Hi Korang,
Bulan puasa ni memang banyak nau kempen beramal, ek haruslah dapat tambah pahala.
Bulan puasa ni memang banyak nau kempen beramal, ek haruslah dapat tambah pahala.
Ni aku nak citer sket pasal kempen Planta ni ek
Planta, jenama marjerin Malaysia yang dipercayai sejak turun temurun telah melancarkan kempen Seceria Air Tangan Ibu sempena Hari Raya sebagai pencetus inspirasi buat golongan ibu untuk berkongsi ‘air tangan’ mereka serta menghasilkan biskut dan kek enak yang berwarna-warni. Sentuhan air tangan ibu membawa suasana Raya yang meriah untuk seisi keluarga, terutamanya kanak-kanak.
Resepi biskut dan kek Planta kini tampil lebih ceria dan berwarna-warni. Diilhamkan daripada warna pelangi, biskut dan kek ini dapat memberikan sentuhan ajaib air tangan ibu kepada kuih tradisional seperti Tat Nenas dan Semperit Pandan. Planta turut memperkenalkan resepi baru mengikut tren pada tahun ini iaitu Biskut Red Velvet, Biskut Buah Hati dan Biskut Roda Warna.
Bulan Ramadan ini sebaiknya kita banyakkan bersedekah. Di sini, Planta turut menggalakkan kaum ibu untuk Beramal Bersama Planta dan berkongsi air tangan mereka dengan membuat kuih Raya untuk anak-anak yatim di Malaysia.
Planta berhasrat untuk meraih sasaran 50,000 biskut di bulan Ramadan mulai 16 sehingga 20 Julai 2014.
Info selanjutnya
boleh click SINI
Semoga sasaran
sebanyak 50,000 biskut akan tercapai. Bayangkan muka anak-anak yatim yang
tersenyum menerima biskut kita tu nanti......perasaan indah yang tak dapat
digambarkan....
Jom ke Mydin / Giant
dari 16 - 20 Julai 2014 untuk menderma biskut raya planta anda.
Planta sapu dengan roti letak gula..sedpp
ReplyDeleteassalamualaikum CLP...eloklah banyak buat amal didlm bln puasa ni...:)
ReplyDelete