Hi Korang,
Ok ada lagi citer pasal buffet Ramadhan ni tau.
Ingat dah abis ke, dont worry ada banyak lagi coming soon.
So sekarang, jom kita ke ARMADA Hotel di Petaling Jaya. Ktorang memang dah jadikan restoran ni restoran ktorang sebab rasa macam syiok je bila pi makan kan sini. May be sebab ktorang dah terbiasa sangat, yelah rasanya tiap-tiap bulan ke sini kan.
Dengan lebih daripada 100 hidangan ada, Chef Eksekutif, Chew Teik Chye berjanji untuk mempamerkan pelbagai pilihan hidangan yang menekankan pelbagai perisa dan bau yang akan menggelitik lelangit anda selepas hari yang panjang berpuasa.
Disediakan khusus untuk peminat Kerabu, pihak Armada Hotel telah menyediakan beberapa jenis ciptaan inovatif kerabu seperti Kerabu Mangga, Kerabu Sotong, Kerabu Kacang Botol dan Kerabu Soo Hoon.
Untuk hidangan utama, beberapa hidangan klasik yang merupakan ‘signature dish’ bagi buffet Ramadhan Armada seperti Asam Laksa, Nasi Rempah Berlauk, Udang Klieo, Ketam Masak Gulai Siam, Ayam Golek, Pucuk Paku Masak Ikan Masin, Kari Kepala Ikan, Daging Masak Serai, Ikan Sembilang Panggang Berlada , Rendang Itik, Sup Tulang Rusuk, Nangka Muda Masak Lemak, Sotong Masak Kunyit Serai and the all-time favorite Siput Sedut Masak Cili Padi.
Pencuci mulut termasuk Kuih tradisional Melayu, French pastries dan makanan manis menggoda seperti Pengat Nangka, Bubur Pulut Hitam, Ais Kacang dan Bubur Cha-Cha semua disediakan khas untuk gigi manis. Terdapat juga pelbagai minuman disediakan untuk anda untuk menghilangkan dahaga anda Cincau, Pokok Kelapa Muda, Pokok Jagung, Kembang Semangkuk, Selasih dan banyak lagi.
Untuk buffet ‘Citarasa Tradisi Ramadhan Buffet Dinner’ ni, ianya bermula dari 7hb Julai 2014 hingga 27hb Julai 2014.
Harga buffet ramadhan di Utara Coffee House ni adalah
RM85++ untuk dewasa
RM43++ untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun) dan warga emas 60 tahun ke atas
Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-7954 6888 ext 4557.
Jom kita ke
Utara Coffee House
Armada Hotel Petaling Jaya
Lot 4, Lorong Utara C, Section S2,
Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-7954 6888
Ye korang, aku rasa perut aku ni dah mula menunjukkan pembesaran 2x ganda kehadapan. Takutnya mak ai, janganlah seluar tak boleh muat nanti. Memintaklah bulan puasa ni kurus sket kan.
sedap wei rojak buah ni tau
Selamat Makan Korang!
fuhhh~ harga dia.thorrbaikkk.
ReplyDeletepaling terliur siput sedut cili api tu. blog ko ni x leh masuk dah bila time pose nanti..menjejez air liur..kekekeke
ReplyDeleteyeahh.... dalam banyak hotel kat sini la yang feeling lebih kalau time food tasting / food review...enjoy je makan2 kat sini kan..
ReplyDeleteya allah...udang butter ngan rojak buah tu dan telur asin sangat2 menggoda kalbu la cik lily oiii...
ReplyDeleteMenu pre-ramadan ngan ramadan tu sama ke..
ReplyDeleteMenu pre-ramadan ngan ramadan bufet tu sama eh..
ReplyDelete