Hi Korang,
Ingatkan lepas abis je projek buffet ramadhan 2014, tak de lagilah bab makan-makan sedap ni.
Rupanya lagi melimpah ruah rezeki yang mendatang, banyak lagi restoran, hotel yang menjemput aku merasai hidangan ramadhan buffet mereka. Apalagi, janganlah lepaskan peluang.
Bak kata Mr Big rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari.
tiru pose aku plak kan hehehhe
Jadinya Jumaat lepas, ktorang ke FUZE Restaurant di Everly Hotel Putrajaya atas undangan salah sorang lembaga pengarah di situ. Rasa bangga jap coz blog www.ciklilyputih.com yang picisan ni mendapat perhatian.
Just nice sampai dalam 6.40 petang cam tu, orang pun belum ramai lagi, sempat jugaklah aku snap beberapa keping gambar makanan untuk tatapan korang. Walaupun nampak secara fizikal restoran ni kecil tapi bila berjalan untuk meninjau makanan ermm rasa jauh jugak.
Mehlah kita intai serba sedikit makanan yang disajikan di Everly Hotel Putrajaya ni ye.
Appetizernya yang simple dan ringan untuk dimakan sebelum ke hidangan utama.
Hidangan utama yang sangat-sangat pelbagai jenis dan rasa. Boleh buat perut tak keruan hehehhehe
Penutup yang menyenangkan, sedap plak sampai aku makan kek coklat ni berkali-kali.
Untuk buffet Ramadhan 2014 ni, ianya bermula dari 28hb Jun 2014 – 27hb Julai 2014 dari 6.30petang hingga 10.00 malam.
Harga buffet ramadhan 2014 di Everly Putrajaya ni adalah
RM 98nett untuk dewasa
RM 49nett untuk kanak-kanak (6-12 tahun)
Untuk tempahan sila hubungi, 03-8892 2929
Jom kita ke :-
THE EVERLY PUTRAJAYA
No.1 Jalan Alamanda 2, Precint 1,
62000 Putrajaya Malaysia
Tel: (60)3 8892 2929
Fax: (60)3 8892 2828
Website : www.putrajaya.theeverlyhotel.com
Email: tep@everlygroup.com
Lama gak ktorang lepak makan kat sini, sambil makan tuh tengok gelagat orang yang makan kat situ gak. Majoriti datang dengan family, siap ada celebrate birthday lagi tau.
Terima kasih pada Mr Rolf yang sudi ajak ktorang kemari, kalau tak tengok dari jauh jelah Everly Hotel Putrajaya ni dari Alamanda kan.
bertuah ciklily dpt byk jemputan...rezeki jgn ditolak kn...suka tgk smua menu ...meriah
ReplyDeleteBanyaknya pilihan CikLily. Memang best tapi boleh pitamlah tak tahu apa yang nak dimakan :)
ReplyDeleteWahh..sodap2nyer..terliur plak nengok...
ReplyDeleteassalamualaikum CLP...aduhhh dugaan bln puasa ni mmg semuanya nampak sedap jer sabo jer la yer..;)
ReplyDeletewahhh meriahnyer berbuka puasa kat hotel tu makk., ehHHee
ReplyDeletemengiurkan dan menyelerakan...
ReplyDeletePerghh kmbg panggang tu mmg nmpk mengancamm
ReplyDelete