Hi Korang,
p/s : Mr Dakgalbi dah berpindah dari outlet Bukit Bintang ni, now sekarang di Solaris Mont Kiara, Citta Mall, Setia City Mall, ioi City Mall, Sri Petaling, Setapak PV 128, Publika dan Tropicana City Mall (dated 1/1/2017)
p/s : Mr Dakgalbi dah berpindah dari outlet Bukit Bintang ni, now sekarang di Solaris Mont Kiara, Citta Mall, Setia City Mall, ioi City Mall, Sri Petaling, Setapak PV 128, Publika dan Tropicana City Mall (dated 1/1/2017)
Aku tau ramai yang kaki K-Pop baca blog aku ni kan.
Well I can see the patterns here especially biler citer bab Running Man, Super Junior, KARA dan memacam lagilah yang dating Korea. Memang ramai peminat kan.
How about Korean Food?
Meh sini aku citer pasal Restoran Mr Dakgalbi yang aku sempat terjah last week.
Mr Dakgalbi ni merupakan restoran makanan Korea yang specialize dalam menghidangkan pan grilled chicken. Alah masak-masak dalam kuali yang besar tuh, masak depan customer lagi tau. Lagi real coz kita boleh tengok secara LIVE apa yang diorang masak.
Bahan utama yang digunakan di dalam semua hidangan di sini menggunakan Chili Powder yang di import khas dari Korea. Di antara kelebihan menggunakan ‘Chili Powder’ special ni adalah:-
1. Sangat membantu dalam mencegah skin aging
2. Boleh kurangkan lemak di dalam badan
3. Sedikit Vitamin A, B & C dapat mengurangkan stress, biasalah spicy food kan
Wow, terbaik kan.
Ok meh kita tengok apa yang Chef John hidangkan untuk ktorang pada malam tuh.
Di sebabkan diorang ni akan masak dengan ktorang so meh lihat apa bahan-bahan yang akan di masak sekali nanti ek.
Ada
1. Chicken 닭(Dak)
Dakgalbi (닭갈비) maknanya chicken ribs in Korean, tapi kat Mr Dakgalbi, diorang guna chicken thigh instead.
2. Rice Cake 떡(Ddok)
3. Sliced Cabbage
4. Onion
5. Sweet Potato
6. Scallions
Set ini ada hidangan family set meal untuk 4 orang, so portion ni memang sangat besar dan banyak. So kacau-kacau je sampai masak tapi bukan kacau sebarang ye ada skill ok.
So inilah hasilnya, jemput makan ye korang.
Now kite ke next dish. Ada lebihan bahan-bahan dalam kuali tuh kan, so Chef An tambahkan nasi berserta cheese dan dikacau sekali bersama bahan lagi sehingga masak. Kira macam masak nasi goreng gituh lah.
Kacau kacau dan kacau sehingga masak.
Nampak tak cheese lelehnya kuar, terbaek ooo
Inilah dia PIZZA RICE
Last but not least Mr John hidangkan ktorang dengan Jangban Noodles (Spicy Buckwheat Noodles) sebagai hidangan terakhir. Ianya merupakan hidangan sejuk yang separa pedas, pelik tapi benar. Nampak cam biasa-biasa je but noodles tu sangat sejuk makan ktorang makan. Just gaul-gaul lagi kesemua bahan dalam pinggan dan makan.
comel kan shaun ni, youtubers tuh..
Selain daripada makan, ktorang ada pelbagai aktiviti sementara nak tunggu makanan masak. Ada Creative and best Instagram caption, twitter marathon. Letih gak menekan-menekan keyboard tepon ni. Alah sesuka je for fun, tak menang pun.
camwhore time
kyushuk amik gambo
kacau jangan tak kacau
Dari segi harga plak, not bad lah. Tak terlalu mahal dan tak terlalu murah pun. Dalam KL mana ada yang murah lagi dah wei, semuanya mengikut harga pasar. Tu pi check kat menu yang aku dah attach ni ek
Korang yang interested nak cuba makanan special ni dari Korea bolehlah check it out kat
MR. DAKGALBI
Halal : YES
Rasanya memang pi lagi, bawak Mr Big plak coz hari tuh kan single invite so must probally weekend ni kot.
Unik sangat tau!
nampak sedap sgt yg ada cheese tu..huhu...
ReplyDeleteaku ni pantang sikit nampak cheese2 ni..
ok kak, yang ni farah biasa2 jer, tak tau naper korean food tak boleh berapa nak lalu kat tekak...hu hu hu... so yang ni tak jeles...he he he...
ReplyDeletetak pernah lagi makan korean food... tp nampak terliur jer ni
ReplyDeleteAssalamualaikum...wah cantik dekorasi restoran...makanannya pn nmpk menarik dan sedap...
ReplyDeletenice...boleh cuba lepas nie... asyik pegi DUBU DUBU je kan...lagi satu tengok meal nie teringat aku citer Ke Korea Ke Kita - featuring Wak Doyok kat TV9 tu....
ReplyDeleteboleh ajak husband p try..dia memang suka makanan yang jenis macam ni.
ReplyDeleteBetul ke halal sbb just tulis 'no pork'? Ayam yg di guna ade sijil sembelihan cara Islam ke? Pastu ade jual arak. Bole ke org Islam mkn kt kedai yg serve arak?
ReplyDeleteJika pemilik bukan Islam, semua proses penyediaan dan kandungan bahan mentah harus disahkan halal oleh pihak berwajib. Bukan setakat tulis "No Pork". Orang Islam tidak digalakkan makan di tempat yang ada dijual arak kecuali darurat. Wallahualam
DeleteNi mnurut pndangan daif sy lah kan. Klau mcm kes kat malaysia, kita ada badan persijilan halal. Lebih afdhal kita ke tmpt yg telah diiktiraf halalnya. Andai kata kedai yg tulis 'Serve no pork' memanglah mereka tak jual pork. However, how about the meat? Is it being slaughtered in Islamic way or not? Lagi satu, dalam masakan sometimes they use alcohol. Kalau di malaysia dah dimudahkan untuk umat Islam merujuk mana2 kedai makan yg halal thru Jakim dan badan yg berkaitan. Terkecualilah untuk di luar negara yg memang agak sukar untuk cari makanan halal seperti di UK, Jepun dan China. Maka dalam kes ni, bolehlah ikut keyakinan masing2. Ni pendapat sy saja. Tapi sy tengok kawan2 sy makan je. Mungkin diorg yakin kot. Tapi kalau sy, maaflah. Klau sy rasa syubhah, sy elakkan selagi boleh. Bergantung pada diri masing2. Yakin atau tidak. Wallahu'alam.
Deletetak pernah tengok korean food yg ini.... akk pun kurang sikit korean food ni
ReplyDeletenampak ja Korea terus tertarik.. :) sedap ja nampak boleh la try nanti.. ^_^
ReplyDeleteI love korean food... trengat mase kt Korea... confirm halal x? Ade nmpak 1 dkt Genting Klang sblh PV128 cawangan yg same ker?
ReplyDeletewujud lagi ke mr dakgalbi dekat jalan bukit bintang?
ReplyDelete