Hi Korang,
Its makan time, moh citer pasal makan plak.
Sabtu lepas aku dapat jemputan ke Rumah Terbuka OLDTOWN White Coffee ni. Yang best tu dekat benau dengan rumah aku, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi. Tapi aku pi sorang je coz Mr Big ada gathering RC Tank plak kat Amcorp Mall.
Sorang pun ok, janji kerja jalan dan dapat makan.
Aku ingatkan cuma dalam cafe je diorang buat, la rupa-rupanya siap pasang khemah besau bagai. Ada anak-anak yatim, VIP, customer dan ramailah yelah dalam 2000 orang yang hadir. Hebat tuh.
Bukan makan-makan je tapi ktorang turut dihiburkan dengan pelbagai aktiviti permainan, pertandingan untuk anak-anak, persembahan pentas, ada badut dah macam karnival plak.
Seramai 100 orang anak-anak kurang bernasib baik daripada Rumah amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR), Yayasan Sunbeams Home dan Yayasan Chow Kit juga dijamu dengan hidangan yang menyelerakan dan diberi peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti masa majlis ni. Pihak OLDTOWN, menerusi bahagian Tanggungjawab Sosial Korperatnya, OTLD Children Care Fund (OCAF) turut menyampaikan duit raya dan cenderahati kepada kanak-kanak yang hadir.
Meh tengok menu sket
Sedap kan, rasa terus nak makan time tu gak. Tapi respek sket majlis ye. Sabar..
Rumah terbuka OLDTOWN yang julung kali dianjurkan ini merupaka satu kejayaan dan syarikat OLDTOWN White Coffee berhasrat untuk menjadikan majlis ini sebagai acara tahunan di mana semua rakyat Malaysia boleh bersatu dan bersama-sama meraikan keharmonian rakyat Malaysia.
Dapat gak kenal ramai kengkawan baru kat event ni, best tuh.
Anyway, terima kasih kat OLDTOWN coz sudi ajak aku makan-makan kat rumah terbuka. Lain kali kalau ada event cam ni lagi ajak aku tau.
Tengok makanan tu macam SET DULANG masa promo bulan pose aritu kan
ReplyDeleteMeriahnya, dapat pula makan free..pergh!! masyukk
ReplyDeleteAla...nape x ajak SA...bestnya....
ReplyDeleteWahhh seronoknya yang penting ada makanan tu huhuu
ReplyDeleteKalau datang main singgah je tak boleh ke? Hehe
ReplyDeleteSedapnya!!! Lapar betul rasa bila tgk gambar-gambar makanan ni...terutamanya ayam goreng rangup tu hehehehehe
ReplyDelete