Hi Korang,
Lama betul tak jejakkan kaki di I-City ni.
Last sekali masa aku ada Guardian Charity Run tahun lepas, itu pun event belum habis lagi aku dah balik sebab nak check out dari Hotel De Art tu cepat, Mr Big ada event remote control car plak.
So last week, lepas kerja aku terus pecut ke mari. Wah pecut kemain ek ayat, takut jem balik kerja nak ke Shah Alam tu kan. Sampai-sampai just nice pukul 6.20pm cam tu. Dapat plak parking VVIP depan Snow World, rasa bangga plak kan.
Jalan seslow sambil ambil gambar yang colourful ni ek.
Actually team I-City nak memperkenalkan pada ktorang beberapa tarikan baru yang menambah minat ibu bapa membawa anak-anak beriadah di sini. Sebab tu, invitation termasuk anak-anak sekali. Bagi aku dan blogger Melastik Bintang wifenya still berpantang lagi di kampung ktorang datang solo jelah. Hiburkan hati sendiri lah jawabnya.
3 tarikan terbaru di I-City ni terletak di kawasan Fun World di bahagian atas berdekatan dengan Old Town Coffee dan satu butik hotel di situ. Dekatlah bukan kene jalan jauh pun. Mehlah aku citer serba sedikit ek
Fun Drive
Merupakan tempat ala-ala driving school gituh. Kat sini anak-anak dapat bawak kereta sendiri dengan bantuan ibu bapa. Dalam tempat ni, anak-anak perlu mengikut beberapa peraturan jalan raya untuk membolehkan mereka mendapat point.
belajar safety sign dulu ye sebelum memandu
Kereta ni direka mengikut spek kereta sebenar cuma untuk kanak-kanak jelah kan. Ada gear, pedal minyak, stereng semua.
Harga : RM15 untuk Malaysian
Itsy Bitsy
Merupakan sebuah taman ajaib berkonsepkan semut di mana ibu bapa boleh mengenang kembali kenangan zaman kanak-kanak mereka sementara menghabiskan jam berharga dengan anak-anak.
Ada pelbagai jenis permainan seperti Mini Pirate Ship to Rocking Chaise Car, Fitness JR dan banyak lagi.
Harga : RM5-10 seorang untuk satu-satu permainan
Jungle Adventure
Aku ingat taman tema ni ada binatang dan haiwan, ermm rupanya tidak. Ianya tempat bumper car tapi berlatarbelakangkan hutan. Ada ilustrasi binatang seperti harimau, monyet, beruang dan banyak lagi.
Taman ni especially untuk sessi keluarga sebab orang dewasa pun boleh main. Aku apa lagi tak lepaskan peluanglah. Main jugak, langgar-langgar semua kereta diorang ni
Harga : RM10 bagi Malaysian
Abis penat seorang main segala permainan di Fun World ni, ktorang di bawa ke City of Digital Lights. Alah sebelah belakang bangunan Fun World ni, kat tempat pokok-pokok berlampu tu lah.
Rupanya lagi tarikan baru ek, macam-macam ada plak kan.
Dancing Water
Alah pancutan air berirama gituh, air pancut ni menari mengikut lagu siap dengan lampu-lampu yang berwarna-warni. Cuba pi tengok Instagram Cik Lily Putih ek, aku siap rakam video lagi tau. Seronoklah tengok air berjoget-joget ni. Kalau tengok dari atas keretapi comel yang bergerak tu lagi awesome
Mist Fountain
Kira macam hembusan air yang macam ala-ala kabus tuh. Rasa sejuk ke bila ada dekat dengan kawasan kolam ni. Nak pegang-pegang pun boleh. Sempat main-main lagi kan..
Hah, apmacam? Rasa teruja tak..
Of courselah suka kan.
Bukan setakat anak-anak, sesiapa pun akan enjoy bila datang ke mari. Selain daripada tarikan baru ni ada juga permainan dan tarikan yang lain seperti Snowalk, Water World, Fun World, Trick Art Museum, House of Horror, Space Misson, Red Carpet dan banyak lagi ek
Untuk info lanjut mengenai I-City ni meh layari ke
atau
call je 03-5521 8800
Jom weekend pi nak tak? aku nak main kat Jungle Adventure tu lagi lah...
Jom weekend pi nak tak? aku nak main kat Jungle Adventure tu lagi lah...
ish menarik ni ciklily...last pergi pun 4 tahun sudah haahahah...bygkan lame tak lama tuu...mcm2 ade tu...harga pun tak le mahal sgt....tapi kene pergi luar cuti skolah nie...kalo tak ramai kedaung org...
ReplyDeleteassalamualaikum CLP....bestnya teringin nak pi sana nak tengok air pancut berirama tu tapi x tahu bila agaknya...:)
ReplyDeleteTak pernah pegi I-City walaupun duduk kat shah alam... semua tempat kena bayar ek.. kalau 2-3 kali anak nak naik jenuh gak tu hehe...
ReplyDeletePandai depa ni kan? Tiap permainan lain rege. Camni bawak sepuloh ribu pun abes! Hagaga! Jemput Singgah: 50% MERDEKA!
ReplyDeleteLamanyer xg i-city sejak2 dah ddk ganu ni. Byk xtvt tambahan yg menarik. Tq for d info. Bleh g ni.
ReplyDeleteFeel free view my blog
wwq.mysecretvitamin.blogspot.com.my
Sangat menarik sekali, sangat pas untul tempat rekreasi keluarga.
ReplyDeletesungguh menarik ...boleh cuba nanti
ReplyDelete