Hi Korang,
Sekarang ni kucing hitam legam aku Dak UBAN tu dah ada kawan baru.
ni masa memula bawak dia balik umah, kecik je. macam anak rimau
Namanya Abang Nin, sempena warna bulunya yang kuning tu kan.
Memula malas nak bela seekor lagi tapi ramai yang kata at least bela 2 ekor barulah si UBAN tu ada kawan nak memain nanti. So tak delah keje dia nak gigit tangan aku ajak main kan.
makan kena asing, kalau tak kang gaduh je
Si Nin ni adik ipar aku Si Siti yang bagi.
Actually kucing ni dia jumpa dalam hujan kat bawah rumah dia, terperangkap dalam pokok-pokok. So si Siti ni amiklah dia then bela. Kemudian plak sibuk ktorang nak cari peneman Dak UBAN ni, itu yang dia bagi tuh.
Perangai Abang Nin berbeza langsung dengan Dak UBAN.
Si Nin ni macam kucing kartun Garfield tuh. Lazy fat cat. Sangat malas nak bergerak kecuali kalau Dak UBAN ajak main. Dia ni lepas je makan tup terus pi baring kat tempat-tempat yang dia rasakan selesa macam depan tv, atas katil aku, katil bilik belakang 2 bijik tuh.
Pemalas ya ampun.
Kekadang tuh sampai time makan pun kena kejutkan dia. Kuat tidur betul. Lepas makan kang, pi beri-beri then sambung tidur balik.
malaslah abg nin ni
Itulah kerja dia seharian, sampai Dak Uban paksa dia main dengan gigit-gigit leher dia nak suruh dia bangun.
Ermm
bangunlah wei
Itulah dia ragam 2 ekor kucing aku tuh. Memacam perangai, panjat-panjat tu tak kiralah. Kira sofa ktorang kat depan tv tu dah macam tempat PLKN diorang. Kejap terbang ke sana, kejap terbang ke situ. Diorang ni bukan berjalan kalau memain, semuanya melompat dan macma tupai je plak aku rasa.
Ok tu je aku nak citer, nanti sambung lagi ek pasal budak 2 ekor ni.
Oh ye, blogger K Jie ada tanye hari tuh, Dak UBAN tu jantan ke betina. Jantan K Jie, malas nak bela kucing betina nanti asyik beranak je. Bela dua-dua ekor jantan, barulah kucing GAY hahahaha havoc havoc havoc ee..
Urban sungguh kucing-kucing aku ni lah
comeynya... hehe kita pun ada kucing gak.. nama die boboy :) hehe
ReplyDeletekesian si uban tak kena layan dgn dak nin...hheee cute...
ReplyDeleteyela kak baru terfikir nak bela lagi sekor buat teman Kyuubi ^_^
ReplyDeletedua dua jantan terbaik wok!
Kucing kacuk dgn tupai tu kak...Tu yg suka melompat2 kot... :)
ReplyDeleteBagus juga kucing ni ada kawan
ReplyDelete