Thursday, June 12, 2014

Buffet Ramadhan 2014 Di BANGI Golf Resort, Bangi.

Hi Korang,


La first time lagi dapat pi ramadhan review di BGR Restaurant di Bangi Golf Resort ni.


Punyalah suka coz dekat benau dengan rumah. Actually ini kali kedua aku pi makan kat sini. Dulu tu masa bulan puasa gak but lagi 2 hari lagi nak raya coz Mr Big ada appointment dengan one of the manager kat BGR ni. So dapatlah ktorang merasainya sendiri buffet ramadhan di sini. Ya ampun, crowd memang ramai dah macam bazaar pun ada.



Kali ni, ktorang datang sebagai reviewer plak. Angkut sekali mama dengan Siti, si gemuk je tak de. 

Sesampai je dewan dah almost full dengan bloggers. Ada yang bawak keluarga, partners, kengkawan kan, erm jemputan untuk 5 orang haruslah bawak sekali. Kira macam spend time bersama keluarga but in the mean time buat food review sekali. Tak ke awesome tuh.

Seperti tahun-tahun sudah Bangi Golf Resort menyediakan lebih 100 jenis hidangan yang bakal disajikan untuk para pelanggan yang datang. 

Ada Cooking Showcase, Western Appetizer, Malay Appetizer, Snacks & Main Courses dan pelbagai lagi.




Bagi Cooking Showcase, korang di sajikan dengan Kambing Bakar, satay ayam dan daging, fried kway teow dan fried mee mamak. Ermm semua masak depan korang. So boleh lah tengok cam ner chef-chef ni masakkan.





Untuk Western Appetizer plak, selain daripada Beef lasagna, spaghetti with chicken carbonara, grilled boneless chicken ada satu jenis hidangan yang bagi aku agak unik sket hasil ciptaan chef sendiri iaitu Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma

Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma

Sous Vide Eggs

Ianya sebenarnya telur ½ masak yang di masak perfectly dan dihidangkan dengan special mushroom sauce. Korang kene rasa dulu so baru tau cam ne. Aku sampai nak explain susahlah. Mr Big sampai bedal bermangkuk-mangkuk sebab sedap.









Hidangan Malay Appetizer, Snacks & Main Courses, ada Lemang, Rendang daging, Cucur udang, Nasi Beriyani, Nasi Ulam, Gulai Kawah Daging, Sambal Sotong, Ikan keli masak lemak cili api dan pelbagai lagi.














Dessert pun ada macam-macam pilihan, selain daripada kuih muih melayu ada jugak hidangan pemanis mulut western seperti red valvet cake, chocolate fudge cake, crème brulee tartlet, chocolate mousse sundae, watermelon lychee jelly, young coconut jelly, crème caramel, sous vide pineapple panna cotta dan oreo cream cheese.






Aduiyai sampai letih-letih nak makan tau, nasib baik sambil makan sambil borak so cam seronoklah sket nak abiskan makanan ni semua. 

Untuk buffet ramadhan BGR restaurant ni, ianya bermula dari 2hb Julai 2014 hingga 26hb Julai 2014 dari 6.30petang hingga 10.30 malam.

Harga buffet ramadhan di BANGI Golf Resort, Bangi ni adalah

RM50 nett untuk dewasa

RM25 nett untuk kanak-kanak

Kalau nak booking senang je, korang boleh contact NURUL ATIKAH 012-343 1375 (email:atikah.bangigolf@gmail.com) call je dia, cakap nama CIK LILY PUTIH nanti pandailah dia adjust table untuk korang kan heheheheh, atau terus call 03 – 8925 3728

Jom kita ke


Bangi Golf Resort , 
No 1 . Persiaran Bandar. 
43650 , Bandar Baru Bangi. 
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03 - 8925 3728 / 03 - 8210 0265


Laman Web: www.bgrrest.com




Apa lagi, korang-korang yang dekat area Bangi ni memang patut pi cuba. Aku ni pun bulan puasa nanti mesti nak kemari lagi. Sebab nak makan ais krim bunga kantan yang sedap benau tuh.

Jom #BGRmakan


7 comments:

  1. fruit deco diorang memang menarik la kan....dah ikut selera aku butter prawn dia memang sedap laa

    ReplyDelete
  2. bESTNYA.. NAMPAK SEDAP.. MACAM NAK PG JER.. :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum CLP...wah bestnya semuanya nampak sedap2 belaka..:)

    ReplyDelete
  4. kalu makan kat hotel time ramadhan paling menggiurkan bagi aku kambing golek dan dessert...

    ReplyDelete
  5. dekat dengan rumah tp x tau la ada peluang x nak g

    ReplyDelete
  6. suka la tgok entry2 review ramadhan buffet ni..tgok plak si kambing panggang yang seksi...terus terliur lagi..oh cik lily..murah betul buffet ni...

    ReplyDelete
  7. Salam...siapa2 nak dapatkan harga istimewa n murah blh contact no. ini... Confirm blh runding harga special.

    Cik Suliani : 017-2661092

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!