Hi Korang,
LUL tak sama dengan LOL ye, its totally different.
Light Urinary Leakage (LUL) atau Lemak Kawalan Kencing memang salah satu daripada penyakit wanita berumur macam aku ni. Kira macam dah jadi trend plak kan penyakit ni. Nampak macam simple tapi ermm payah nak cakap lah.
Wah kelas sungguh ayat kan. Kekonon nak menulis cam wartawan tapi habuk pun tarak. Hehehe..Ok ni aku nak citer sket pasal workshop yang sempat aku hadiri anjuran Poise mengenai L.U.L ni di Aloft Hotel kat KL Sentral tuh.
Cam biasa register dulu, then kemudian main game sementara tunggu orang lain sampai dan event start. Aku main 2 game dan menang hadiah gak lah, apa lagi barangan Poise lah.
Di samping tu dah gak kawan baru, dapat kenal dengan tokeh kek lapis Sarawak best gak, confirm2 aku dah dapat diskaun dah untuk promote product dia hehehe..
Speaker pada hari tu ialah Dr. Seri Suniza Sufian, Consultant Obstetrician and Gynecologist, Dr. Hariyati Shahrima Abdul Majid, Clinical Psychologist and Asst. Professor of Psychology, Neng Shahidah Sabullah, Women’s Health, Physiotherapist; Jasmine Loh (Asst Brand Manager), Kimberly-Clark Malaysia, tak ketinggalan juga DUTA Poise, Raja Azura.
Ok meh kita recap sket pasal LUL ni ye
Apa itu Lemah Kawalan Kencing (LUL)?
Ianya merupakan masalah kesukaran mengawal pengeluaran air kencing di mana otot lantai pelvik wanita menjadi lemah sehingga tidak cukup kuat untuk menahan air kencing daripada mengalir keluar.
Bergerak sket je, tup-tup nak ke toilet dengan tak sempat-sempat, itulah dia LUL
Punca terjadinya Lemah Kawalan Kencing ni?
Batuk, ketawa,bersin, usia meningkat, ketidakseimbangan hormon dan sewaktu mengandung
Ada ubat?
Langsung tak de. Kita kena belajar control pengawalan kencing tuh dengan senaman pelvic floor muscle dan juga menggunakan tuala wanita yang bersesuaian.
Rangkaian Poise yang terbaru ni di perkaya dengan pati semulajadi aloe vera dan vitamin E yang lama diketahui dapat melindungi kulit dari keradangan. Ianya direka dengan teras penyerapan-ultra untuk menyerap 2x ganda lebih cecair dan teknologi nyah bau untuk menghalang 2 masalah terbesar yang dihadapi oleh wanita yang mengalami LUL iaitu kebasahan dan bauan.
Sempat belajar senaman Kegel. Menarik senamannya, sambil duduk pun dah boleh buat.
Terima kasih pada Poise yang sudi menjemput aku ke informative workshop ni, hopefully kalau ada event sebegini dapatlah jemputan lagi ye.
Kita orang pompuan ni kena banyak berjaga-jaga, lebih-lebih bila usia meningkat. Ingat tu tau..
wah :)
ReplyDeletewww.cikfie.com
X dpt SA bygkan bila SA dh meningkat umur..la ni 35..another 5 years je...
ReplyDelete