Hi Korang,
Bagi mereka yang sukakan home deco dan jahitan kan. Ada berita baik untuk korang semua tau sempena hari raya yang akan tiba nanti.
Kedai rantaian mega antarabangsa iaitu Spotlight bakal tiba ke Malaysia! Ya, ia sememangnya benar, syarikat termashyur milik Australia itu akan membuka kedai sulungnya di Malaysia bertempat di Pusat Beli-Belah Ampang Point pada 12 Julai 2014 10am.
Spotlight cukup sinonim dengan tawaran pilihan luas fabrik, keperluan kraf, parti dan produk hiasan rumah di beberapa negara termasuk Australia, New Zealand dan Asia, dikenali dengan pengenalan harga terbaik dan pelbagai tawaran menakjubkan.
Pembukaan kedai itu menandakan permulaan kepada rancangan meluaskan lagi tambahan gedung di Malaysia pada masa akan datang dan menjanjikan pengalaman membeli-belah unik, berinspirasi dan mudah seperti yang belum pernah disaksikan selama ini!
Spotlight, buat masa ini sudah memiliki sebanyak 117 gedung di Australia, New Zealand dan Asia, akan dibina di atas keluasan gedung peruncitan lebih 2,400 meter persegi dan menempatkan lebih daripada 150,000 produk dalam enam kategori – yang mana kebanyakan daripadanya belum pernah dilihat dan ditawarkan di Malaysia. Spotlight akan menampilkan pilihan luas barangan berkualiti tinggi yang bernilai bermula daripada kelengkapan rumah, Manchester (peralatan tempat tidur), hiasan rumah, fabrik pakaian dan fesyen, sehinggalah kepada keperluan penting bagi kraf, hobi dan parti.
“Ini ialah gedung pertama di Malaysia yang rancak mendapat tempat dan kami yakin ia akan menjadi sebuah hab kreatif bagi hiasan rumah, rekaan fesyen, parti-parti dan hobi berkaitan kraf. Tiada ada tempat sepertinya di Malaysia dan kami yakin pasaran di sini akan menikmati pengalaman membeli-belah yang belum pernah disaksikan sebelum ini,” kata Pengurus Besar Pemasaran Spotlight, JonoGelfand.
Selari dengan majlis pelancaran tidak lama lagi, Spotlight Malaysia akan menawarkan sesiapa yang bertuah peluang untuk mengunjung ke Gold Coast, Australia selama lima hari. Untuk meraih peluang keemasan ini, kunjungi laman web Spotlight Malaysia dari sekarang sehingga 31st Julai 2014 dan nyatakan sebab anda ingin kunjungi Australia. Sesiapa yang mengunjungi laman web Spotlight juga layak mendaftar sebagai ahli VIP dan menikmati tawaran eksklusif serta memperoleh informasi mengenai jualan besar-besaran sempena pembukaan gedung berkenaan.
Komited untuk menggaji pekerja tempatan di rangkaian gedung luar negaranya, kemunculan gedung Spotlight dijangka membuka peluang kerjaya menarik kepada penduduk tempatan. “Kami akan membuka lebih banyak kedai dalam tempoh 18 bulan di Malaysia, dan kami berharap pengurus stor Spotlight adalah dipilih daripada kelompok kakitangan pertama yang kami upah dan latih. Ia termasuk jawatan peringkat pengurusan dan Spotlight sedang mencari dan melantik sehingga 200 orang ahli pasukan di Malaysia dalam tempoh 24 bulan akan datang,” Jono bertambah. Sesiapa yang berminat dialu-alukan mengemukakan resume mereka pada laman www.spotlight.com.my.
Memandangkan kebanyakan produk yang diperagakan di Spotlight adalah eksklusif di Malaysia, kakitangan utama gedung akan menjalani latihan di Singapura untuk memastikan mereka mendapat pendedahan pengetahuan produk secara ekstensif, bagi membolehkan mereka menawarkan servis pelanggan terbaik kepada para pembeli.
“Pembangunan staf ialah elemen penting dalam aktiviti perniagaan Spotlight dan syarikat kami komited untuk membekalkan latihan ekstensif kepada semua kakitangan berkaitan aspek pengetahuan produk bernilai dan khidmat nasihat,” jelas Jono.
Kunjungilah Ampang Point pada 12 Julai pukul 10 pagi untuk pembukaan rasmi stor Spotlight. Terdapat pelbagai hadiah menarik seperti gift kad dan barangan istimewa dari Spotlight akan diberikan kepada pengunjung. Selain itu, pengunjung juga dapat menikmati persembahan silap mata yang memukau hati, aksi badut yang lucu, sesi kraf dan aktiviti conteng muka (face paiting). Tiada tempat lain yang setanding Spotlight untuk seisi keluarga mennghabiskan hujung minggu ini.
Gedung sulung Spotlight terletak di Tingkat 2 Pusat Beli-Belah Ampang Point, Jalan Mamanda 3, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia.
Korang yang kaki menjahit dan deko-deko ni baiklah cuba ke sini nanti kan, mana tau ade rezeki korang menang trip ke Gold Coast Australia tu kan hehehhehe
tiba tiba hati girang tengok warna warni banyak ni...
ReplyDeletecantik-cantiknya...hadoii..jauh benau nak pi cuci mata nie..cuci mata kat blog nie jelah..hihi
ReplyDeletehari hari wak limpas ampang point., kihkih2
ReplyDelete