Hi Korang,
Aku memang suka beli berus gigi yang packaging menambat hati aku. Asalkan ada warna pink handlenya corak cantik itu yang aku sapu dulu. Tak kira apa function pun janji cantik
But bila aku dapat invitation ke SYSTEMA Bloggers Brushing Day last week di TTDI, perception aku mengenai berus gigi ni terus berubah. Aku memang tak sangka berus gigi pun memainkan peranan yang penting dalam penjagaan gigi especially gigi aku yang berlapis dan bertaring ni. Dah macam gigi kucing plak ek.
Lepas registration, duk lepak-lepak dengan budak bloggers lain sambil borak-borak kosong kan. Belum start event lagi ktorg dapat makan. Best tuh, selalunya bila event abis baru dapat makan kan.
Apa lagi jom bedal tak ingat. Ada macam-macam makanan yang simple sesuai time brunch hari tuh. Ok semua makan, minum, tambah makan lagi.
Kemudian ktorg di berikan 2 batang berus gigi iaitu CURVE dan SLIM untuk memberus gigi. La patutlah suruh makan dulu, rupanya nak ktorg berus gigi kaedahnya. Teringat time sekolah dulu, lepas makan kena berus gigi kat tepi longkang kan hehhehehe eleh korang pun sama gak.
So dalam washroom nilah ktorg beramai-ramai gosok gigi. Memula cuba CURVE dulu. Memang selesa coz ada macam spring gituh.
pakai Curve dulu
ok yang SLiM plak
Then test plak SLIM, nampak halus je handle macam nak patah but once dah guna lagi selesa daripada yang CURVE tadi, rasa macam tertanggal semua kotoran degil
Lepas keluar washroom tu, berangin je dalam mulut. Sedap je baunya hehehe
Sampai disuruh makan balik pun, aku tak nak makan coz sayang dah berus gigi. Sampai cam tu sekali ek
Barulah start team SYSTEMA bercerita pasal penggunaan berus gigi ni
Betul ke semua berus gigi sama je functionnya?
Haruslah tidak. Setiap berus gigi mempunyai fungsi yang tersendiri ada yang bulu tebal dan ada yang bulu nipis. Macam SYSTEMA, saiz bulunya 0.02mm dan lembut membolehkan ianya masuk ke celah-celah gigi yang mana berus gigi lain payah nak masuk. Haluskan, aku sendiri pun baru tau ni.
Memang eloklah berus gigi SYSTEMA ni untuk mereka yang mempunyai gigi sensitif. Gigi sensitif tak boleh diberus dengan berus gigi yang ‘hard bristles‘ kerana ini merosakkan enamel dan boleh menyebabkan masalah gusi tau.
Mak oi memacam info yang aku baru tau mengenai berus gigi SYSTEMA ni, serius aku memang tak pernah kisah pun
So di antara yang dapat aku belajar dari event ni ialah
Tips penjagaan gigi dan mulut
1. Kena pilih berus gigi yang bulunya berhujung tirus so senang nak keluarkan kotoran degil yang terselit
2. Kepala berus gigi pun kena pandai pilih, kalau mulut kecil tak kan nak pakai berus gigi yang kepala besar.
3. Pemegang pun kena selesa gak baru best berus gigi.
4. Jangan berus gigi dengan kuat secara agresif, boleh tercabut gigi ooo
5. Berus gigi perlu di ganti setiap 3 bulan tapi kalau korang demam, selsema, sakit tekak sila tukar terus ye takut kuman dan bakteria bersembunyi kat bulu-bulu tu dah korang kena jangkitan lagi teruk kann
Ok ada berita baik untuk korang ni.
SYSTEMA amatlah bermurah hati nak bagi korang berus gigi 0.02mm tu kat korang secara PERCUMA. Ye lah FREE tu dengan hanya jawab soalan mudah (jawapan ada kat entry aku ni tau)
Meh klik kat SYSTEMA facebook page KEEP SMILING ni ye (https://www.facebook.com/ KeepSmilingMY)
Bila dah LIKE baru boleh ke sini (https://www.facebook.com/ KeepSmilingMY/app_ 129370140600120) dan jawab soalan pasal berus gigi SYSTEMA ni..
Hehehhe
Senang jelah.
Penting tu jaga gigi, apsallah aku sambil lewa je bab ni kan. Kalau aku tau dah confirm-confirm aku jaga gigi dari dulu, mana tau boleh jadi model gigi kan heheheheheh
Thanks SYSTEMA for this special briefing, memacam info yang aku dapat ek
memang pakai systema pun kat rumah... dan harus tangkai warna pink occay? *_^
ReplyDeleteMemang best berus gigi nie... rugi betul aku tak dapat join ....huhuhu
ReplyDeletealololo..comel je berus gigi tue. akak dah boleh jadi duta dah ^_^
ReplyDeletehehehehe.. stress je muka kita dalam wash room. padahal nak berus gigi je kan!
ReplyDeletenak gak la sample percuma. selalu pakai oral b ajer.
ReplyDeleteThanks.. akan jawab soklan jugaklepas ni :D
ReplyDeletebristle merujuk kpd bulu ape?
ReplyDelete