Thursday, November 7, 2013

Kontest Menang Dan Terbang Dengan SAUDI GOLD

Hi Korang,

Frozen food memang satu kemestian mesti ada dalam fridge rumah aku ni.

Tak kiralah drummet ayam, onion rings, french fries, nugget dan memacam lagi. Bukan apanya, balik keja dah tak tau nak masaka apa ke kan, goreng je terus boleh makan.

Kenyanggg..


So pernah dengar jenama frozen food SAUDI GOLD?

Aku biasalah, memang tau punya. Maklumlah sebelum membeli tuh, duk leka pilih yang mana satu sesuai dengan tekak kan. Memang ada banyak produk di bawah Saudi GOLD ni.

Selain daripada yang biasa-biasa macam nuggets, sausage, meatball, french fries, daging cincang, burger, drummet ayam, fried chicken yang special tuh ada scallop tau. Hebat kan.

Ada berita baik untuk korang yang kaki makan frozen food ni kan, Saudi GOLD sedang mengadakan kempen 'Beli & Terbang Bersama Saudi Gold'. Ermm menarik ni kan. Kontest lagi, aku memang suka kontest-kontest ni.


Nak join gak, mudah je cuma:-

·         Beli barangan Saudi Gold yang berjumlah RM25 ataupun lebih di dalam satu resit.
·         Lengkapkan borang penyertaan dan jawab soalan.
·         Sertakan resit dengan borang tersebut dan masukkan ke dalam kotak peraduan yang disediakan di pasaraya yang turut serta.

Kan aku cakap mudah, korang tak caya.

orang kuat Saudi Gold

Di antara hadiah yang bakal menanti pemenang 'Beli & Terbang Bersama Saudi Gold' ialah:-

Hadiah utama:
Pakej pelancongan untuk seorang ke Itali dan Austria

9 hari 7 malam ke Itali dan Austria pada musim sejuk


Hadiah kedua
Pakej pelancongan untuk seorang ke Korea

8 hari 6 malam Fun & Snow di Korea


Hadiah ketiga
Pakej pelancongan untuk seorang ke Harbin, China

7 hari 6 malam ke Harbin World of Ice


Hadiah penghargaan
4 hadiah saguhati berupa pakej ke Shanghai, China

5 hari 4 malam Shanghai Delight


Peraduan ini sudah pun bermula dari 21hb Oktober hingga 21hb Disember.

Korang boleh dapatkan produk-produk keluaran Saudi Gold ni di Giant, Mydin, Billion, Econsave, AEON Big dan mana-mana supermarket yang mengambil bahagian.


Untuk keterangan lanjut, meh klik dekat www.saudee.com pasal produk Saudi GOLD tau.

Best kan, bercuti di musim dingin tuh. Bolehlah berlagak dengan winter coat memasing kan.  Mesti laku punye Universal Traveller pas ni coz ramai orang nak travel ke oversea.

2 comments:

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!