Hi Korang,
Last 2 week masa cuti Hari Malaysia tuh, ktorg dapat invitation untuk mengabiskan masa berehat di Holiday Villa Hotel and Resort Suites di Subang Jaya.
Malas nak keluar KL masa cuti panjang coz takut jalan jem everywhere punya lah.
Lepas je makan di Empire Shopping Gallery terus je ke sini. Alah 10 minit drive je. Sesampai terus ke Business Centre di level 3 sebab ktorang under business. Wah dah macam ahli korporat kan.
lepak je Mr Big kan
Sementara menunggu 'check-in', berehat dulu di lounge Business Centre ni sambil minum fresh orange. Sangat refreshing.
Kemudian ktorang di bawa ke bilik ktorang tingkat 13. Sempat gak aku borak-borak dengan uncle butler yang bawakan beg ktorang ni. Rupanya dekat 20 tahun dia dengan Holiday Villa ni daripada kerja-kerja berat hingga kerja ringan semua dia dah rasa. Sememangnya dia happy bekerja di sini katanya. Alamak, boleh terlupa plak amik gambar uncle tuh.
Yeah, selamat datang ke bilik 1315. Jom kita tengok apa yang ada kat dalam ek
katil queen size
mau berendam gak kat bathtub ni
ada workstation gak tau
ada bathrope, ini dah bagus
Ermm sangat selesa untuk berehat. Bilik Corporate Deluxe yang sangat luas ni berharga RM630 semalam. Segala yang asas di sediakan seperti broadband internet access, personal toiletries, mini bar, piped-in music. Best tu.
bestnya buah
ada doorgift, nanti nak guna masa berendam dalam bathtub
Ktorang pun dapat complimentary fruit basket dan spa amenities. Yeah, tak sabar nak berendam dalam bath tub nanti.
jom terjun cepat
Petangnya plak aku ke swimming pool apa lagi mau rasa best ke tak berenang kat kolam renang bersaiz olimpik ni. Jawabnya penat giler ouls. Aku cuma larat separuh pool je. Berenang sekejap dan berehat menikmati view yang cantik ni. Mr Big tak de time tuh coz dia duk bantai tidur.
Naik bilik dan terus bersiap untuk international buffet dinner di Palm Terrace Coffeehouse. Gambar buffet makanan tak dapat nak amik coz time ni ramai betul orang sampai nak lalu ke buffetline tu boleh jem. Manager coffeehouse siap mintak maaf bebanyak kat aku pasal hal ni. Rupanya ada function kat sebelah Coffeehouse ni so diorang serve makanan kat tempat yang sama gak. Sebab tu tempat jadi pack.
Tapi apa-apa pun still dapat makan gak. Walaupun international buffet tapi curry meenya memang sedap sampai 2 kali tambah aku dibuatnya.
Tak sempat nak ke La Vida Lounge lepas makan coz ktorang keluar berjalan-jalan kat area Subang Jaya ni, alah sesaje cuci mata. Dah banyak dah perubahan kat sini. Jalan pun dah besar. Yang aku perhatikan banyak betul restoran Jepun. Even dalam sebaris shoplot tu, ada lebih dari 5 Japanese restaurant. Dalam hati bercakap agaknya ramai orang Jepun duk area Subang Jaya kot. So La Vida Lounge probally next time ye.
Esoknya bangun dan terus pi breakfast kat Palm Terrace Coffeehouse. Kali ni more relaxed sket coz orang pun tak berapa ramai. Majoriti guest hotel ni rasanya business kot. Dengar dari perbualan diorang more into jobs. Eh, ada plak staff coffeehouse ni yang tegur aku tanya cam ne food kat sini. Rupanya memang diorang dah diberitahu tentang kedatangan aku ni. Kira cam segan gak lah, ramai orang tegur kan. Dah macam VIP plak kata Mr Big.
Breakfast haruslah ada roti, nasi lemak segala jenis breakfast menu. Ok makan, makan dan makan sampai kenyang ye.
sakit tu, bila pijak batu-batu ni
Ktorang abiskan masa lepak kat area swimming pool lepas tuh. Aku sempat buat foot reflexology dan Mr Big plak ke gymnasium, alah sesaje menengok. Banyak gak facilities yang ada di Holiday Villa Subang ni.
Ada 10-lane bowling alley, open-air jacuzzi, table tennis, snooker, squash, children's play room dan Amoaras Relaxation Spa. Banyak kan.
Memang sesuailah kalau tak de apa nak buat time weekend ni, elok bawak keluarga bercuti di Holiday Villa Subang ni. Ada 383 bilik dan 9 restoran yang disediakan. Bagi syarikat yang tak tahu venue mana yang sesuai untuk dibuat meeting ke function ke kan, kat hotel ni ada 15 meeting rooms, 3 ballrooms dan juga fasiliti sukan dan rekreasi.
Anyway terima kasih kepada Holiday Villa Hotel & Resort Suites di atas jemputan istimewa ni. Dapat gak release tension ktorang berdua, rasa tenang dan damai je bila berada di sini.
Let Us Manja U memang menepati motto di Holiday Villa Hotel Subang Jaya ini.
Lain kali kalau ada budget lebih nak gak bercuti di rangkaian hotel under Holiday Villa ni la...
photos using Samsung NX2000
tak prnah singgah sini,,,
ReplyDeletenampak best
cantiknya beb gambar guna kamera nie... tapi kalau ada gambar awek La Vida tu mesti lagi best.....hahahaha
ReplyDeleteSeronoknya dapat jemputan!
ReplyDeleteTeringin nak bercuti dekat2 mcm Cik Lily dpt nih :)
Puas hati dapat sponsored tido dekat hotel macam ni kan.
ReplyDelete