Hi Korang,
Ini kira first time aku tengok sendiri betapa kecilnya hotel transit untuk pelancong ni.
Selalunya tengok TV rancangan Lonely Planet tu je.
Nak pi Jepun tak dapatlah geng, budgetnya terlalu tinggi bagi aku yang tak berapa nak kaya ni lah.
Capsule Hotel ini direka khususnya untuk para pelancong, transit travelers, backpackers ataupun frequent flyer. Konsep hotel ini dipengaruhi oleh Japanese style ‘Kyosho Jutaku’ yang bermaksud hidup selesa walaupun sekecil ibu jari luasnya dimana kebanyakan keluasan rumah-rumah di Jepun hanyalah tidak kurang daripada besarnya parking lot kereta.
Bilik-bilik di Capsule Hotel ini sangat kecil, lebih kurang sebesar katil bujang.
Di sebabkan itulah Capsule Hotel berjaya memuatkan 79 bilik di dalam keluasan 3,300 kaki persegi, basically saiz kedai di shopping mall sahaja.
Mr Ryan Loo
Vincent Tan
Capsule Hotel ini di ilhamkan dari Mr Ryan Loo, Chief Executive Director dan Vincent Tan, Chief Design Officer of ZU Container. Hotel ini dibina dengan menggunakan recycled containers, rekabentuknya adalah ‘eco-friendly’di mana kesemuanya menggunakan bahan kitar semula tapi tampak lebih cantik dan kemas.
Meh kita buat lawatan sambil belajar sket di Capsule Hotel ni ek
Once je kita masuk kat area lobby ni ada Concierge area yang mana korang boleh book bilik, kaunter pertanyaan, cashier semuanya di sini. Transit hotel ni tak de specified masa untuk check-in atau pun check out, dia base pada waktu yang korang nak, macam 3 jam, 6 jam atau 12 jam. Kira sesuailah bagi mereka yang kena transit sebab flight delay kan, so bolehlah berehat di sini.
Ada ruangan untuk simpan kasut je coz kena tukar kepada selipar yang pihak hotel dah sediakan so tak de kotor sangat kan.
Belakang ni ada ruang penyimpanan beg atau barang yang besar so tak yah nak angkut semua ke katil, tak ke sempit tu kan.
Selain daripada berehat sementara menanti flight tiba, Capsule Hotel juga menyediakan Capsule Bar untuk chillax minum-minum, boleh baca buku coz ada library, tempat lepak-lepak dan ada FREE WiFi.
Harga untuk perkhidmatan ini adalah seperti berikut,
3 jam = RM45.00
6 jam = RM70.00
12 jam = RM90.00
Yang best tuh, kalau korang tak tidur pun tak per tapi korang boleh mandi siap segala amenities FREE dan sewa locker beg sahaja dengan harga berpatutan.
Ok lah biliknya
Aku ingatkan kecil sangatlah rupanya just nice untuk seorang tidur. Taklah kecil mana pun, siap ada cermin dan meja lipat untuk korang guna/letak apa-apa pun. Elektrik point pun ada so boleh charge phone ke laptop, ada jugak telefon untuk set wake up calls lah. Boleh tutup lampu bagai wokeh.
Memanglah tak de pintu tapi ada blind yang boleh tutup sampai ke bawah. Bila dah tutup lampu, orang dari luar tak nampak apa-apa pun yang kita buat kat dalam.
Bilik air pun, walaupun comey lote tapi awesome gak. Semua keperluan mandian di sediakan sekali.
La jangan bimbang, kawasan hotel di bagikan kepada lelaki dan perempuan so kira ada privasi sketlah kalau korang pompuan nak tukar baju kan. Kalau tak cukup luas, ada bilik persalinan di sediakan siap dengan cermin besar lagi.
Bagi korang yang teringin sangat nak menggunakan atau merasainya boleh rujuk info kat bawah ni ek:
CAPSULE BY CONTAINER HOTEL
Lot L1-2 & 3, Gateway,
Terminal KLIA2, KL International Airport,
Jalan KLIA 2/1, 64000 KLIA, Sepang,
Selangor, Malaysia.
DIRECT RESERVATIONS
Phone: 03-21104388
Email: info@capsulecontainer.com
Ktorang media ada dapat voucher untuk cuba chillax kat hotel ni, ermm tapi entah bila boleh dapat guna ek.
Nampak cam best plak..
Petnah tgok kat tv..sejak tengok tu teringin nk jadi backpackers tau...tp utk SA yg keja as a PA ni ntah bila la dpt pi...huhu
ReplyDeletehaa pandai dah ikut style jepun, kesian tgk org yg flight delay tido atas lantai kat airport
ReplyDeletetak sangka kat Malaysia pun dah ada capsule hotel ni..baguslah bagi mereka yang nak rehat seketika.
ReplyDeleteassalamualaikum CLP...mcm best jer ni...senang jugakan...:)
ReplyDeleteAssalamualaikum,ade tmpt solat ke? Jauh x capsule ngn bilik air? Tq
ReplyDelete