Sekarang ni, tiap-tiap weekend jarang melekat kat rumah. Ada je keje-keje outing yang nak kena buat. Kalau dekat tak per gak, ni jauh. Lepas tu kena berulang alik malas plak.
Ktorang pun berehat di Homestay INDAH ALAM di Seksyen 22 Shah Alam ni.
Ini kira first time aku dengar, rumah kondominium dijadikan homestay. Kira special gak ni.
First impression bila masuk tempat ni, ooo rumah baru ni.
Jauh gak kena berjalan dari public parking untuk masuk dalam. Lepas jumpa Farhan dan register nama kat security guard barulah dapat masuk.
Kata Farhan, kami dah sediakan parking sekali 2 lot untuk penghuni homestay ni so takyah nak jalan je jauh. Semuanya bawah rumah je kat basement.
Blok untuk Homestay ni Blok 1-11-11. Maknanya tingkat 11 dan rumah no. 11. Cantik plak nombornya pandai tuan rumah pilih.
Jemputlah masukye...
First impression? Ya ampun luasnya rumah ni. Ada 4 bilik dan 2 bilik air berserta dapur walaupun bagi aku agak comel bersesuaian dengan homestay ni.
Ini adalah ruang tamunya.
Walaupun simple je perabut yang ada bagi aku cukuplah. Kita nak bergerak ke sana kemari pun senang. Bayangkan kalau penuh dengan perabut, mau pengsan rasanya bila nak jalan. TV mestilah ada, untuk hiburan di waktu senggang.
Meh kita intai satu per satu biliknya ye.
Bilik tidur utama (Queen Size Bed)
Bilik tidur kedua (Queen Size Bed)
Bilik tidur ketiga (Single Bed)
Bilik tidur keempat (Single Bed)
Memang lengkap dengan perabot bilik seperti almari baju, kipas dan air-con (kecuali bilik ketiga dan keempat). Luas memang betul luasnya. Iron, sejadah, tuala mandi untuk setiap bilik dan arah kiblat juga turut disediakan.
Ni bilik air plak, lupa nak letak gambar ek
Ni bilik air plak, lupa nak letak gambar ek
Ok dapur plak
Just nice.Alah nama pun rumah percutian so dapur pun turut bercuti gak lah. Comel sesangat. Ada sinki, microwave dan peti sejuk mini bar. Peralatan dapur macam pinggan, cawan, cutleries disediakan jugak. Kalau tak dapat masak, dapat panas-panaskan lauk pun jadilahkan.
So rehat-rehat sambil baring-baring dan akhirnya terus tertidur je... hehehehehe
Petang tu, ktorang turun ke tingkat 3 untuk berekreasi.
Ada swimming pool, children playground, badminton court dan gymnasium sekali tau. Orang tak ramai pun so sempat berendam sekejap untuk hilangkan rasa gian yang lama tak ke pantaikan.
Tak dapat pi pantai, swimming pool pun jadilah. Nak berjakuzzi penuh plak pool tuh. Tak per la probably next time.
Tak dapat pi pantai, swimming pool pun jadilah. Nak berjakuzzi penuh plak pool tuh. Tak per la probably next time.
Ada gak tempat untuk BBQ tapi kena inform tuan rumah dulu coz diaorang boleh arrangekan apa yang patut dengan management kat sana.
Nak masuk gym tapi dah basah-basah plak. Bukan tak de toilet nak bersalin bagai semua lengkap tapi swimming pool tu dah dok memanggil-manggilkan. Terjun tiruklah lepastuh.
Di sekitar kawasan ni ada tempat makan, cuma kena drive keluar coz jalan kaki dapat pi kedai mamak depan homestay ni je. Kira kalau tengah malam lapar boleh turun je ke bawah coz ianya 24 jam di buka.
Ada tempat-tempat menarik di sekitar Homestay Indah ALAM ni macam I-City (cantik bila pi waktu malam, boleh tengok lampu kat pokok), Bukit Cahaya Sri Alam Agricultural Park, Shah Alam Gallery, Shah Alam Lake Gardens, Sultan Alam Shah Museum dan pelbagai lagi.
Lepas tu homestay ni dekat kolej dan universiti di kawasan skesyen 13 ni macam Kolej PTPL, MSU, UNISEL, Politeknik Shah Alam, Giat Mara dan tak dilupakan juga UiTM Shah Alam. Kira kalau time konvokesyen tuh, sesiapa yang mencari homestay yang berdekatan memang inilah tempatnya.
Kadar sewa harian bagi Homestay Indah Alam ni ialah
Weekend – RM300 semalam
Weekday – RM250 semalam
So ini alamatnya
Kondominium Indah Alam
No.4, Jalan Jubli Perak 22/1,
Seksyen 22,
40400 Shah Alam, Selangor
40400 Shah Alam, Selangor
Website : www.homestaybyka.com
Ermm apa tunggu lagi.
Bukan setakat ada occasion je, kalau tup-tup nak berehat area Shah Alam pun boleh apa ke Homestay Indah Suri ni.
Sedikit komen atau pun cadangan untuk homestay Indah Alam ni
1. Tolong letakkan nombor kecemasan untuk dihubungi seperti nombor person in charge at least 2 orang. Lepas tu letak jugak alamat penuh sekali. Macam aku hari tuh, bila adik ipar aku tanya alamat, aku terpaksa bukak camera untuk cari alamat. Nasib baik ambil gambar kat pintu masuk, kalau tak payah gak kan.
2. Ini sesuai untuk orang yang stay lama kat Homestay ni iaitu mesin basuh. Kalau duk menyewa seminggu tak yah nak ke dobi untuk cuci baju coz semuanya dah ada.
Itu jelah kot yang aku rasa patut di ambil perhatian. Nampak cam simple tapi kalau tak de memang payah gak kan.
Sekali sekala jadi orang Shah Alam not bad gak lah.
Seriusly homestay kat AREA SINI adalah lebih menarik kalau dikira ruang dan hiasan tempat tinggal laa...
ReplyDeleteinsyallah kalau ada kelapangan boleh menginap kat sana
ReplyDeleteVisit
ReplyDeleteVeemazhomestay.blogspot.com
visit my blog www.homestay-seri-iskandar.blogspot.com
ReplyDeletesis ade no fon tuan rumah x??
ReplyDeleteContact no. x mention pn,camane nk cal ?!
ReplyDeleteCantik homestay ni.. Lagi2 area swimming pool. Nice
ReplyDeletehttp://urbanstay.weebly.com/
if free,visit homestay saya di puncak alam berdekatan uitm puncak alam. http://homestaypuncak-alam-allamanda-suite.blogspot.my
ReplyDeleteCantik homestay tu ~ kemas dan bersih je nampak :)
ReplyDeleteKepada sesiapa yg nak bercuti or berkunjung ke Melaka tu..
Jom Terjah: Homestay Muslim Murah di Bandar Hilir Melaka