Tuesday, December 17, 2013

Review Filem & 'Meet and Greet' Dengan Para Pelakon PAPADOM 2

Hi Korang,

Dating tengok wayang beramai-ramai lagi


Aku dapat invitation dari Kenny Rogers yang merupakan one of the sponsor bagi filem arahan Adflin Shauki ni last week kat Berjaya Times Square KL.




Sebelum tengok wayang tuh dapatlah ktorang media dan pemenang kuiz KRR ni beramah mesra dalam sessi 'meet & greet' bersama pelakon utama filem Papadom 2 ni iaitu Liyana Jasmay dan Adflin Shauki sendiri.

gambor cilok dari blogger Jamar ye

Main jawab-jawab soalan lagi, menang aku mug daripada Vision Works ye.

So sebelum wayang start tu, ktorang dinner beramai-ramai kat Kenny Rogers. Alah mudah dan senang kan, malas nak fikir panjang. Pilih menu yang biasa makan. Sambil makan, sambil borak-borak ye.


Meh layan sket sinopsos filem Papadom 2 ni ek,

"Papadom 2" mengisahkan tentang Saadom dan anak perempuannya, Mia yang kini sudah dewasa dan bekerja di Kuala Lumpur. Saadom yang ingin melawat anaknya mendapat tahu bahawa Mia kini sedang dilamun cinta dan bersedia untuk berkahwin dengan lelaki idamannya. Untuk menyelidik latar belakang bakal menantunya, Saadom menyamar di tempat kerja Mia di sebuah rumah produksi untuk menyiasat adakah kekasih Mia itu sesuai untuk dijadikan menantu.


3 orang suspek dikenalpasti Saadom sebagai berpotensi menjadi teman lelaki Mia dan dia memulakan operasi mengintip mereka. Hasilnya? Mengecewakan Saadom yang merasakan tiada di antara mereka layak mengahwini Mia.

Saksikan kisah kasih sayang melampau seorang ayah kepada anaknya dan rintangan dua beranak ini menyelesaikan masalah mereka dalam Papadom 2.


Bagi aku:

Pada mulanya aku dapat dapat agak jalan ceritanya look a like cam straight forward but not really actually ye. A twist di penghujungnya. Memang sangat kelakar, lawak-lawak yang terkini secara bersahaja je diorang keluarkan. Memang ada mesej yang di sampaikan, tentang diri sendiri, keluarga dan persahabatan. Pelakon pembantu macam Uncle Allen dan Yvonne menambahkan lagi keceriaan dalam filem ni.

Anyway, kasih sayang seorang bapa memang tak boleh di tukar ganti ye.


Aku suka:

Actually semua part aku suka macam Saadom berlagak cam kaki gangster, Saadom dan Allen jadi alien, part Shasha dengan budak runner, prof Balqis yang cantik dan ada lagi a few la. Mana boleh citer semua ek

Ok aku bagi 8.5/10 star ye

At end of the filem ni, tak dapek aku nak citer lah. Kang korang kata aku spoiler plak..



Baik cepat pi tengok ek, aku rekomen. Bawak sekeluarga pun tak per.


Anyway terima kasih Kenny Rogers for this special invite ye

credit pics to www.google.com

3 comments:

  1. sumpah best citer ni..must watch!

    ReplyDelete
  2. Best la dapat tengok citer nie arini....seronok je gelak sakan...hehehe

    ReplyDelete
  3. walaupon annoying... cute je bapak camtu...hheee

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!