Wednesday, February 5, 2014

Makan Ayam Di Restoran TEXAS Chicken

Hi Korang,

Actually aku dah banyak kali pi makan kat restoran Texas Chicken ni.

Dah 3 branch aku pi makan, masa first time kat Mines sebab dekat dengan office. Time tuh, nak pi beli barang pantry office nampak kedai ni kat sebelah Giant then terus masuk. 2nd time kat Sunway Piramid, masa tu tengah survey BBQ set, nampak je restoran ni terus ajak Mr Big singgah makan. Now, last week aku pi makan kat Kajang branch lepas pi bayar hutang kat bank sebelah jalan restoran ni. 

So dah ada 3 experience makan kat Texas Chicken ni, ermm tapi ordernya sama je gak. 


Menu 3 pcs chicken untuk Mr Big


Tex sampler untuk Cik Lily tersayang hahahahahaha..

Itu jelah yang ktorang suka makan, malas nak order yang lain. Lagipun ayamnya ranggup, kurang berminyak and still ada rasa cam fresh-fresh gitu. Korang kalau kaki makan, memang taulah apa yang aku cakap ni kan.


Side dishnya like mashed potato dan coleslow pun not bad gak tau, infact Mr Big lagi berkenan daripada KFC punye. Aku semua makan, sebab sedap. So tak de nak complaint at all.


Friesnya garing dan tebal sket, order yang panas-panas punye so sedaplah makan. Ni order yang kedua, yang first tadi dah abis sental.

Sebab tu 4-5 kali datang ke restoran Texas Chicken ni makan. Tak kiralah dinner ke, lunch ke even petang-petang pun datang makan kat sini.

Tambahan plak airnya boleh refill sesuka hati ko, nak campur-campur pun boleh. Asal jangan pening sudah. 

Oh ye, food blogger Hazman ada cakap dengan aku hari tuh yang mesin air kat Kajang branch rosak kan. Ye memang betul bro, still rosak lagi. Aku tekan ice lemon tea keluarnya air kosong. hahahhahaha

Dah cakap dengan budak waiter kat situ, memang betul pun mesin tu rosak walaupun dah betul banyak kali, nak kena tunggu yang baru datang katanya..

So Texas Chicken Kajang, sila betulkan mesin air anda. Kalau tak, aku pi makan kan Mines punya branch jelah.


Anyway, 
Selamat Makan Korang...





6 comments:

  1. akk mmg suka ayam gorang tapi tak penah lagik rasa yg ni...nampak best je

    ReplyDelete
  2. nampak rangup,,, nampak sedap,,, yum yum

    ReplyDelete
  3. ni nak kena cuba juga ni... nampak menyelerakan kak lily...

    ReplyDelete
  4. kat area sini xde lg la texas ni lily! Huh..nnt ke KL la baru kena rasa ni..

    ReplyDelete
  5. Humang aihh.... tak settle lagi yea... aku aritu siap kasi complain kat website diorang siap letak link post entry lagi... tempek kat facebook diorang ... tapi tak respon pun... huhuhu

    ReplyDelete
  6. Bun dia terbaik!!! Aaaa craving now :O

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!