal exercise ni kan, nampak nau pemalas sungguh. Mane tak debab badan tuh !

Arghh sudah..


Aku berjaya juga sertai charity walkathon ni bersama Guardian Malaysia. Macam tahun lepas diorang buat kat I-City Shah Alam dan untuk tahun ini ianya di adakan di Taman Wetlands Putrajaya.

Pagi ahad tu, aku bangun lewat sket malam tu tidur dalam kul 3.30pagi coz pi jemput Mr Big abis dinner company dia. Hah amik ko, kul 7.00 pagi baru bangun. 



Siap cercepat then terus pergi, sampai sana parking dah penuh so terpaksa park kat luar. Rasanya lebih 2 km menapak kat ke tapak event kan.

Dah drain energy aku kat situ ek!


Meh aku citer sket, info mengenai Guardian Charity Walkathon ni ek


Acara yang kini memasuki tahun ke-6, badan amal walkaton Guardian bertujuan untuk menyoroti pentingnya gaya hidup yang sihat dan seimbang selain mengumpul dana untuk tujuan murni. Dana yang diperoleh di agih-agihkan ke National Stroke Association of Malaysia (NASAM), National Autism Society of Malaysia (NASOM) and the National Council of Senior Citizens' Organisation Malaysia (NACSCOM)


Tahun ini, Guardian Walkathon - Walk For A Cause telah Berjaya menjual lebih 2,500 tiket. Setiap badan penerima akan menerima RM15,000.


Dalam ucapannya, Encik Ricky Soon, Pengarah Operasi, Guardian Malaysia berkata, "Sama seperti farmasi, kesihatan dan kecantikan peruncit terkemuka dan warga korporat yang bertanggungjawab, kami melanggan falsafah membawa kesejahteraan dan menyumbang semula kepada masyarakat di mana kami berkhidmat. Kami penjaga Walkathon - Walk For Punca a, yang dimaksudkan untuk melakukan hal itu; memupuk gaya hidup yang sihat dan pada masa yang sama menyumbang kepada amal ".



Dalam tempoh enam tahun yang lalu, melalui dana yang diperoleh dari Walkathon, Guardian telah menghulurkan tangan kepada pelbagai organisasi kerajaan bukan keuntungan dan badan amal untuk menyokong inisiatif masing-masing dalam pemeliharaan, pembangunan dan kesejahteraan masyarakat tempatan, terutama wanita dan kanak-kanak.





Top 3 peserta yang berjalan di Most Outstanding Costume memenangi Guardian baucar bernilai RM500, RM300 dan RM200 masing-masing.





Rakan-rakan penaja bagi tahun ini adalah Berocca, Biogrow, Biore, Jenama, Dashing, Pastikan, Futuro, Lifebuoy, Nivea, Omron, Scholl, Sunplay, Super Kids, Tiger Balm dan Vaseline.


Untuk maklumat lanjut mengenai Guardian walkathon ini boleh layari www.guardianwalkathon.com

Zespri 14-Day Challenge

Hi Korang,


Aku terpilih untuk melakukan cabaran makan buah kiwi setiap hari selama 14 hari. Ermm mencabar gak ni sebab aku memang kurang minat makan buah-buah ala masam ni.


Meh aku citer sket mengenai buah Kiwi ni ek

Kiwi fruit is a kind of give the cultivar group of the woody wine Actinidia deliciosa and hybrids between this and the species in the genusActinidia . Actinidia native of Shaanxi , China .

Kiwi fruit is normally shaped oval , about the size of a chicken egg (5-8 cm / 2-3 in diameter and 4.5-5.5 cm / 1¾-2). The fruit is rich in fiber, green-brown skin and light green flesh with a small seed or golden, black, and can be eaten. The texture of the fruit is very smooth and unique taste, the current kiwi fruit is grown in many countries.

The fruit was originally named Gosberi China, the fruit is rechristened with export marketing reasons in the 1950s , became melonette,then kiwi. The name is derived from the fruit of the kiwi - a flightless bird from New Zealand .


Yelah bukan buah-buahan tempatan so mana lah kita ni tau sangat asal usulnya, so bila dah baca info dari Wikipedia ni barulah faham apa itu buah Kiwi kan.


Ok bekalan untuk 7 hari pertama dah pun sampai di tangan ni.

Tak sabar sebenarnya nak explore mengenai buah Kiwi ni, sedap makan dengan apa, rasanya sesuatu ke tak, cara buang kulitnya dan memacam lagi la..

this is my kiwi wokeh

Korang boleh ikuti perjalanan aku bersama Zespri Kiwi ni di media social aku selain daripada di blog comel aku ek ni.

Korang boleh klik ke

Instagram : 

Facebook : 

Twitter : 

Kat sini nanti aku akan update segala aktiviti aku kan. Nak senang lagi cari je hashtag #ZespriMY dan #FibreBoost.


Dan kalau nak tau lebih lanjut mengenai Zespri, klik kat link bawah nie k

Facebook: 

Twitter: 

Instagram:



So stay tune...

Monday, October 27, 2014

Zespri 14-Day Challenge: Day1 – Kebaikan Zespri KIWI Hijau Pada Sistem Penghadaman Kita

Hi Korang,


So untuk cabaran pada hari pertama ni, aku hendaklah mengenali lebih mendalam lagi mengenai buah Kiwi ni. Yelah bentuk, rupa, warna semua kita dah tau kan.

Aku nak citer pulak kebaikan buah Kiwi Zespri ni.


