Friday, February 7, 2014

ZA True White EX Untuk Kulit Cerah Bersinar

Hi Korang,

Dapat jemputan ke ZA product launching baru-baru ni di Alexis Bistro. 


Ini beauty event yang pertama untuk tahun 2014 ni. ZA memperkenalkan rangkaian produk kecantikkan mereka yang terbaru ZA True White EX. 


Za True White Ex terdiri daripada enam produk iaitu Za True White Ex Cleansing Foam(Pembersih Wajah), Za True White Ex Toner ( Toner), Za True White Ex Essence Lotion (Esen / Losyen), Za True White Ex Day Cream (Krim Siang), Za True White Ex Night Cream (Krim Malam) dan Za True White Ex Exfoliating Clay.

Memang lengkap untuk kegunaan seharian kulit muka kita orang-orang Asia ni ek. 



Kandungan bahan yang terdapat produk terbaru ni khusus bertujuan untuk membersihkan bintik-bintik hitam, jerawat dan parut jerawat melalui gabungan sebanyak berteknologi tinggi dan pemutihan aktif bahan-bahan (4MSK). Ianya sangat melembapkan dan mengandungi bahan spa (Natural Spring Water from the Cazzaro Mountain in Tuscany, Italy, Aquainpool, Glycerol, TMG, Trehalose and White Lily) yang dapat memanjakan kulit muka korang tuh.

Selain itu, aroma hijau bunga Teh Rose, dicampur dengan aroma Jasmine dan bau segar Lilac cukup untuk menenangkan fikiran setelah seharian bekerja.


ZA True White Ex Cleansing Foam (RM19.90)

ZA True White Ex Toner (RM39.90)

ZA True White Ex Essence Lotion (RM54.90)

ZA True White Ex Day Cream (RM49.90)

ZA True White Ex Night Cream (RM49.90)

ZA True White Ex Exfoliating Clay (RM24.90)


Kesemua rangkaian produk Za True White Ex boleh didapati pada Mac 2014 di rangkaian farmasi, pasar raya dan pasar raya besar di seluruh negara.



Sempat gak aku mencuba, ermm for me not bad gak teksturnya, lembut dan cepat meresap ke kulit.

Siapa yang nak cuba putihkan kulit muka tuh, boleh cuba kan. Mana tau putih macam selebriti Korea ke kan


Best makan kat Alexis wei, cocktail finger food nya sangat sedap tau.


3 comments:

  1. kalau boleh putih macam kulit orang korea nak jugak la...hehehe

    ReplyDelete
  2. macam2 produk sekarang tumbuh bagai cendawn...bestnya if dapat pi review product mcm ni kan...

    ReplyDelete
  3. Tak pernah cuba produk ni. Mungkin boleh dok belek-belek bila dah available in March nanti :)

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!