Hi Korang,
Sementara nak tau berita terkini pasal #MH370, meh kita layan sket cerita pasal arena bola sepak tanahair kita kan
Kuala Lumpur, 11 Mac 2014 – Astro Arena dan Utusan Malaysia telah menandatangani
perjanjian persefahaman pada hari ini menandakan usaha sama yang berterusan
dalam mempromosi, mengukuh serta membangunkan arena bola sepak di Malaysia. Upacara
perjanjian ini yang berlangsung di Wisma FAM diwakili oleh Lee Choong Khay,
Ketua Perniagaan Sukan Astro bersama dengan Datuk Mohd. Nasir Ali, Pengarah
Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd.
Sesi
sidang media. Dari kiri: Lee Choong Khay (Ketua Perniagaan Sukan Astro), Yang
Hormat, Dato’ Sri Subahan Kamal (Naib Presiden FAM), YBhg, Datuk Mohd Nasir Ali
(Pengarah Eksekutif Kumpulan, Utusan Melayu Malaysia Berhad).
Kerjasama
yang bermula dari tahun 2013 ini diteruskan lagi untuk tahun 2014 dalam
mempromosikan sukan bola sepak Liga Malaysia musim ini. Pihak Astro Arena dan Utusan Malaysia akan
saling menyalurkan perkongsian sumber berita dan liputan menyeluruh di antara
kedua-dua pihak dalam menyampaikan liputan yang mendalam mengenai
perlawanan-perlawanan bola sepak tempatan.
Selain
itu, melalui kolaborasi mantap ini, barisan pakar dan wartawan sukan daripada
akhbar Utusan Malaysia akan tampil dalam beberapa program siaran Astro Arena
sebagai tetamu dan ahli panel bagi berkongsi sisi pendapat mereka mengenai
acara sukan dan perlawanan yang berlangsung. Manakala, barisan personaliti dan
pengulas sukan Astro Arena juga akan turut menitip nukilan pendapat mengenai perkembangan
sukan bola sepak negara yang dimuatkan di dalam akhbar Utusan Malaysia.
Sesi
penyerahan memorandum perjanjian.
Lee Choong
Khay, Ketua Perniagaan Sukan Astro berkata “Astro
Arena selaku saluran sukan 24 jam pertama di rantau ini sentiasa berusaha untuk
membawakan rangkaian perlawanan bola sepak liga tempatan terbaik kepada para
penonton. Astro Arena juga telah membuktikan industri sukan bola sepak di
Malaysia mendapat sokongan yang luar biasa dan berada di kelasnya yang
tersendiri apabila hampir setiap perlawanan liga Malaysia yang disiarkan
mencatatkan jumlah tontonan yang sangat memberangsangkan.
Bagi pihak Astro, kami berbesar hati
kerana dapat menyambung lagi kerjasama padu ini bersama rakan media yang
berpengalaman seperti Utusan Malaysia dalam membangunkan arena sukan bola sepak
tanah air. Kami akan meningkatkan usaha dalam menyediakan liputan komprehensif
dan maklumat terkini mengenai sukan bola sepak melalui saluran Astro Arena dan
siaran akhbar Utusan Malaysia. Kami berharap agar kerjasama yang terjalin ini
dapat diteruskan lagi pada masa hadapan untuk memajukan sukan negara,” tambah beliau lagi
Sementara
itu Pengarah Eksekutif Kumpulan, Utusan Melayu (M) Bhd, Datuk Mohd. Nasir Ali
berkata, “Jalinan kerjasama
kali kedua dengan Astro Arena selaku penyiar rasmi LIGA Malaysia dan FAM yang
merupakan pentadbir aktiviti bolasepak di Malaysia merupakan sesuatu yang
sangat membanggakan dan besar ertinya kepada kami dalam usaha meningkatkan imej
Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia sebagai akhbar berwibawa yang menyiarkan
berita sukan yang tepat, terkini dan komprehensif.
Sesungguhnya kami
amat menghargai sinergi kerjasama yang melibatkan ketiga-tiga belah pihak ini
sebagai usaha berterusan dalam meningkatkan taraf dan nilai sukan bola sepak
tanah air kita”.
Dari kiri:
Azman Fahmi Osman (Penolong Naib Presiden, Penjanaan Pendapatan Astro Arena),
Lee Choong Khay (Ketua Perniagaan Sukan Astro), Yang Hormat, Dato’ Sri Subahan
Kamal (Naib Presiden FAM), YBhg, Datuk Mohd Nasir Ali (Pengarah Eksekutif
Kumpulan, Utusan Melayu Malaysia Berhad), Dato Hassan Mohd. Noor (Pengarang
Utusan Malaysia) , John Nienabar (Pengurus Besar, Penerbit Eksekutif Astro
Arena).
Ternyata
Astro Arena sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dalam menyokong dan
memajukan sukan tanah air. Ini terbukti apabila pelbagai inisiatif turut
diambil untuk memenuhi kehendak tontonan para peminat sukan di Malaysia.
Antaranya ialah dengan menyiarkan kandungan sukan dalam format definisi tinggi
(HD) untuk perlawanan bola sepak tertentu dan meluaskan lagi capaian siaran
melalui perkhidmatan Astro On The Go.
Di samping
itu, bagi meraikan pelbagai acara sukan perdana pada tahun 2014 ini, Astro
Arena akan turut menyiarkan Piala Dunia FIFA 2014 dengan membawakan 30
perlawanan secara langsung dan lima perlawanan tertunda dengan ulasan dalam
bahasa Melayu bagi memenuhi kehendak tontonan dari semua peringkat golongan.
Astro Arena juga akan menayangkan acara sukan serantau untuk tahun ini seperti
Sukan Komanwel Glasgow 2014 dan Sukan Asia ke-17 di Incheon bagi memastikan
para penonton dapat mengikuti perkembangan wira-wira sukan negara yang beraksi
di persada antarabangsa.
tak minat bola kak lily, jadi boleh setakat baca jer...heee....
ReplyDelete