Wednesday, August 27, 2014

MOO COW Factory Visit, Dapat Belajar Buat YOGURT

Hi Korang,

Yeah ada rombongan cik kiah lagi melawat kilang, kali ni ke kilang yogurt Moo Cow di Segambut

moooo

Apa itu yogurt?

Meh sini aku cerita serba sedikit ye

Yogurt adalah kandungan 18 bilion bakteria hidup ‘culture’, yang dikenali sebagai L. acidophilus. Kalau korang nka tahu, yogurt juga merupakan bakteria yang membantu untuk meningkatkan penghadaman, mencegah dan merawat cirit-birit, mengurangkan penumbuhan yg terlalu cepat patogen dalam saluran pencernaan, melegakan sindrom cepat marah usus, Chron’s disease dan gut dysbiosis, serta meningkatkan sistem imun anda. Sebab tu korang kena minum yogurt ni, banyak kebaikkannya.


Siang-siang lagi dah bagitau Mr Big yang pagi Ahad hari tuh nak pi melawat kilang yogurt Moo Cow dengan bebudak pompuan The Buttferfly Project ni. Dia ok je sebab dapatlah dia buat hal dia sendiri, so awal dia hantar aku kat Publika jadi dapatlah pekena kopi secawan kat Plan B sementara tunggu diorang ni semua sampai.

Di Outlet Moo Cow Publika

10 orang butterfly yang happy

Tak ramai pun cuma 10 orang Butterfly termasuk 1 Caterplillar, siapa lagi kalau bukan food blogger Madi. Dia memang suka join event pompuan-pompuan ni, seronok katanya. 

Ktorang beramai-ramai ke outlet Moo Cow di dalam Publika ni.


Dah nama blogger pun, so bergambar is a must. Snap sana snap sini, kira glamer pekerja outlet Moo Cow hari tuh.

simple je outlet kat Publika ni

bahan-bahan hiasan untuk yogurt

yogurt drinks




Comel kan outlet Moo Cow ni, nama tak nya banyak gambar-gambar dan props yang begitu cute sekali. Yelah zaman bebudak tak de jumpa benda-benda macam ni.

Jom naik van beramai-ramai, muat ko 11 orang termasuk driver. Sempit sket tapi sekejap je coz kilang tu dekat je dalam 20 minit dah sampai.

comel mamalia, maskot moo cow


Aku ingat kilang besar, rupanya deretan rumah kedai. Memang comel, dari luar nampak cam biasa je bila masuk dalam dah macam playland tau. Sangat cute dan comel macam produknya jugak. Ktorang disambut dengan para pekerja Moo Cow yang friendly dan juga maskot Moo Cow iaitu Mamalia pun turut turun kebawah lambat sebab tersangkut kat pintu lift katanya. Hehehehhehe

Sesi Briefing mengenai Moo Cow Malaysia


Ktorang naik ke tingkat atas untuk sesi briefing sebelum melihat proses membuat yogurt. Yang best tuh, founder Moo Cow sendiri iaitu Mr Clifford Too yang memberi taklliamt tau. Baguskan, bos besar sendiri turun padang.


ruangan merchandise

kengkawan mamalia, sophia siburung hantu dan alamak lupa plak nama itik comey tuh

Moo Cow sebenarnya adalah produk keluaran Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2011 dan sampai sekarang sudah pun mempunyai lebih daripada 16 outlet serata Malaysia termasuk jugak di Sabah. Hebat kan, nampak cam kecil je store tapi pengeluarannya masyuk ooo


Kalau korang nak tau perkataan yogurt berasal dari Turki dan merujuk kepada tart, susu tebal. Yogurt boleh didapati di hampir setiap tempat yang mengeluarkan susu daripada haiwan.


Ia mungkin ditemui dalam cara yang sama di setiap kawasan. Apabila susu segar dibiarkan dalam bekas dengan bakteria, susu pekat dan mengembangkan rasa masam yang lazat. Asid laktik yang dihasilkan oleh penapaian juga bertindak sebagai pengawet, membantu menyenangkan lagi hidupnya culture susu tersebut



Aduiyai pening sket kalau nak terangkan secara details tapi korang akan paham bila tengok gambar-gambar yang seterusnya ini nanti.

