Hi Korang,
Event ni Sabtu lepas but aku tak sempat nak attend plak coz ada hal keluarga di JB hari tuh.
So meh aku kongsi sket mengenai event ni ek
Ratusan penonton telah membanjiri
Stadium Tertutup Titiwangsa pada hari Sabtu lalu untuk menyaksikan sebuah
perlawanan sepak takraw yang julung-julung kali diadakan ini. Perlawanan
selingan ini menyaksikan pasukan Tatatertib terpaksa berkongsi kejuaraan Piala
Sepak Takraw ERA bersama pasukan ERAvengers setelah pertarungan yang sangat
sengit ini berakhir dengan keputusan seri.
Pasukan
Tatatertib yang dianggotai oleh barisan selebriti popular tanah air iaitu Mawi,
Hazama, Rahim R2, Shahir dan juga Yasin SYJ menerima tentangan hebat daripada
pasukan ERAvengers yang dianggotai oleh para penyampai stesen radio ERA iaitu
Ray, Zahid, Adifashla, Aril dan turut menjemput seorang pemain sepak takraw
wanita kebangsaan yang dikenali sebagai Adik. Walaupun mereka terpaksa
berkongsi kejuaraan tersebut, namun semangat juang serta kesukanan yang
ditunjukkan harus dipuji apabila kedua-dua pasukan berjaya memberikan satu aksi
perlawanan yang sangat mantap dan menghiburkan buat semua penonton yang hadir.
Pasukan Tatatertib (Dari kiri-Hazama,Shahir,Rahim,Mawi,Yasin)
Perlawanan
selingan ini bermula sebaik sahaja masuk waktu rehat pusingan separuh akhir
ISTAF SuperSeries Finals 2013/14. Setelah undian oleh ketua pasukan
masing-masing ditentukan, pasukan Tatatertib melakukan sepak mula untuk
pusingan pertama dengan Mawi bertindak sebagai tekong, Hazama sebagai apit
kanan dan Rahim sebagai apit kiri. Ternyata servis tinggi yang dilibas Mawi
disambut mudah oleh Ray (tekong) dengan dibantu oleh Adifashla (apit kiri) dan
Zahid (apit kanan). Setelah lebih 20 minit perlawanan, kumpulan Tatatertib menguasai
perlawanan lantas memenangi pusingan pertama.
Pasukan Eravengers (Dari kiri-Aril,Zahid,Adik,Ray,Adi)
Namun
begitu, perlawanan ini tidak dapat diteruskan ke pusingan penentuan untuk
memberikan ruang kepada perlawanan sepak takraw pusingan separuh akhir wanita
yang akan berlangsung. Oleh itu, atas persetujuan para pengadil, mereka
memutuskan kedua-dua pasukan seri dengan mata satu sama. Walau bagaimanapun,
ternyata kedua-dua pasukan sangat berpuas hati dengan perlawanan tersebut yang
dilihat adil dan terbukti mereka memberikan persaingan yang sangat sengit.
Ketua
pasukan Tatatertib, Mawi berkata “Kami melihat
aktiviti seperti ini sesuatu yang baik terutamanya bagi merapatkan lagi
silaturahim di antara barisan selebriti di samping memupuk masyarakat untuk
menjalani kehidupan yang sihat. Kami mengharapkan agar perlawanan yang
melibatkan golongan selebriti seperti ini dapat diteruskan untuk meluaskan lagi
promosi sukan tradisi ini di samping meningkatkan martabat sukan sepak takraw
di Malaysia.
Manakala
Ray dari pasukan ERAvengers pula berkata “Pasukan
sepak takraw negara merupakan antara pasukan yang berjaya di arena sukan dunia.
Kami melihat sukan ini sebagai satu sukan yang harus diberikan sokongan padu
oleh semua golongan. Oleh itu, kami selaku barisan selebriti bersatu untuk
menyokong arena sepak takraw Malaysia”.
Berdasarkan sambutan yang sangat
menggalakkan, terbukti usaha pihak Astro dan barisan selebriti ini untuk menarik minat lebih ramai rakyat
Malaysia dari pelbagai golongan terhadap sukan sepak takraw di samping
meluaskan promosi serta memartabatkan sukan tradisional kebangsaan ini
tercapai. Elemen hiburan yang diterapkan dalam perlawanan sukan seperti ini
dilihat dapat membantu meningkatkan semangat kesukanan di kalangan rakyat
Malaysia terutamanya dalam memelihara sukan tradisi kebanggaan negara ini. Majulah
sukan seiring hiburan untuk negara.
Ermm bila baca je dah rasa best dah. For sure yang pi menonton mesti lagi seronok kan. Apa-apa pun congrats untuk kedua-dua team diatas semangat kesukanan korang ye..
Next time kalau ada lagi confirm aku pi la..
gi jb ek...heheh..nape tak roger2... :)
ReplyDeletecop, kak lily ada tak kat SBB??? Apasal Farah tak nampak akak ek???
ReplyDeleteSelalu org buat perlawanan bola je kali ni buat kelainan main takraw. Bukan semua org boleh main takraw.
ReplyDeleteassalamualaikum CLP...terbaik la...:)
ReplyDelete