Hi Korang,
Chatime memang favourite drinks ktorang berdua. Sedap dan suka makan bubble jelly tuh.
Lazattt...
Rasa mau minum je tiap-tiap hari kan.
So semalam aku sempat ke Chatime Headquarters di Kota Damansara untuk menyaksikan partnership di antara Chatime dan WeChat dalam sambutan 1 Million Cups.
Chatime + WeChat = WECHATIME!!
Apalagi, bergabung meletopsss lah kan.
Mr Louis Song, selaku Country Manager of Singapore dan Malaysia for International Business Group at Tencent, the company behind the WeChat apps berkata " Ini kali pertama WeChat bekerjasama dengan syarikat pengeluar minuman di Malaysia untuk akaun rasmi. WeChat juga menawarkan kepada jenama tersebut but setakat perkongsian aps malah menghadiahkan pengguna mereka dengan promosi yang ekslusif dan unik"
Di majlis pelancaran ini juga, Mr Bryan Loo, Managing Director of Chatime Malaysia berkata "Gabungan bersama WeChat ini akan membuka lagi satu langkah kehadapan kepada para pelanggan kami untuk lebih menggemari minuman lifestyle tea ini".
Masa event semalam tu, duta WeChat Shaheizy Sam dan Lisa Surihani pun ada gak datang, tapi aku tak sempat nak bergambar dengan diorang maklumlah ramai sangat reporter yang datang kan.
Perhaps next time,alah ade je banyak peluang lagi.
Ok untuk korang yang kaki 'CHATIME' drinker, ni ada berita BAIK aku nak kongsi dengan korang.
Mulai dari sekarang hingga 27 Oktober 2013 ni, pengguna WECHAT boleh mendapatkan minuman kedua CHATIME pada harga RM1 bagi setiap pembelian minuman pertama pada harga biasa.
Pendek kata, beli minuman biasa 1, second purchase tu harga RM1 jelah.
What an awesome deals kan.
Caranya:-
Korang add official account "CHATIMEMALAYSIA' kemudian download je voucher ni. Tak pun korang scan QR Code yang disediakan dan dah boleh terus redeem di Chatime outlets.
( 1 customer only entitle for ONE redemption )
Kalau korang bernasib baik, ada lucky draw gak tau di outlet yang terpilih. Ni aku dah attached kat sini, outlets yang korang boleh cuba nasib untuk pi ek.
Oct 18th – 20th
Klang Valley:
Pavilion, Berjaya Times Square, Lot 10, 1 Utama, Sunway Pyramid, Mid Valley
Oct 25th – 27th
Klang Valley:
Aeon Bukit Tinggi, Wangsa Walk
Penang:
Gurney Paragon, Bukit Mertajam
Ipoh:
Kinta City
Johor:
KSL City Mall
Apmacam? Mudah kan. Itula aku cakap.
Untung guna WeChat ni, selain kita boleh berkomunikasi dengan kengkawan kita dapat gak yam cha FREE kan. Sangat best oooo...
Jomlah lepak CHATIME hari ni ek.
Terima kasih kepada WeChat dan Chatime for this special invite. Selain dapat melawat office beso Chatime ni dapat gak minum-minum Passion QQ sebanyak mungkin ooo. Aku semalam minum ada 3 cawan, sebab suka kan.
Dah follow diorang kat WeChat...nanti nak beli kat branch kajang laaa
ReplyDeletesamalah.. suka passion fruit QQ tu... add bubles lagi la meletops kak..
ReplyDeleteassalamualaikum CLP...wah bestnya..:)
ReplyDeletesuka chatime passion fruit...SA xde wechat..tp surprisingly Dania ada WeChat...hurm...
ReplyDelete