Proses Membuat Yogurt (Yogurt Berperisa dan Minuman Yogurt)

Jom pi tengok proses membuat yogurt!

Ktorang turun ke tingkat 1 di dalam bangunan yang sama untuk ke bahagian cara pembuatan yogurt di lakukan.

cara pemakaian yang betul

dah ready utensil semua ek

ktorang pun kena pakai tau, ikut procedure

Memula kena jaga kebersihan. So pakai safety essential macam sarung kasut, hair cap dan mask mulut. Kemudian kena sanitize tangan, utensil dan peralatan. Bukan apa, kalau kita bawah bakteria masuk dalam kilang nanti rosaklah yogurt tuh.

kami geng lembu sendat tak sabar nak cuba fresh yogurt ni


Langkah kedua kita didihkan susu sehingga 80°C bukan lah mendidih pun tapi sekadar warm gituh


Lepas tu, tunggu sekejap dan folding susu tu sehingga suhu turun 39°C – 44°C tapi kalau dapat suhu 40°C dah bagus dah. Folding tu cam melipat la macam cara lipat kain tuh tapi gunakan method tu bagi susu tersebut dan bukan stirring (kacau). Sangat-sangat penting tau.




Barulah masukkan live culture tuh. Ingat ye jangan di kacau. Still kena folding gak tau.



Dah siap, masukkan yogurt di dalam chiller dengan minimum 24 jam tau supaya bakteria tu dalam rehat dan chill supaya lagi sedap kita makan nanti.




Inilah dia hasil yogurt yang telah di sejukkan untuk beberapa hari. Yang pertama ktorang rasa plain yogurt original yang tak tambah apa pun. 


letak perisa blueberry



Kemudian Mr Clifford meletakkan perasa supaya bertambah enak kitorang makan. Bila masuk ke tekak pada mulanya memang rasa tak sedap but once dah minum sampai abis lagi sedap plak. Bertambah ktorang makan. Ishk tak malu sungguh.

Kemudian, Mr Clifford tunjukkan pula bagaimana membuat yogurt drink untuk produk Moo Cow ni.


letak bahan rahsia

letak air

Susu yang telah diproses pada mulanya tadi di jadikan bahan utama untuk proses ini. Lepas tu, di tambahkan pula dengan bahan rahsia yang bakal menjadikannya lebih sedap. Tapi bukan rahsia mana pun, sebab Mr Clifford cakap segala bahan yang terkandung dalam beg tu ada tercatat di kotak packaging yogurt drinks mereka. Nanti aku check lah.

kacau hingga sebati

Bahan tersebut di tambah air dan di kacau untuk sehingga sebati dan terus disejukkan.


Lagi sekali ktorang dapat rasa yogurt drinks yang segar yang dibuat tadi dan juga yogurt dah telah pun disejukkan selama 3 hari lepas. 

jom minum 

sebelah kiri, yogurt drink yang baru sahaja dibuat, sebelah kanan yang dah disejukkan 

Of courselah yang sejuk lagi sedap walaupun yang baru dibancuh sudah sedap. Dengan tak malunya, ktorang minum bercawan-cawan sebab sedap.



Selain daripada yogurt dan yogurt drinks, Moo Cow juga mengeluarkan produk terbaru mereka iaitu mooncake. Pelbagai perasa yang sempat aku rasa sampai terlupa dah namanya. Warna warni gituh.


nampak tak kesedapannya

Yogurt cake pun ada jugak tau, ada 4 perasa dan yang paling mendapat perhatian sekali adalah Oreo Chocolate Yogurt Cake. Berlumba-lumba memasing untuk habiskan kek ni kan.

dapat gift pack istimewa daripada Mom Cow

Memang seronok berada di kilang Moo Cow ni, memacam yang dapat aku belajar mengenai yogurt. Lepas ni dah tau dah kat mane nak dapatkan yogurt yang sedap dan berkualiti kan.


Thank you kepada Moo Cow kerana mengizinkan ktorang singgah ke tempat yang awesome ni dan tak lupa jugak kepada The Butterfly Project yang selalu je menyediakan aktiviti yang hebat untuk ktorang semua.


Kalau nak tau lebih details mengenai Moo Cow ni meh klik ke

Facebook : 

Website : 




10 comments:

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!