Hi Korang,
Perasan tak social media aku macam nak giler hari sabtu lepas? Ermm itulah rasanya lebih dari 40 gambar aku update untuk hari tu je sempena EPHYRA Treasure Hunt 2014.
Actually tak de plan pun nak join, tup-tup Shakiddo duk tanya so aku pun join jelah dengan harapan dapatlah berkenalan dengan blogger lain sambil buang-buang masa di hari sabtu tu memandangkan Mr Big ada project dengan team Alza dia kan.
Ktorang berkumpul di Dewan Puspanita Presint 10 Putrajaya ni, seramai 27 orang blogger lain turut serta, ermm ada plak yg last minute cancel, sangat no attitude at all. Cian kat team yang cuma bertiga tuh.
Ktorang di bahagikan kepada 7 kumpulan yang consist of 4 orang. Aku team 5 sama dengan blogger EjamOthman, Nannie Isa dan Emilly Tang.
Once dapat group je terus ktorang kena buat Task 1 iaitu buat istavideo tentang cara minum Ephyra ni ek. Hehehe memang kelakar-kelakar video yang aku tengok tapi yang paling kelakar video aku lah, dengan suara hilang gambar kelam. Tapi heheheh best!
Pn Amiza Amiruddin selaku tuan punya produk Ephyra ni juga turun padang untuk merasmikan Ephyra Treasure Hunt 2014 ni. Ini first time aku jumpa dia, walaupun dah banyak kali bekerjasama dengan team Oceanlife Marketing ni.
Orite untuk Task 2, ktorang kena ke Taman Botani Putrajaya ni. Memula lagi dah terlepas simpang untuk masuk ke taman ni. Nasib baik driver berhemah ktorang Ejam buat big circle satu Putrajaya ni dan masuk balik ke sini.
Sesampai je Kidd dah tunggu untuk berikan task. Rupanya ktorang kena mengenali beberapa jenis pokok yang terdapat di perkarangan Taman Botani ni. Hah ko yang panjat pagar, yang pijak lecak semua ada demi untuk siapkan task. Aku kan payah nak melangkah pagar tuh so aku cari nama-nama pokok kat sebelah atas je. Penat oo lari sket dah nak semput, walaupun berzumba banyak tapi still stamina kurang gak.
Settle terus ke Task 3.
Ini memang best, ktorang kena selfie kat billboard Ephyra di PLUS Highway ni. Ermm nasib baik aku familiar tempat ni so tak jadi hal lah. Guide je Ejam drive ke tempat yang dituju kan, park tepi jalan. Nasib baik jugak aku bawak monopod ni, so dapatlah ktorang selfie berempat kat billboard ni.
Tengah syiok selfie, ramai plak kereta-kereta hon ktorang kan. Mesti fikir yang bukan-bukan punya, apalah yang ktorang baut tengah panas mencarak bagai ni.
Ok settle, jom ke lokasi Task 4. Yeah!! KLIA2 #EphyraTreasure5Tomato datang…
Kat sini memang menduga akal betul. Once masuk ke area parking KLIA2 cam dah pening-pening sket. Ok nasib baik signboard ada so cepat-cepat ktorang cari mana plak Starbucks ni kan, sempat tanya kakak petugas kat information counter tuh ok sambung berlari ke kepi kopi favourite aku ni.
Task yang ktorang kena buat kat sini:-
1. Jawab soalan yang diorang dah sediakan
2. Selfie dengan signboard KLIA2, dalam 1 group, dengan pelancong asing
3. Buat penerangan sket mengenai EPHYRA kepada lelaki yang pakai baju biru
4. Buat penerangan sket mengenai EPHYRA kepada perempuan rambut panjang dan pakai baju turquoise.
5. Buat cheer tagline untuk group TOMATO di hadapan pelancong asing.
6. Bawakan makanan paling pedas untuk urusetia makan.
Hah apmacam? Kalau korang sanggup tak, ermm belum tentu lagi kan. Tapi ktorang Berjaya menyiapkan kesemua tugasan ni dalam masa yang ditetapkan sampai ada masa terlebih 1/2jam lagi untuk rehat-rehat. Kena tebalkan muka, confident level yang tinggi baru boleh siapkan tugasan ni.
Abis semua task, ktorang ke Petronas di KLIA ni untuk makan tengahari. So timelah amik kesempatan untuk upload kesemua social media sharing tu, yelah setiap kumpulan kena siapkan 100 social media sharing. Ermm dengan internet cam siput dengan masa yang tak cukupkan maka siapkan la jugak.
Untuk beberapa task terakhir ni, ktorang kena ke booth EPHYRA di Jom Heboh Presint 2 Putrajaya. Kalau ikut arahan kena park kereta dan ambil shuttle bus ke tapak pesta ni namun disebabkan tak de parking, so ktorang dibenarkan drive terus ke karnival Jom Heboh ni.
Ermm gagah jugaklah ktorang berempat berjalan dari Jambatan kat Presint 9 tu ke Istana Kehakiman. Ma koi dengan jauhnya, dengan ramainya orang, dengan hujannya dapat jugak diharungi jua. Letih wei…
Finally sampai jugak, rupanya tak abis lagi task. Ktorang kena main bola ‘blind futsal’ dan buat cheering di hadapan duta EPHYRA iaitu Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Ya ampun, ni lagi tergelak-gelak, dahlah tak reti main bola kena plak tutup mata lagi. Memang sangat kelakar, abis semua task ni barulah boleh rilek-rileks sampai makan-makan kan.
