Monday, March 31, 2014

SlimFast Diet Memang Kurus Dibuatnya



Hi Korang,

Terima kasih pada blogger MiaLiana yang sudi menjadikan aku sebahagian daripada 40 blogger yang menyertai projek Giveaway SlimFast Diet bersama My Beauty Herbs. Wah, rasa bangga + kembang kejap tau.

Ok meh aku citer sket mengenai produk SlimFast Diet ni ek.


SlimFast Diet ini merupakan produk kurus yang berkesan yang membantu mengempiskan perut buncit korang dengan pantas dalam 6 – 8kg mengikut tempoh serta metabolisme korang ye. Boleh di katakan dengan mengamalkan produk SlimFast Diet, inilah cara kurus dengan cepat.


Formula SlimFast Diet ini diperkaya dengan kandungan organik seperti berikut :-

fiber oat - sumber vitamin yang bagus untuk jantung dan saluran penghadaman atau usus.. menyerap kolesterol, menurunkan berat badan dan mengurangkan paras glukosa

ekstrak acai berry - melambatkan proses penuaan, membuang toksik, mencegah beberapa penyebab dari penyakit jantung, merawat kanser serta agen pemberi tenaga

ekstrak garcinia cambogia - menghalang pengeluaran lemak, menghalang selera makan, menghalang pembentukan lemak, mengurangkan kolesterol, mengawal metabolisme badan serta merawat buasir dan sembelit. juga sebagai agen pelindung kepada ulser gastrik

ekstrak cassia augustifoloa - merawat masalah penghadaman, menghindarkan sembelit,melembutkan najis dan sisa2 makanan di dalam kolon

hoodia - mengurangkan selera makan, berkesan dalam mengurangkan pengambilan kalori

ekstrak rasberry - mengekalkan kadar metabolisme yang tinggi,membersihkan serta melancarkan peredaran darah, membersihkan dan memperlancar peredaran darah seterusnya membantu tubuh membakar lemak

Ok itu sebahagian daripada khasiat SlimFast Diet ni, ada banyak lagi tau.

minum jangan tak minum ye

Cara minum SlimFast Diet:

Dalam 1 kotak ada 10 sachet, maknanya 10 kali minum.

1 kotak SFD (10 sachet) = 10x minum.



Minum 15 minit sebelum makan. Shake dengan 250ml air suam 250ml. Rasanya sedap dengan kordial Rasberry.

Bagi korang yang berat badan melebihi 75kg macam aku kena minum 2 kali sehari. Yang 75kg kebawah 1 sachet sehari je. Minum secara konsisten setiap hari.

Kesannya:

Sebelum minum SlimFast Diet

Berat aku dalam 88kg cam tu 3 hari sebelum aku minum produk langsing ni. Biasalah orang comel cam aku ni, memang just nice je saiz cam ni. Senaman plak agak malas sket coz tak de masa. Lagipun kerja aku ni pun banyak berjalan so kira cam bersenam gituh gak lah.


Selepas minum SlimFast Diet selama 10 hari

Hari Pertama (1) – Hari Ketiga (3)

Memang sepatutnya aku minum 2 sachet pagi dan malam tapi ternyata perut aku memang tak boleh tahan dengan kesandi alami. Masa first day minum tuh, aku ada kat rumah je. So memang keluar masuk toilet, membuang je apa yang patut sampai tahap air je yang keluar. Hari kedua aku cuma minum 1 sachet je coz takut jadi cam first day. Pun sama gak, membuang tak henti-henti. Hari ketiga, aku rasa perut dah boleh kawal sket. Nasib baik tak de kerja luar hari tuh, kena standby di office je. So proses pembuangan tu tak jadi masalah.

Hari keempat hingga hari ke 10, aku Cuma minum 1 sachet je waktu pagi sebelum pergi kerja. Sampai office je, terus cari toilet dulu. Makan pun kurang dan aku banyak minum air kosong je coz nak gantikan apa yang telah pun di keluarkan tuh,

Sudahnya lepas 10 hari berat badan aku berkurangan dalam 5kg je cam tu akibat kurangnya senaman untuk tingkatkan metabolisma. Nasib baik dalam 10 hari tu aku banyak buat kerja luar so kira bersenam gaklah.

5kg kira banyak gak tu bagi orang cam tu aku yang kurang exercise kan. Agaknya kalau aku minum mengikut arahan yang diberikan di samping displin dalam melakukan senaman, rasanya mau 10kg lagi berat badan aku boleh turun.


Harganya:

1 kotak RM45.00 untuk Semenanjung Malaysia

RM49.00 untuk Sabah dan Sarawak

Dalam 1 kotak tu ada 10 sachet ye



Ok ok lupa plak, SlimFast Diet ni sesiapa pun boleh minum, baik lelaki mahupun perempuan. Lagipun ianya adalah produk halal dan selamat. Yang mana badan kembung manjang pun boleh gak minum coz ianya produk untuk buang angin dalam badan.


