Wednesday, July 17, 2013

FAIZAL TAHIR Bersama WATSONS Dan Azam Rayanya

Hi Korang,

Yeah puasa datang lagi, then lepas tu RAYA yeah!


Sesuatu yang setahun sekali datang dalam hidup kita ni mesti di hargai macam puasa macam raya kan. Seboleh-bolehnya kita nak treasure betul-betul, enjoy the moments.
Uisk ayat tak boleh blah hahahaha

Bercakap pasal raya ni korang pun mestilah pasang niat apa yang korang nak untuk Hari Raya tahun ni. Macam aku nak masak sendiri masa 1st day Raya tu nanti, maklumlah selama ni semua mak aku yang masak, aku cuma tolong-tolong sket je. So now, giliran aku plak masak kan.


Korang plak cam ne, mesti ada gak Azam Raya kan cam aku.

Kalau ada bagus!!

Bukan apa, sekarang ni WATSONS sedang adakan kempen ‘Azam Raya Bersama Watsons’ sempena bulan Raya nanti. Apa plak kempen ni kan?

Cam ni citernya,

Korang boleh hantarkan apa juga Azam Raya korang kepada Watsons di www.facebook.com/watsonsmalaysia sebanyak mana mungkin dan personality TV, penyanyi, composer FAIZAL TAHIR selaku DUTA bagi kempen ini akan menzahirkan Azam Raya korang ni ke lagu Raya ciptaannya yang akan didendangkan pada Hari Raya nanti.

Wah, kemain kelass kan. Dari berazam bagai terus ke lagu raya. Syiokk ooo


Eh ada lagi, bagi setiap Azam Raya yang terpilih  Watsons akan menghadiahkan RM5 beauty care vouchers untuk korang guna masa shopping nanti. Lepas tu, korang-korang yang hantar Azam Raya ni kalau nasib baik, salah seorang dari korang akan dipilih untuk beraya dengan Faizal Tahir di rumah korang dan Watsons akan sponsor catering makan tau. Wah, jimat duit ooo

Mana aku tau semua ni?

La hari tuh aku ada pi media launch untuk Kempen Azam Raya Bersama Watsons ni kat Al-Amar Restaurant, Pavillion KL. Siap ada Faizal Tahir sekali tau, lagi la best kan.


Masa sessi chit-chat tu, Director of Marketing and Business of Watsons Personal Care Stores Sdn Bhd, Ms Jessican Ng berkata ‘ In keeping with the spirit of this festive season, Watsons is happy to share our new campaign Azam Raya Bersama Watsons, with an objective to provide a platform to our valuable customers to share their Azam and inspire one another with uplifting stories. What’s more exciting is that our celebrity ambassador Faizal Tahir will compose an exclusive Raya song by seeking inspiration for the Azam posted on our dedicated facebook page.’


Kempen ini akan bermula dari 18th Julai hingga Hari Raya. So berdasarkan Azam Raya yang korang hantar tu, Faizal Tahir akan memilih yang mana bersesuaian untuk di masukkan ke lagu Raya ciptaannya nanti. Lagu Raya ini akan berkumandang semasa Hari Raya di TV, radio station dan juga di www.facebook.com/watsonsmalaysia dan juga di youtube.

Bestnya..


Selain daripada ni, jualan Hari Raya secara besar-besaran akan berlangsung dari 18hb Julai hingga 2hb September di kesemua Watsons outlet di Semenanjung Malaysia dan 25hb Julai hingga 9hb September bagi Sabah dan Sarawak. Kepada para pelanggan yang berbelanja RM30 ke atas, Watsons akan menghadiahkan tikets konsert untuk menghadiri Sambutan Hari Raya Watsons bersama Faizal Tahir pada 6hb September 2013 di Plaza Angsana, Johor Bahru.

Untung orang JB kan, dekat dengan korang lah. Orang KL boleh je datang ke JB kan.

Abis je chit-chat session tu, apalagi its makan time. Ktorg dijamu selera oleh Al-Amar Express Restaurant. 

Ye ko makanan arab tuh. 





Memacam la aku cuba. Sesuatu yang unik dan baru, so makan tak hingga kan. Diorg yang lelain ni, makan non-stop sambil tunggu peluang nak bergambar dengan Faizal Tahir kan.


Dapat makan + Dapat ambil gambar Faizal Tahir + Dapat goodies = HAPPY FACE!


Anyway thanks to Watsons for this special event, dapat gak jumpa 4 mata dengan Faizal Tahir ni dan juga pada Al-Amar Express Restaurant kerana menghidangkan makanan arab yang sedap lagi unik. Tak lupa gak untuk Nuffnang coz sudi ajak aku kan. Hehehehehe lain kali ajak lagi ek.

Ingat jangan lupa hantar Azam Raya korang tau di  https://www.facebook.com/watsonsmalaysia/app_199406096885124 


So korang apa lagi, cer cepatlah submit Azam Raya korang tu ek. Mana tau untung-untung ada rezeki masa Raya nanti kan.

Sesuci... di hening subuh sunyi

Sesuci... terdengar nurani
Sesuci... salam untuk Ilahi
Bagaikan memanggil insafi pada diri


Ewah lagu raya plak, sudahla puasa dulu ye

10 comments:

  1. waaaahhh... nak pegi watson.. beli barang RM30.. hantar azam.. dan yeayyy!!! open house!!

    ReplyDelete
  2. Amboi seronok dapat jumpa ST yerr,.. nyanyi lagu raya lagi.

    ReplyDelete
  3. peh ngam 12am terus up posting hahahhaha---on time kak!!

    ReplyDelete
  4. pika masih tak leyh lupa yang cik lily kata cik lily nak diet tu pasal makan sikit..hehehe..btw, nice to meet u again CIk Lily.. wink wink ^_^

    ReplyDelete
  5. pergh.. bestnya ada faizal tahir.. pergh

    ReplyDelete
  6. Untunglah! hehe macam best je contest tu....by the way Faizal nampak smart berambut pendek :)

    ReplyDelete
  7. lain ruper faizal tahir buat rambut kpop tu...hehehhe...ehhh baju kiter sama ler lily...

    ReplyDelete
  8. sebab dutanya laki aku tak teruja sangat haahhaha.... tapi gambar ngan AIR KOSONG tu tak leh blah kan

    ReplyDelete
  9. aiiiiiiii jeles...tak dapat pun gambar ngan FT...sob sob sob...

    http://www.alyzafisol.com/

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!