Buah kiwi adalah buah-buahan yang sangat menakjubkan walaupun bersaiz kecil tapi sangat besar dalam kebaikan kepada kita. Ianya mengandungi lebih daripada 20 vitamin dan mineral penting yang secara langsung memberi manfaat kepada badan kita dan mengekalkan fungsi badan. Ia juga mengandungi pelbagai jenis phytonutrients yang lain, carotenoids dan enzim pencernaan dengan manfaat yang diketahui. Lagipun, ianya sangat rendah lemak dan sesuai untuk makan setiap hari.

tengok Dak Uban pun nak makan buah kiwi ni tau

FAKTA MENARIK MENGENAI BUAH KIWI

1. Kaya akan Vitamin C yang membantu tubuh dalam menyerap zat besi. Kiwi punya vitamin C dua kali lipat ganda jika nak dibandingkan dengan orange

2. Mengandungi actinidin - enzim unik yang membantu pencernaan (harus ke tandas, selepas makan ni) dan mengurangi rasa kembung

3. Mengandung potassium yang penting untuk perkembangan sel, jaringan dan fungsi organ tubuh.

4. Rendah kalori tapi sangat kaya akan nutrisi - a great tool for weight management. Berat badan adalah buktinya

5. Natural source of folic acid. Folic acid sangat penting untuk ibu hamil agar dapat menjaga bayi dalam kandungan dari kecacatan fizikal dan otak, selain itu juga penting untuk pertumbuhan sel janin dalam rahim.

6. Vitamin E yang bagus untuk kesihatan jantung dan antioksidan. Vitamin E juga sangat bagus untuk memperkuat sel jaringan kulit, sesuai untuk kulit bermasalah cam aku ek

7. Rendah gula – pesakit diabetes, elok makan tau

Nak bagi korang faham lagi mengenai buah Kiwi ni, meh layan video dari youtube ni ek



Ini baru cabran hari pertama, ada 13 hari lagi untuk aku bersama Zespri Kiwi ni ek. Nanti entry-entry yang berikutnya tau.

Korang boleh ikuti perjalanan aku bersama Zespri Kiwi ni di media social aku selain daripada di blog comel aku ek ni.

Korang boleh klik ke

Instagram : 

Facebook : 

Twitter : 



Kat sini nanti aku akan update segala aktiviti aku kan. Nak senang lagi cari je hashtag #ZespriMY dan #FibreBoost.




Its Carl’s Jr Burger Time With OFFPEAK.MY Discount

Hi Korang,

Burger burger burger!


Lama betul tak makan fastfood burger ni, rasanya lebih 2-3 bulan agaknya. Maybe tak rasa ngidam lagi kot hehehehe.

Jadi hari tuh, bebudak ni ajak pi makan burger Carl’s Jr ni, ermm ikut jelah. Ktorang pi kat Pavilion outlet, lepas kerja. Ok duduk dulu jap, bincang nak makan apa then baru pi order kat kaunter.


"Carl Karcher of Anaheim, California, launched Carl’s Jr in 1956. They were mini versions of the restaurant he already owned and, hence, he called them Carl’s Jr."


Korang boleh pilih pelbagai jenis minuman soft drinks, pi je kat beverage machine ni, tekan je yang mana satu jadi pilihan korang. Segala soft drinks ni bottomless refill. Minum je seberapa yang korang larat minum ek.

Di antara menu burger special di Carl’s Jr yang ktorang cuba adalah:-

Teriyaki Burger (RM23.70 Combo set)

Mushroom Beef Burger (RM23.70 Combo set)

Chicken Club Low Carb

Sesuai untuk mereka yang diet sebab rotinya di gantikan dengan sayuran sebagai bun. Sedap gak tau, sayurnya rasa cruncy bila masuk mulut.

Western Cheese Burger (RM23.70 Combo set)

Famous Star (RM14.70 Combo set)

Superstar (RM18.70 Combo set)

Chili Cheese Fries

Kentang goreng yang di siram dengan daging cincang bercili di atasnya, tak lah pedas pun malah sedap lagi ada lah.

Hand-Scooped Ice Cream Shakes (RM8.90)

Terdiri daripada 3 perisa iaitu vanilla, chocolate dan strawberry. Kemain lagi memasing sedut kan, sedap, creamy dan milky.


Hah ambik korang makan sampai senak perut kan. Yelah saiznya yang besar daripada burger yang sedia ada, kemudian di tambah plak dengan hidangan side dish kentang goreng dan drinks.


Nasib baik ada diskaun daripada Offpeak.MY ni, so hidangan ktorang semua ni jadi murah sket. Itu yang boleh order banyak.

Cari website link OFFPEAK.MY ni kat google


Pilih restoran mana yang korang nak makan dan isikan segala details pasal reservation korang tuh.

pilih masa yang korang nak pi nanti kan, senang sket

Tada confirmation pun keluar kat website dan di email jugak, hah terus print bawak pi restoran yang korang nak pi makan tuh.


Yang ni pulak senarai outlets Carl’s Jr sekitar Kuala Lumpur, so senanglah korang nak buat pilihan nak makan burger Carl’s Jr ni ek..

Carl's Jr. Mid Valley Megamall
Carl's Jr Sunway Pyramid Shopping Mall
Carl's Jr. The Mines Shopping Fair
Carl's Jr Pavilion Kuala Lumpur
Carl's Jr. 1 Utama Shopping Centre
Carl's Jr Subang Parade

Meh LIKE social media Offpeak seperti berikut ek

Facebook: Offpeak.my
Instagram: Offpeak.my
Google+: Offpeak.my
Twitter: Offpeak_my