Thursday, August 7, 2014

SHELL FuelSave Challenge 2014, Drive Smart Boleh Menang RM20,000

Hi Korang,

Yeah, Shell FuelSave Challenge datang lagi.

Macam tahun lepas, aku dapat tau pun masa dapat jemputan ke Grand Finale Shell untuk contest ni. Aduiyai rugi bebenar dibuatnya. Tengok jelah betapa meriahnya majlis tuh, siap perang-perang bendera bagai tau.


Acara Shell FuelSave Challenge untuk kali ke 6 ni merupakan acara memandu tahunan yang mempamerkan betapa mudahnya bagi para pemandu menjadi lebih jimat dalam teknik pemanduan mereka di tambah pula dengan menggunakan Shell FuelSave bahan api yang direka untuk bertahan lebih lama bagi setiap tangki.


Selain daripada membantu para pengguna menambahkan pengetahuan dalam cara penjimatan minyak kereta, Shell juga menawarkan pelbagai hadiah dan ganjaran yang istimewa bagi mereka yang menyertainya. Hah sebab tulah aku duk kalut-kalut nak join online contest ni.

Korang ni kalau pasal contest menang ribu-ribu bukan main cepat lagi nak baca ek.


Yelah yelah ni aku terangkan lagi cara nak sertai SHELL FuelSave Challenge 2014 ni lah.

Syarat-syarat pertandingan :-

1. Pemandu yang berumur di antara 21 tahun hingga ke 60 tahun dengan minumum dua (2) tahun pengalaman memandu.

2. Singgah ke Shell FuelSave Roadshow untuk short listing process. Maybe kena jawab soalan dan test drive kot, mana lah aku tau.

3. Kalau tak, yang paling senang meh register secara online di www.shell.com.my/fschallenge


Ni aku tunjukkan lagi secara details cam ne nak register ek


2. Tekan button Registration tuh dah masukkan segala butir-butir peribadi korang


3. Kemudian mulakan jawab simple-simple soalan yang diberikan. Setiap soalan korang boleh mendapat point.


4. Point-point tersebut korang boleh gunakan untuk redeem produk-produk Shell tau.


5. Setiap hari jawab je soalan yang diberikan, lagi banyak soalan dijawab lagi mudah korang terpilih untuk ke peringkat seterusnya.

Apa lagi, jawab je soalan yang berlainan setiap hari, bagi aku senang jelah kalau korang rajin baca tips yang diorang letak kat dalam website ni jugak.

Wah excited dah tu memasing kan.

Sudahlah tuh, meh aku kongsikan secara ringkas Shell FuelSave 95 Tips untuk korang ye




Ok puas hati dah.


Kita tunggu nanti entry seterusnya bagi Shell FuelSave Challenge 2014 ni ye. Aku akan senantiasa update untuk kempen ni setiap hari khamis. Korang pun mehlah cepat-cepat register online di www.shell.com.my/fschallenge untuk join contest ni.

Di samping tu gak, kita boleh bertukar-tukar tips camne nak jimat minyak ketika memandu kan, selain daripada buka tingkap dan tutup air-con ketika memandu. Eleh itu semua orang dah tau kan, kasi tip-tip lain plak ye

Nanti korang citer lah ek, aku tengah kumpul-kumpul ni semua info then barulah aku compile dan jadikan 1 entry.

2 comments:

  1. bagus juga kalau sertainya dapat banyak ilmu dan info pula!


    Entri terbaru saya dalam Blog Hero Borneo

    ReplyDelete
  2. best ni cik lily...husben lieya pengguna shell leh habaq mai kat die kang heheehehehe

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!