Monday, October 28, 2013

Shell FuelSave Challenge 2013 & 13 Shell FuelSave Tips

Hi Korang,


Dah 4 tahun event Shell FuelSave Challenge ni, tapi ni baru first time aku dapat pergi kan.


Final challenge ni di adakan di The Saujana Hotel, Subang.

3 peserta terakhir mewakli zone utara, zon selatan dan zon tengah. Masa aku sampi tuh, diorang baru je berlepas untuk menjalankan challenge. Ala tak sempat plak kan nak tengok acara perlepasan.


Sementara nak tunggu diaorang ni balik, aku pergilah mencuba bebeberapa aktiviti yang team Shell telah sediakan.





So sambil mai-main tu, dapat jugak beberapa tips untuk menjimatkan petrol kereta kan kan.



Kemudian, ktorang ada briefing plak dengan Fahrin Ahmad alah pelakon comey tu. Dia kan Duta Shell FuelSave ni. Rupanya team Shell menghantar beliau ke German semata-mata untuk mempelajari teknik-teknik pemanduan bagi penjimatan minyak yang betul. Hah ko memacam lah dia citer, sampai dapat gak tips yang tidak di sangka ye.

Kejap je masa berlalu, tup tap tup tap..



Rupanya 3 peserta akhir untuk Shell FuelSave Challenge 2013 ni dah pun sampai ke hotel Holiday Inn. Bukan main meriah lagi sambutan tau. Memang havoc sangat, biasalah penyokong kuat bagi setiap peserta kan.

Memang seronok wei.

Ok ok acara penyampaian hadiaH pun bermula.



Ada sedikit speech dari Tuan Hj Azman Ismail, Managing Director of Shell Malaysia Trading Sdn Bhd and Shell Timur Sdn Bhd. Katanya mudah sahaja mengamalkan penggunaan bahan api yang effisien dan Shell begitu komited untuk memastikan para penggunanya bijak menggunakan petrol sebaik mungkin.



Lepas tu ada sketsa sket mengenai Shell FuelSave Tips ni. Lakonan DJ Adi (Era FM) dan Fan (My FM). Adoi yay, tergelak-gelak semua orang dalam hall ni. Memang sangat kelakar. Tapi dalam gelak ketawa tu terselit gak info kan macam

1. Plan Setiap Perjalanan
Macam jalan mana nak lalu, kalau kita dah boleh agak jalan jem kat mana, parking senang kat mana kan semua tu dapat menjimat petrol kereta kita. Tak delah kita terpusing sana sini.

2. Elakkan Membawa Muatan Berlebihan
Orang pompuan cam kita-kita ni, kalau bukak bonet kereta tu memang berlambak kasut dah macam kat rumah. Aku sendiri pun at least ada 5 pasang kasut dalam bonet untuk standby kalau ada event. Salah tu ye, kita kena kurangkan isi bebanan dalam kereta kita especially golf set, kasut, barang tak penting kan.

Itu baru 2 sketsa yang diorang lakonkan. Kalau semua sekali 13 tips, mak oi memang terus pecah perut di buatnya.

Now acara yang di nanti kan, keputusan bagi Shell FuelSave Challenge 2013


Tempat pertama - Grand Prize RM20,000 dan trofi
Amirul Fadzil (Central Region)

Tempat kedua - RM2,000
Phoon Kai Chiew (Northern Region)

Tempat ketiga - RM2,000
Lim Ser Jeng (Southern Region)


Ketiga-tiga peserta menggunakan laluan yang ditetapkan 120 kilometer dalam Hyundai-Inokom Elantra 1.8 Premium automatik. Amirul berjaya menggunakan 1 litre Shell FuelSave petrol untuk 23.48km. Fantastik kan.


Mehlah aku kongsikan secara ringkas Shell FuelSave Tips untuk korang ye

1. Use the correct motor oil for servicing
2. Keep your tyres at the right pressure
3. Drive smoothly
4. Use higher gears and avoid over revving
5. Use cruise control
6. Avoid high speeds
7. Use air conditioning sparingly
8. Plan trips carefully and avoid the rush hour
9. Avoid carring excess weight
10. Take the roof rack off
11. Fuel matters
12. Tune and service your engine and follow the guidance in your vehicle handbook.
13. Conserve momentum and keep your distance

Banyak dah ni ek.


Nanti aku akan elobrate lagi 13 penjimatan petrol ni dalam entry akan datang ye. Kalau citer semua kat sini takut korang plak muak nak membaca kan.


Apa pun tahniah aku ucapkan kepada para pemenang untuk Shell FuelSave Challenge 2013 ni. Rasanya untuk tahun depan cam aku plak nak join kan.

Thank you Shell for this special invite, memang bagus tips penjagaan kereta dan jimat minyak ni. By the way, korang kalau nak kongsikan tips pun bolehlah komen kat sini ek. Nanti aku akan inclulde untuk entry akan datang.


3 comments:

  1. tips yg memang berguna utk semua di kala tekanan dari kenaikkan harga minyak,,, good info CikLily

    ReplyDelete
  2. Muka hero ALI CAFE laa.... muka berseri sebab pakai Garnier kan si fahrin tu...ekekekeke

    ReplyDelete
  3. Biasanya untuk perjalanan jauh akan memilih minyak Shell lebih penjimatan tanpa mengurangkan prestasi enjin.

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!