Hi Korang,
Ramai pasti yang ingat dalam PICC ni ada satu dewan je kan.
Eh, mana ada yang korang tengok kat tv masa abpph tu baru 1 dewan. Ada lagi banyak sebenarnya yang ramai orang tak tau.
Aku berkesempatan untuk mengikuti FAM Media Tour anjuran PICC sendiri tau bagi melawat dewan-dewan yang terdapat di dalam PICC ni.
Plenary Hall
Pakej harga bermula dari RM160.00 (minimum booking 1500pax, maximum 3000pax). Masa ABPBH hari tuh buat kan sini lah. Besar kan dewan ni
Head Of States Room
Dewan ni merupakan dewan persidangan yang istimewa sekali. Ini kira macam dewan tertutup gituh. Ni kalau bos-bos besar ke, menteri ke meeting di sini. Kira macam persidangan meja bulat tuh.
Pakej harga bermula dari RM499.00 (arrangement for 50pax per booking)
Putra Hall A dan B
Dewan ini selalunya digunakan untuk majlis-majlis perkahwinan mahupun seminar jugak.
Pakej harga bermula dari RM118.00 (minimum booking 600pax, maximum 1000pax)
Hall 1 – 10
Ini merupakan dewan yang boleh di buka dindingnya di jadikan besar atau kecil. Macam dewan peperiksaan tuh. Boleh di jadikan tempat seminar mahupun bililk mesyuarat.
Pakej harga bermula dari RM88.00 (minimum booking 300pax, maximum 500pax)
Di antara yang terkandung didalam pakej-pakej ini adalah
1 lunch + 2 tea breaks inclusive of coffee, tea with assorted savoury and sweet snacks
Free flow of drinking water and mints/dried fruits
PICC signature stationary
Individual conference mic, screen and projector
FREE wireless internet access
Kalau untuk pakej perkahwinan, dia lain sket. Itu kena refer kepada pihak PICC sendiri. Kalau aku nak tulis rasa cam lebih 3-4 pages entry ni kan.
Itu dia, bukan main banyak lagi dewan kan. Kira kalau company korang bermesyuarat gaya-gaya bagai, atau pun nak impress client korang bolehlah book dewan kat sini kan. Mana tau business boleh kencang melonjak naik gitu kan..
banyak jugak dewan kat PICC ni kan....harga pun boleh tahan....
ReplyDeleteassalamualaikum CLP...bestnya kalau dpt pi ke sana...:)
ReplyDeleteharga pakej tu per person ke macam mana eh?
ReplyDelete