Thursday, June 20, 2013

RM3 Je Sushi Sepinggan Minggu Ni

Hi Korang,

Aku rasa Sushi King memang pandai menambat hati loyal customernya

untuk yang ada membercard je tau

Rasanya cam baru je 2 bulan lepas, promotion RM3 sepinggan ni diorg buat. Ni buat lagi ek. Bagus cam ni kan.

Itulah untungnya ada member card Sushi King, apa privilège di situ.

tengok pinggan aku,cam kucing

So isnin lepas, during lunchtime ktorg serbu Sushi King The Mines ni, dah outlet ni je yang dekat so pi lah situ kan.  Memandangkan lunchtime ktorg 12.00 – 1pm so time ktorg sampai tu memang tak ramai orang, so dapatlah seat dengan tak payah menunggu.

telur ikan beso

di antara yang dibedal

salmon kat atas tu

Dalam masa 45 minit, ktorg boleh makan seberapa banyak pinggan sushi dengan harga RM3 sepinggan. Apa lagi, amik amik amik dan amik apa je yang nak makan kat atas conveyor belt tuh. Aku cuma aim salmon, tempura, telur ikan dan telur udang.

rambang mata memiliH

Asal lalu je, aku sapu. Pantang nampak pakai amik je. Sudahnya bertingkat-tingkat pinggan yang ktorg bedal.

kira pinggan kali pertama

kira pinggan kali kedua

Sudahnya semua sekali RM76 termasuk tax. So bahagi 4 orang, jadi sorang kena RM19 je. Makan cam nak gile cuma RM19 je, haruslah seronok.

Keluar dari Sushi King terus naik tangga then berjalan sampai ke parking coz nak kurangkan pulut yang ada dalam perut tu kan. Teruk betul perangai kan, bila dah kenyang baru nak insaf.

Ah sudahlah semua itu auta belaka…

Anyway, Selamat Makan Korang..





8 comments:

  1. mak aiiiiii bestnyaaaaaa just rm19 je sorang dengan apa yg dimakan.. mmg berbaloi baloiiiiii :)

    ReplyDelete
  2. hahahahahhahaah...
    walaupun itu auta semata...
    auta tu lah yg selalu i guna pakai....
    hahahahahaha

    ReplyDelete
  3. syok tu! sorg rm19! berbaloi! emp... ngidam sushi lak...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum CLP...wah sedapnya makan sushi ada promosi pula tu...:)

    ReplyDelete
  5. offer ni utk yg ada member card aje ke??

    ReplyDelete
  6. yeay!!! ada promotion!!! kita pun kaki sushi!!! :)

    ReplyDelete
  7. bila ntah nak terbuka hati nak mkn sushi ni. sekali jer pernah makan..haishh..balik keracunan makanan..huhuhu

    ReplyDelete
  8. tu dia ... makan pakai pembaris dah skang.... si jamar confirm suka sangat offer nie

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!