Kalau korang intrested nak cuba boleh hubungi,

SMS : taip SFD ke 01128090446




Giveaway SlimFast Diet dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs dengan hadiah dan wang tunai bernilai RM 3,600 untuk dimenangi.

PANDORA Spring Collection 2014 Yang Menambat Hati


Hi Korang,

Rasanya ramai lagi yang tak berapa kenal dengan Pandora ni kan?

Ye ko mak aku pun tak tau. Yang dia tau emas intan berlian je. Apo plak Pandora ni, dia tanya aku.


Kita-kita wanita masa kini of courselah tau apa itu Pandora kan. Pilihan perhiasan diri yang lebih moden dan sofiskated.



Baru-baru ni Pandora telah pun melancarkan ‘Spring Collection’ 2014 yang terbaru. Majlis di adakan di Mahsuri Courtyard, Royal Chulan Hotel. Ermm sesuai benar dengan 2 tema yang berbeza iaitu delicate butterflies dan soft spring flora. First time aku ke sini memang cantik tempatnya.




Majlis di rasmikan oleh Managing Director of Pandora Malaysia, Datin Zarida Noordin bersama-sama Chairman, Datuk Meer Sadik Habib dan juga Marketing Manager of Pandora Jewelry Asia Pasific Limited, Phuong Tran.







Jom kita tengok gambar-gambar koleksi terbaru ni yang di peragakan oleh Miss Malaysia/World 2011, Deborah Henry bersama-sama model-model yang comey lote, cantik dan tinggi ni ek.


Yang best tu dengan tak semena-mena, aku dapat seutas bracelet dengan 1 charms coz berjaya menjawab soalan.hehhe memang tak sangka betul. Kira rezeki terpijak hari tuh kan.



Ada juga kiosk jualan charms pada event tu, aku pun tak lepaskan peluang terus menambah koleksi charms bracelet aku ni. Kali ni beli clicker, ni bahagian hujung untuk tak jadi charms tu berjalan kiri kanan, kira nampak cantik terletak je kat tangan kan.






Untuk koleksi Pandora Spring 2014 ini harga bermula dari RM126 - RM295 sebiji.

tinggi betul Deborah ni ek, nampak tak jurang perbezaannya..


Memang lepas ni aku jadi Pandorian tegar lah. Yelah dah ade 2 bracelet kan. So now kene kumpul duit untuk tambah charms je lah. Untuk bracelet kedua ni, rasanya nak letak charms colourful sket lah. So nampaklah keceriaan di situ.








Friday, March 28, 2014

Makan Tengahari Di SHOGUN Japanese Buffet Restaurant


Hi Korang,

Memang makanan jepun jadi one of my favourite kan. Kalau boleh nak makan selalu..

Tapi menu makan tengahari makanan jepun ermm agak pelik disitu coz jarang aku makan time lunch, selalu for dinner je. Masa ni memang ada kerja kat area Sunway Piramid, kedai makan lain nampak cam boring je nak makan so ktorang masuklah ke sini.

ermm ktorang nak makan kat sini

Ini first time makan di SHOGUN Japanese ni.

Memasuk je, pi tanya dulu kat kaunter nak makan cam ne. Yelah kita tak tau so memang patutlah bertanya. Cashier pun terangkan, berapa harga buffet, apa makanan yang dihidangkan, buffet time, hah semua lah.


Disebabkan ktorang masuk restaurant tu dalam kul 2 pm camtu, so dalam 1 jam je lah boleh makan coz lunch buffetnya habis pukul 3pm.





Tak banyak gambar aku letak kat entry ye coz banyak makanan dah abis so diorang tak delah nak refill, restoran pun orang dah tak ramai. Ktorang makan apa je yang ada je.




Buffetnya bukan setakat makanan jepun malah pelbagai jenis makanan ada. Ada western food, makanan panas seperti sup, Chinese food, tepanyaki selain daripada sushi dan sashimi lah kan.

tempura

tepanyaki salmon

oysters

squid

sushi

sharkfin soup

lemon chicken

ice-cream

So makan-makan punya makan sambil borak-borak sharp pukul 3.

licin ooo

dah kenyang, main game plak

Ktoranglah orang terakhir sekali yang keluar dari restoran ni. Memang rasa tak puas sangat, yelah buffet kan, haruslah duk lelama sambil rasa semua jenis makanan.

Nak cuba gak ke, mehlah ke sini ek


SHOGUN™ Sunway Pyramid
LG2, 119-120, Sunway Pyramid Shopping Mall,
3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor DE.

T: 03-5622 1831
F: 03-5622 1827

Operation Hours:

Lunch: 12-3PM (Mon-Fri); 12-4.30PM (Sat & Sun)
Dinner: 6 - 10:30PM Daily


Kalau ada chance lagi, rasanya mau gak sekali lagi ke sini. Bak kata blogger JMR, kalau time bulan puasa, buffet ramadhannya sangat terbaik. Walaupun harganya mahal sket tapi berbaloi sungguh.

Bila agaknya perfect time nak pi ek...