Hi Korang,
Aku selalu impikan piknik ala-ala english kat padang or taman gituh, macam bawak bakul rotan 4 segi, bentang kain cadar merah petak-petak dan makan roti-roti dan scones tu time piknik tu kan.
Ermm nan adonye
Ini Malaysia wokeh, belum jumpa lagi padang or taman yang sesuai pun untuk di piknik. Mr Big cakap apa, tak yang nak berangan sangatlah. Mari piknik belakang umah mak je sebab ada sungai cetek boleh mandi-mandi sekali. Tak nak aku lah.
Sudahnya weekend lepas before National Day, ktorang sekeluarga ke Pantai Bagan Lalang berkelah disitu. Memang tak terlintas pun dalam kepala otak ni, Mr Big yang gatal-gatal bukak mulut ajak mama, siti dan gemuk semua pi berkelah. Malam jumaat tuh, abis je keje terus pi shopping kat Giant beli barang-barang BBQ.
Aku cuma prepare ayam dan lamb marinate, coleslaw, jajan dengan barang utensil untuk BBQ. Mama bawak meehoon goreng dengan sandwich je. Alah simple-simple je menu, bukan apa sangat pun.
Sabtu tu, on the way amik Siti singgah beli nasi lemak 5-6 bungkus dengan nasi putih kosong je. Alah nak tambah-tambah makanan je. Highway Seremban ni, asal weekend je jem memanjang dari Bangi sampai ke Seremban. Nasib baik dah biasa dengan jalan Bukit Mahkota, hah turun situ dan terus ikut jalan lama. Seronok gak lalu kampung-kampung dapat tengok pemandangan indah sket.
siap meja bagai, ko hado
Sesampai je kat Pantai Bagan Lalang, just nice ade spot cantik untuk ktorang landing. Sekali ktorang turun je, semua orang pandang. Mana taknya yang turun 3 orang tapi barang-barang macam nak berniaga pasar malam. Hehehehhe aku sendiri pun nak tergelak dibuatnya.
memula hidup api dulu
ok mari start masak
Lepas bentang-bentang, susun barang Mr Big mula hidupkan api dapur BBQ. Senang pakai dapur ni, cepat hidup api dan tak de asap banyak keluar dari dapur sebabnya bertutup kan. Ktorang just susun-susun barang dan siapkan makan.
makan nasi lemak ditepi pantai
chicken wings hasil masakan chef Mr Big
Lepas makan tuh, lepak je chillax tengok ari laut, nak mandi air dah mula surut plak.
sibuk plak aku nak tolong kan
Kemudian datang plak memember UiTM aku ni, tak plan pun. Diorang nampak gambar piknik aku ni kat Instagram, ermm memasing terus call nak join sekali. Apa ada hal, makanan banyak kan. Kalau tak cukup pi beli kat kedai belakang ni ek
seronok makan lauk-lauk kampung tepi pantai kan
si kecik ni pun sama gak suke makan
dengan gemuk dan siti
Cukup-cukup berselera makan di tepi pantai, tambah plak dengan angin sepoi sepoi bahasa. Sambil makan sambil borak-borak kisah lama kan, awesome. Mr Big plak, dah siap masak, terus membuta kejap. Sempat lagi tuh.
tengok tengahari tu, air laut nun di sana belum naik lagi
Dah petang sket, baru ktorang turun ke pantai, air dah mula pasang. Malas nak mandi so bercamwhore bagai jelah ek. Bila kat tengah laut ni, airnya cantik dan jernih sket dari tepi pantai tuh.
sama je perangai tak berubah dari dulu
sila abaikan pompuan gemuk duk tengah tu ek
Sebelum maghrib, ktorang dah gerak keluar dari situ. Tak bermalam pun coz chalet semua penuh maklumlah cuti 3 hari.
Bagi korang yang tak tau apa yang best kat Gold Coast
Sepang/Pantai Bagan Lalang, meh aku bagi tau:-
- ikut jalan ke Morib tapi Bagan Lalang nie dekat
Sungai Pelek.
- Gold Coast Resort nie macam Palm Island
kat Dubai. Sangat cantik.
- Hotel Sri Malaysia betul2 mengadap pantai.
Selalu sgt bilik penuh bila weekend
- Seafood? terbaek dan harga berpatutan
- Public toilet? berkilat ko. Bersih gila. Macam
toilet kat umah. Terasa betul2 selesa.
- Kedai makan?melambak2. Murah plak tu.
- Kalau nak camping, tak yah sewa tapak. Korang pacak
je khemah kat memana yg korang suka.
berlatarbelakangkan sepang gold coast resort
Memang seronok sekali sekala tukar angin melepak-lepak during weekend. So tak delah duk mengadap laptop dan pi event kan.
Otak pun kena rileks gak dik oi..
hah cuti sekolah minggu depan ni, boleh la ke sini pada korang yang tak de plan tu ek..
Seronoknya...sesekali restkan otak kat tepi laut mmg best kan ...lama x buat ni...
ReplyDeleteapasal macam jeles ni...he he he...
ReplyDeleteyeap... mmg seronok.. tambah seronok bila dikelilingi dengan org tersayang... percutian simple pun jadik penuh bermakna...
ReplyDeletehusband pernah berangan masa kesini...kalau dapat satu bilik yang kat atas air tu, bole mancing dalam bilik jer...hehe
ReplyDeletebest nye.. mcm lama pulak tak lepak hadap laut.. padahal laut desaru dekat jek..
ReplyDeleteBestkan bila berBBQ bersama Family...
ReplyDeleteSedap pulak tegok chicken wings tu.. Lama dah tak picnic cani.. Last masa lepas kenduri kawen.. Tapi bukan kat pantai.. Air terjun.. Balik langsung demam tak kebah encik hubby.. Huhu.. Cian hubbyku..
ReplyDeleteRosmiza Ali Official Blog™
beb.... kalau buat bbq party kat umah ko pun mesti best gak kan... macam best je makan kat open air nie...
ReplyDeleteassalamualaikum CLP...bestnya berpiknik di tepi pantai mcm ni...:)
ReplyDeleteOk good info
ReplyDeleteOk good info
ReplyDeleteThank you for sharing.
ReplyDeletebg tips tu yg paling best. nnt share lg tempat2 menarik kt malaysia ye.
best tengok ayam bbq tu
ReplyDeleteMajalah Online
seronok nya berkelah
ReplyDeleteMajalah Online
seronok nya berkelah
ReplyDeleteMajalah Online
Nak tanya, bbq grill tu u bawa dri rumah or ada disewakan disitu eh?
ReplyDeleteSdn bhd tu...
Delete