Hi Korang,
Kita sebagai surirumah yang senantiasa tak cukup masa nak handle segala jenis kerja kat rumah tu kan, sememangnya tercari-cari cara hilangkan kotoran degil pada pakaian, tips sabun basuh terbaik, tips penjagaan pakaian dan cara untuk buatkan pakaian tak luntur warna.
Betul kan?
Itulah selagi ada jalan mudah, selagi tu lah kite duk cuba kan.
Dan housewife yang tak berapa rajin cam aku ni memilih VANISH.
Ye betul, Vanish ni merupakan agen penghilang kotoran degil yang melekat kat pakaian. Bagi aku ianya harum dan tak menjahanamkan tangan aku. Yelah ko, kolar baju Mr Big berdaki ya ampun so aku kena rendam dulu dengan sabun biasa dan kemudian kena sental plak dengan berus baju lepas tu baru masuk dalam washing machine. Memanglah bagus boleh exercise tambahkan muscle kat lengan but masa tu terbuang begitu aje. Kena duk dalam bilik air berjam-jam untuk menyental kotoran degil ni.
Ni aku tunjukkan korang cara menghilangkan kotoran pada bathrobe aku ni dengan Vanish Power O2 Crystal White Fabric Stain Remover + Whitener (500 gram). Ini especially untuk apa jua jenis pakaian yang berwarna putih ye.
Memula nampak kan daki tuh, aku rasa compact powder dan blusher punya angkara ni. Make-up punya make-up terus tercalit kat situ kan.
Basahkan pakaian dulu. Kemudian ambil serbuk Vanish Crystal White Fabric ni dan sapukan di bahagian yang kotor tuh.
Kemudian gosok-gosok manja sket. Sapu sana sapu sini. Rajin sket ye, jangan nak malas plak.
Then barulah di rendamkan kedalam baldi dan tambahkan sedikit lagi serbuk Vanish Crystal White Fabric. Rendam semalaman katanya tapi aku tak yah semalaman pun. Dalam 5-6 jam gituh.
Toskan bathrobe tu dan masukkan dalam washing machine. Air dalam baldi tu buanglah takkan nak buat mandi plak. Basuh bathrobe cam biasa dan tambah sket lagi serbuk Vanish Crystal White Fabric masa basuh tu.
Hasilnya
Tada…
Bersih dan kotoran degil pun hilang dan harumnya
Ok aku cuba plak basuh soft toy dengan Vanish Power O2 Fabric Stain Remover (500 gram) yang botol bewarna pink tuh. I like pink ye
Tengoklah korang, berdanau hitam piak anak patung ni. Mana taknya letak kat kereta. Asal ada kotor sket dalam kereta bukan lap pakai tisu. Teddy bear ni semua jadi mangsa. Itulah berkeladak sungguh.
Teknik membersih yang sama macam pakaian gak.
Rendam semua anak-anak kecil ni dalam bekas. Penuhkan air dalam bekas tu, biar nampak terendam.
Ambil serbuk Vanish Fabric Stain Remover ni dan sapukan kat kotoran hitam kat soft toys ni.Urut-urut kat tempat yang hitam tu dan rendam semalaman.
Hasilnya selepas basuh dalam washing machine
Hah, putih-putih melati melepak dibuatnya. Dahla putih, wangi mengharum plak tu.
Itulah dia serba sket pasal pembersih kotoran Vanish Power 02 ni. Kira macam Vanish ni menyenangkan kerja-kerja membasuh aku ni. So tak delah masalah lagi kalau ada kotoran degil melekat kat pakaian dah. Lagi plak harganya berpatutan bagi aku RM13.80 sebotol. Tahan lama coz aku pakai sket-sket je.
Kalau korang ada tips ke teknik membasuh baju, boleh kongsikan rahsia korang di website Vanish ni http://bit.ly/1aIkd2I
Eh, ada lagi ye. Selain daripada kongsikan tips memcuci pakaian korang tu, korang ada peluang untuk memenangi hadiah istimewa seperti TV, mesin basuh, peti sejuk dan memacam lagi lah.
Bukan 3 pemenang je diorang cari malah lebih dari 10 orang. Kira ada chance besar boleh menang ni. Kalau aku, memintaklah menang tak kiralah apa hadiah pun. Rezeki tu semua.
So korang jangan lupa ye, join cepat. Mana tau ada rezeki korang kat sini.
Saya doakan menang..sebab gaya penulisan dan bukti yang ditunjukkan membuat aku tertarik nak mamakainya......
ReplyDeleteYang paling best gambar last tu menggambarkan kepuasan maksima si pengguna...hehehehe
Suka vanish....mmg menjadi pilihan hatiku...
ReplyDeletecomel bear2 tu da mandi :P
ReplyDeleteassalamualaikum CLP...wah mmg menarik ni sambil mencuci boleh join contest...;)
ReplyDeletewah.. memang betul2 berkesanlah.hehe
ReplyDeleteKira sambil nyelam minum air la ni..menghilangkan kotoran dan mengharumkan pakaian..terbaeekkk..
ReplyDeletewahhhhh... good luck ya... ;)
ReplyDeletedah putih2 melati dah hippo, kesian dia jadi mangsa dera, hehe =P
ReplyDeletepatut ler bersih berseri...guna Vanish yea....hehe
ReplyDeleteselalu dpt vanish yg free sample :p
ReplyDeleteI should try this on my softtoy =.=
ReplyDeleteHe's so dirty now!! Didn't know I could use it on them! Thanks for the tip!
nk try la! nk menag tv... leh letak dlm bilik sendiri.. syok tu...
ReplyDeleteJemput baca latest post saya - Monthly Favorites | June 2013
sempoi la beb.... nice tips dan penerangan for the product tue....
ReplyDeleteSis apa beza botol putih dgn pink to yer...
ReplyDeletekalau nk cuci baju yg bertompok dkt baju2 berwarna boleh ke uols...
ReplyDelete