Thursday, August 14, 2014

ZA Beauty Product For Autumn/Winter 2014 Media Launch

Hi Korang,

Specialnya ZA Media launch kali ni, dibuat dalam cinema hall. Seriusla tak tipu.


Masa first time dapat invite pun cam tak caya gak, hehehehe Aku di jemput ke Indulge TGV Cinema di One Utama ni. First time masuk ke sini, cozy tempatnya. Rasa chillax sangat,

Sementara menunggu media lain sampai, dapat ambil gambar produk yang akan di lancarkan. Yeah, kita bercamwhore lah dulu produk-produk ni ek. Baru tengok je produk dah suka, inikan plak kalau dapat cuba sendiri kan.

Ok jom masuk cinema hall.


Cinema Indulge ni ruangnya memang tak besar tapi keluasan tempat duduk tu memang best, empuk oo. Siap ada selimut lagi tau. Sekali sandar, terus rasa nak tidur. Eh, sudah back to event. 


MC majlis hari tuh ialah Patricia Knudsen seorang DJ, model dan TV host.

Meh aku citer produk yang diperkenalkan masa event ni

ZA Perfect Solution Youth Whitening Serum

Za memperkenalkan Perfect Solution Youth Whitening Serum yang memberi fokus pada pemulihan kulit dari bintik hitam dan kedutan termasuk yang berpunca dari ‘hidden melanin’ yang wujud di bawah lapisan kulit.




Dirumuskan dari Retino-White complex (4MSK = sejenis bahan aktif pencerahan + bahan sampingan yang diperolehi dari Retinol), ia juga berfungsi sebagai intipati pencerahan. Za Perfect Solution Youth Whitening Serum menangani isu penuaan dari tiga aspek iaitu mempromosikan keanjalan kulit, translucency dan mengekalkan kelembapan.


Bagi mendapatkan hasil yang benar-benar berkesan, Za mencadangkan penggunaan kesemua rangkaian Perfect Solution bermula dengan Cleansing Foam diikuti Toner, Youth Whitening Serum, Moisturizer dan akhirnya Restoring Collagen Cream. Menggunakan Intensive Triangle Technology, setiap produk ini membantu memastikan kulit kekal hidrat, berseri dan anjal serta mengurangkan garisan halus.Sempena musim luruh/sejuk ini, Za juga bakal melancarkan dua produk baru.

ZA Perfect Fit Liquid Foundation

Membantu korang mendapatkan base yang cantik dan semulajadi. Kandungan micro-pink pearls memastikan kulit tampil sihat dan berseri. Teksturnya yang ringan seakan air memudahkan aplikasi dan adunan, dan tahan lama. 


Ia membentuk satu lapisan membrane nipis untuk menutup pori dan ketidakrataan warna kulit. Pilih dari enam variasi tona.

ZA Gel Eyeliner

Celak pensel jenis gel ini bukan saja kalis air tetapi smudge-proof. Ia memastikan aplikasi warna yang licin dan tepat serta tahan lama. Didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu real black (BK999) dan deep brown (BR669).


Harga bagi produk-produk berikut:

Za Perfect Fit Liquid Foundation, RM37.90

Za Gel Eyeliner, RM26.90

Za Perfect Solution Youth Whitening Serum, RM59.90

Produk boleh di dapati bermula daripada 15 Ogos 2014 di kesemua farmasi, Guardian dan Watson seluruh negara.


Aku personally suka kat eyeliner tu coz dah cuba pakai hari tuh dan nampak senang. Tak delah tercucuk mata kan. Nanti nak cuba foundation dan serum tu plak la.

ermm tak de gambo makanan la coz time ni bulan puasa hari tuh, dah hujung-hujung puasa pun ade event lagi tau..

Suker la tew kan... hehhehehe


6 comments:

  1. wow! bestnyer set makeup ZA ni :D

    ReplyDelete
  2. Wow! bestnyer set makeup ZA ni :D

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum CLP...mmg bagus produk ni...:)

    ReplyDelete
  4. Untungnya CikLily memanjang je ada event. Takda makan-makan takpa janji ada door gift ke apa untuk dibawa pulang. Rasa macam nak cuba je eyeliner tu.

    ReplyDelete
  5. dah lama x guna product za....ERM...Kena kumpul balik ni kan...

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!