Hi Korang,
Rasanya ramai kot yang biasa dengar tentang Foodpanda.MY ni kan, yelah yang kaki order makanan secara online kemudian terus dihantar ke tempat yang korang nak kan.
Hah, yang itu lah.
Foodpanda.MY ni merupakan service pesanan dan penghantaran makanan yang beribu pejabat di Berlin German dan kini sudah pun memasuki 2 tahun berada di pasaran Malaysia
Bermula dengan 40 restoran dan kini hampir 580 restoran bekerjasama dengan Foodpanda.MY di seluruh semenanjung Malaysia iaitu di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Ipoh, Penang, Melaka dan Johor Bahru. Dengar-dengar mereka juga akan memasuki pasaran di Sabah dan Sarawak tidak lama lagi.
“We are confident of sustaining our business here as well as revolutionizing the food ordering and delivery service through our unconventional approach. Food ordering can now be done conveniently using our mobile app and at an affordable fee,” kata Claudio Abitante, Managing Director of foodpanda Malaysia. “We look forward to expanding our partnership with more restaurant owners and we also hope to establish our network of delivery service to cover all parts of Malaysia. Our recent partnership with Chaswood Resources has opened up an even wider selection of food choices for our customers to enjoy”, tambah Abitante lagi.
Chaswood Resources Sdn Bhd (Chaswood Resources) baru sahaja menandatangani perjanjian bersama dengan foodpanda Malaysia, dimana mereka akan membekalkan makanan daripada restoran dibawah naungan mereka iaitu TGI Fridays, Italiannies, The Apartment, Malones, Bulgogi Brothers, Watami dan Teh Tarik Place.
Di antara major restoran yang berada dibawah senarai foodpanda Malaysia delicery service adalah Din Tai Fung, Kenny Rogers Roasters, Wendy’s, Starbucks, Gongcha, Chatime and Tony Roma’s.
Foodpanda Malaysia hanya mengenakan charges sebanyak RM4 untuk penghantaran sementara harga makanan adaalah sama mengikut apa yang dipaparkan di restoran.
Mesti korang dah teruja kan pasal bab makan-makan ni. Meh aku terangkan sedikit cara memesan makanan secara online.
Langkah-langkah menggunakan perkhidmatan Foodpanda.MY
1. Download apps Foodpanda.MY di smartphone korang tak kiralah ios, android, windows, Nokia X dan Asha. Download dari computer pun boleh. Pergi ke www.foodpanda.my
2. Ikut segala arahan yang dipaparkan di skrin
3. Register dulu details korang untuk proses penghantaran dan pembayaran.
4. Dah boleh pilih makanan yang korang nak order dan lokasi yang sesuai ye.
5. Buat bayaran dan sms akan diterima mengenai status pesanan korang.
6. Tunggu sajelah makanan sampai
Ermm senang kan. So kalau time lunch memana yang tak sempat keluar atau pun malas nak keluar sebab takut dek panas matahari, bolehlah start order makanan di foodpanda.MY ni ek
Masa event ni, sempat jugaklah aku order online makanan di Foodpanda.MY ni. Rasanya tak sampai 1 jam pun makanan sampai.
Korang pun patut cubalah ek..
your mee mamak goreng sedap tak?
ReplyDelete