Friday, July 5, 2013

Buffet Ramadhan 2013 Di ARMADA Hotel, Petaling Jaya

Hi Korang,

Sambung lagi cerita mengenai Ramadhan Buffet di Kuala Lumpur ni.


Now kita ke Utara Coffee House di Armada Hotel, Petaling Jaya. Lama betul tak ke sini, maklumlah PJ ni kan salah satu area yang paling sibuk dalam area Kuala Lumpur ni. Kalau salah timing, dekat 2-3 jam tersangkut dalam jem kat sini.

Hehehehee


Berkonsepkan ‘Selera Ramadhan Ala Kampung’, pihak hotel menyediakan lebih 100 jenis menu masakan ala kampong yang rasanya akan dapat mengimbau kembali nostalgia masakan air tangan mak atau pun nenek kita.






Korang dapat memilih segala makanan bermula dari kerabu, lemang, serunding, aneka jeruk, ulam-ulaman dan juga pelbagai jenis sambal. Oit I like sambal!

Makanan lain? Alah korang layanlah mata dengan tengok gegambar nie k.


















Amboi terus terbuka selera aku sekarang ni, sabo-sabo ek. Ada lagi ni, layan dessert plak.




















Apmacam? terbaek ooo



Untuk buffet ‘Selera Ramadhan Ala Kampung’ feast ni, ianya bermula dari 12hb Julai 2013 hingga 7hb Ogos 2013.

Harga buffet ramadhan di Utara Coffee House ni adalah

RM78++ untuk dewasa
RM54++ untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun) dan warga emas 60 tahun ke atas

Lepas tu plak diorang ni ada Pre-Ramadhan Buffet Dinner, kira macam korang boleh pi makan dulu la sebelum bulan Ramadhan, untuk ini cuma RM60++ untuk dewasa dari 24th Jun hingga 11hb Julai 2013.

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-7954 6888 ext 4557.



Jom kita ke

Utara Coffee House
Armada Hotel Petaling Jaya
Lot 4, Lorong Utara C, Section S2,
Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-7954 6888

Ye korang, aku rasa perut aku ni dah mula menunjukkan pembesaran 2x ganda kehadapan. Takutnya mak ai, janganlah seluar tak boleh muat nanti. Memintaklah bulan puasa ni kurus sket kan.

Selamat Makan Korang!





4 comments:

  1. tgk gmbr makanan automatik lprrrrrrr....beso tul kambil tu

    ReplyDelete
  2. wah meriah makanan siap ada kambing golek lagi..

    ReplyDelete
  3. Kambing panggang pun ada tu..

    ReplyDelete
  4. sesungguhnya SA x leh tahan tgok kamping panggang tuh,,,aduhai...bestnya..kecur air liur...

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!