Thursday, May 22, 2014

Berlari Di Pagi Ahad Bersama Roasters Chicken Run 2014

Hi Korang,


Aku ni bukanlah terrer bermarathon sangat pun, baru jalan sket dah letih inikan plak nak berlari kan. Tapi tak pe sekali sekala ikut serta dalam larian amal cam ni, keluar gak peluh sket.


Event ini anjuran Kenny Rogers Roasters (KRR) Malaysia tau, rupanya dah 10 tahun mereka melakukan aktiviti amal ni. La ni baru aku tau, teruk sungguh. Nama je lifestyle blogger tapi cerita cam ni lambat update. Cisss tercabar gak rasanya.



Dengan seramai 3,800 pelari semua peringkat umur datang bersama-sama pada pagi Ahad yang indah di Sunway Lagoon untuk larian amal yang ke-10 acara Roasters Chicken Run! Acara ini telah disempurnakan oleh Sinje Lee, selebriti Malaysia antarabangsa dan pengasas bersama Little Yellow Flower foundation serta komposer-penyanyi dan artis terkenal sukarelawan yayasan Little Yellow Flower, Ms Yise Loo.

PROGRAM LARIAN AMAL ROASTERS CHICKEN RUN 2014


Dana daripada Roasters Chicken Run 2014 secara khususnya akan ke ‘Program Pemakanan, Makan tengahari dan Tuisyen’, disasarkan untuk memberi manfaat keluarga bandar yang hidup dalam kemiskinan. Keluarga miskin yang tinggal di kawasan bandar masih wujud di Malaysia, banyak yang tidak mendapat cukup untuk menyokong diet sihat untuk kanak-kanak. KRR juga akan menyediakan makanan sihat KRR sekali setiap dua bulan bagi tahun kepada kanak-kanak di bawah yayasan ini.





Sebagai sebahagian daripada sumbangan, KRR juga akan menyediakan bahan-bahan bacaan yang lebih dan buku-buku kepada “Reading Wonderland” Program di bawah Little Yellow Flower. The Wonderland Reading pada asasnya adalah perpustakaan komuniti dan sumber maklumat untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik untuk membentuk rasa membaca dan potensi diri.


“Saya gembira berada di sini hari ini untuk menunjukkan rasa terima kasih dan sokongan saya kepada program yang bermakna ini. Kami menghargai KRR pengiktirafan berterusan mereka terhadap asas Little Yellow Flower. Dengan matlamat yayasan itu untuk membantu yang kurang bernasib baik, kami akan terus memberikan khasiat dan pendidikan yang diperlukan untuk pertumbuhan kanak-kanak ini dan kesejahteraan" kata Sinje Lee sebelum dia melepaskan larian.


“RCR (Roaster Chicken Run) sentiasa menjadi sebahagian daripada kempen kemasyarakatan KRR kami. Kami menghargai masa depan generasi muda dan kami berusaha keras untuk menyediakan bantuan dan menyokong kepada yang memerlukan. Selain daripada menyokong keperluan pendidikan dan kesejahteraan kanak-kanak, kami gembira telah mengumpulkan lebih RM65, 000 kepada Little Yellow Flower untuk tahun ketiga berturut-turut," komen Dato Francis Lee, Pengarah Eksekutif Kumpulan Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd

dengan Anis dari KRR team

blogger nanie dengan anak-anak yang comey..

starbucks coffee......

ini cawan yang kedua tau..

bapak ayam bersama anak-anaknya..

minum 100 plus plak..

Ktorang sebagai petugas media ni, haruslah seronok kan. Nak berlari boleh, tak berlari pun tak per. Sudahnya aku bercamwhore je dengan para peserta ni. Simboliknya larian amal ni,setiap daripada mereka di kehendaki membawa telur mentah di dalam kon ais krim semasa mereka berlari dan kalau pecah mereka akan disqualified.



Cam tu sekali ek, tapi seronok lah. Tak delah orang nak bertolak-tolak time berlari coz nak kena jalan telur masing-masing kan.

Untungnya jadi peserta ni, lepas je abis larian amal Roaster Chicken Run ni, diorang dapat tiket masuk ke Sunway Lagoon secara percuma yang memang dah include dalam goodies bag yang diorang dapat. Bestnya la kan, abis berlari terus berendam plak. Kesemua 5 park boleh masuk, cuma larat ke tak kan.


Ktorang ni pun sama gak, ada gak pas masuk ke Sunway Lagoon ni. Senyum manjang memasing. Dengan tak bawak baju extra bagaikan, argh lantak lah terus terjun masuk pool. Hahahahaha

Memang enjoy rasanya kalau tiap-tiap ahad cam ni kan.




6 comments:

  1. ayam tu dapat no.1 tak lari...hehehe...seronok nya join

    ReplyDelete
  2. Kenapalah KRR di JB tak buat macam ini kan best. Kakak tengok pun seronok..

    ReplyDelete
  3. macam sedap je ayam tu ..ehhe.nasib baik maskot

    ReplyDelete
  4. Thank you beb ....puas habis tawaf kat Sunway Lagoon aritu....hehehehe

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum CLP...memang seronoknya...;)

    ReplyDelete
  6. tu la macam best jer ntah bila la ada peluang nak pi join event2 macam ni...

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!