Tibalah masa yang di tunggu-tunggu, penyampaian hadiah. Yeah…
Team ktorang berjaya mendapat tempat ketiga, hehehhehe rasa berbaloi jugak lah berpenat lelah daripada pagi sampai ke petang kan. Semua lebar memasing sebab menang.
Memang seronok betullah.
Ermm terima kasih kat EPHYRA kerana sudi menganjurkan Treasure Hunt untuk bloggers ni dan juga kepada team Denaihati Network yang berpenat lelah menguruskan kami dari segala segi kan.
Ni aku letakkan beberapa blogger blog link yang korang boleh singgah dan baca gak pengalaman mereka gak tau.
1. http://rusukiri.blogspot.com/2014/05/ephyra-treasure-hunt-2014-havoc.html?showComment=1401172795043
Yelah setiap orang pengalamannya berbeza kan.
Bagi korang yang masih belum merasakan perubahan Ephyra, bolehlah mencubanya hari ini dengan tawaran harga yang cukup berpatutan untuk kesihatan yang optimum.
Apa itu Ephyra?
EPHYRA adalah minuman supplemen yang didatangkan dalam kombinasi hebat yang mengandungi 9 bahan dari alam semulajadi yang berkualiti dan bergred super AAA. Gabungan mantap seperti kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat dirumuskan dalam satu rumusan terunggul menjadikan Ephyra berpotensi tinggi menyerlahkan lagi kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran kita.
EPHYRA bukan sekadar menjaga kesihatan kulit kita, malah ia turut membantu dalam mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Selain itu, ia juga meningkatkan sistem imunisasi badan dan melegakan artritis dan sakit-sakit sendi.
Kelebihan EPHYRA
Memperbaiki keanjalan kulit, melembutkan dan menyinarkan
Memperbaiki keadaan kulit yang berjeragat dan bintik-bintik hitam
Mencegah kedutan dan mengurangkan kesan garisan di kulit
Memperbaiki kualiti rambut supaya lebih sihat, lembut dan bersinar
Memperbaiki sistem penghadaman
Membantu mengurangkan kadar kolestrol
Meningkatkan tenaga dan konsentrasi
Meningkatkan sistem imunisasi tubuh
Mengawal berat badan dan membantu meningkatkan kadar metabolisme tubuh
Melegakan artritis dan sakit-sakit sendi
Siapa Yang Memerlukan EPHYRA?
Berumur 25 tahun dan keatas
Mempunyai kulit yang kering dan kusam
Mempunyai kulit yang pucat dan kendur
Pigmentasi dan masalah jerawat
Mengalami proses penyembuhan yang perlahan
Mudah berasa letih
Sukar mengingati sesuatu
Sakit-sakit badan/ sendi
Kadar metabolisme tubuh yang rendah
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan set Ephyra, bolehlah mendapatkannya dengan harga promosi RM180/1 premium pack (30 sachets).
Untuk maklumat lanjut, anda boleh dapatkan di :
Official Website : www.oceanlife2u.com
Fanpage : www.facebook.com/oceanlife2u
Twitter : https://twitter.com/Ephyra2u
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com
Tahniah untuk team akk. Hehehehe. Happy sangat dapat jumpa kak lily. Jumpa lagi nanti ye kak comel
ReplyDeleteYeahhhh! energetic tengok cik lily kiter hehehe. Memang terbaekkk :))
ReplyDeleteTahniah cik lily and the team di atas kemenangan :))
bagus betul cik lily ni laaa..rajin join bende2 gini.... syok kan dpt kawan2 baru...dpt gak byk goodies bag heheeheheh
ReplyDeleteassalamualaikum CLP...memang terbaik la...;)
ReplyDeletesetiap kali baca kisah menarik treasure hunt nie buat aku senyum sokmo je laa...happy bila semua kengkawan tak de nak merungut bahkan enjoy je kan...penganjuran yang bagus dari team denaihati
ReplyDeleteTerserlah keseronokkan di wajah masing2
ReplyDeleteNampak ramai blogger yang sertai. Saya pula menghadiri bengkel KL Tourism Photojournalism Workshop 2014 di MaTiC
ReplyDeletesyok la dpt join tresure hunt cmni... nk join gak..
ReplyDeleteSeronok kenal korang,happening betul tambah2 ada cik lily ngan nanie..hehehe ceriaaa je...
ReplyDeleteBaca entry Lily pun kc boleh rasa kemeriahan dan happeningnya.
ReplyDeleteyang membaca ni pon teruja jugak. hihihi. tahniah ye :)
ReplyDeleteteam korang paling memberi cabaran dan buat kami cuak..hihi
ReplyDeleteHai kak Lily...salam kenal dari Emi :)
ReplyDeleteTak sama team dgn akak. Tapi team akak memang havoc lah hari tu. Hehe
yeyy group tomatooo!!!
ReplyDeletetahniah untuk team tomato dapat nombor tiga...dah tahniah pada peserta dan pemenang yang lain.
ReplyDeletetahniah
ReplyDeleteHi all!
ReplyDeleteBerminat nak mencuba Ephyra?
Beli Ephyra dengan HARGA PROMO (Muraaaahhh sangatt!!) Beli 2 atau lebih lagi murah!! Contact saya untuk info lanjut, confirm terkejut sebab HARGA BEST sgt!
Yours truly,
Izza (Pengedar Sah Ephyra)
0192198619
izza_grrl@hotmail.com