Hi Korang,
Actually citer ni dah lama tapi tetap aku nak citer gak.
Walaupun ktorg ni boleh dikatakan tiap-tiap bulan ke Melaka but memang tak de masa nak explore kedai Coconut Shake Klebang ni. Ada je event lain yang nak di buatkan.
So cuti panjang bulan Disember lepas, dapat gak abiskan masa kat area Melaka Town ni.
Ktorg tak de GPS so just ikut kata hati dan berpandukan signboard yang kejap ada kejap hilang tu kan. Drive slow-slow , tengok kampong orang dan akhirnya dengan tak sengajanya sampailah ke Jalan Klebang yang ada Coconut Shake ni.
ye pakcik belah kelapa pun nak amik.. POYO!
Memula park kat tepi jalan, mak oi panjang betul barisan line-up then terpandang sign yang kata ada tempat untuk duduk makan dan minum, so naik kereta balik pusing dan masuk kedalam. Rupanya kedainya bersambung dengan umah. Agaknya tokeh dia punya lah kan.
dengan Samsung GALAXY camera, ZOOM saje.. mudah kan
Orang tak berapa ramai, maybe hari keje kot. Dapat meja dekat dengan kaunter makanan dan terus duduk. Tak order makan pun, duk try test cuba rasa Coconut Shake ni.
Not bad. Air dan isi kelapa di blend sekali dan diletakkan ais krim Vanilla. Memang terbaik ooo pekena time pepanas ni.
Mr Big siap tambah lagi 2 gelas tau. Sampai tunggu tuh, pi pilih kuih jap la.
Tengah duk fikir karipap mana nak pilih, tup-tup ada orang dah amik penyepit tu dulu. Ishk terus aku membebel sendiri, konon marah dengan orang tuh.
Bila baru je nak duduk, Mr Big cakap dengan aku "U tau tak, yang U berebut penyepit tu dengan Anuar Zain, tak perasan ke?". Sekali aku pandang la memang ye bang Nuar kain pelikat uolls. Dahla duk sebelah meja je dengan ktorg, siap senyum lagi tuh.
Aduiyai, rasa nak letak muka dalam blender coconut shake tu jelah..
Malu yang amat!
Aku rasa yang datang dengan dia tu family dia kot, maklumlah dia kat orang Merlimau. Walaupun aku dah pernah jumpa bang Nuar ni banyak kali, but still rasa melting-melting tu ada gak tau. Tak sampai 5 minit dah ramai sibuk nak bergambar dengan dia.
Mr Big tanya tak nak pi ambik gambo dengan dia ke. Aku macam ala tak per lah, ramai sangat orang berkerumun kat tempat dia tuh. Masa ktorg nak balik tuh, tup-tup dia cam perasan muka aku tak berape nak comel hodoh ni tak dapat bergambar then dia panggil nak ambik gambar dengan dia tak? Apa lagi langsung tak lepaskan peluang lah.
Meh layan INSTAGRAM aku ni kan.
Hehehehehhehe konon malu tapi mau.. pirahhhh..
Mau tak seronok selain dapat mentekedarah Coconut Shake Original Klebang ni bergelas-gelas dan gak bergambo dengan penyanyi kegilaan kengkawan aku masa UiTM dulu.
Ok ok enough Anuar Zain, meh citer balik pasal Coconut Shake ni.
Kalau korang nak pi kesini gak, ni aku kongsikan koordinat GPS untuk kemudahan korang (aku cilok dari Google ye).
2 12'57.20"N, 102 12'24.09"E
Klebang Original Coconut Shake
Along Jalan Klebang Besar (next to Caltex Petrol Station)
Opens: 12.30pm-6.30pm daily (Friday: 2pm-6.30pm)
Ermm Klebang Original Cocinut Shake memang AWESOME dan SUPERB!
harusla gegambo semua guna Samsung GALAXY Camera ooo, baru masyuk!
eeeiiiii ni yang jeles ni hahahah... siap panggil lagi tu... takpa sabtu aku jumpa anuar zain kat shah alam hahahhahahahha
ReplyDeletewow...anuar zain? cair... memula tengok coconut shake dah cair... ni anuar zain pulak..lagi cair...psssttt tak mintak tiket konsert free ke?
ReplyDeletefuh!!
ReplyDeletexpernah dapat merasa...
tapi kalau xminum air kelapa..
agak2 coconut shake ni bleh diterima tak?
ehehhee
Dah lama tak pekena benda ni. Bila la lagi dapat merasa.
ReplyDeletemak oii...selain dapat minum coconut shake klebang.yg famous kalah retiss..jumpa plak retis AZ...maunya x bangga kan...
ReplyDeletemmg tmpt ni terbaekkkkkk arr dia nye COCONUT SHAKE ..
ReplyDeletekalau g melaka mmg wajib singgah kcuali kalau g malam ler.. hihiih
dlu kdai yg luor tu je, now dh beso dlm pun ado ..
best nye dpt ketemu abg nuor huhuhuh
*** salam kenalann
akhirnya keluar jugak yea kisah bang nuar nie yea.... p/s : UNTUNG laaa retis ajak bergambar kan....ekekekeke
ReplyDeletemmg terbaik coconut shake nie....satu tak cukup. rasa nak repeat je lagi...
ReplyDeleteakak..next time kalau nak berebut ape2 tengok muka dulu tau.. mane tau kot2 brad pitt ke..tom cruise ke.. bechkam ke kan? hehehe..tapi mmg lawak..hehe
ReplyDeleteLama tak pegi pantai klebang.
ReplyDeleteDulu time2 matriks londang selalu jgk pegi
kesedapan coconut shake tu terus dilupakan bila nampak Pak Ngah Nuar...ekekekekeke...
ReplyDeleteaku xpeduli coconut shake ke hapa ke...bila dah nmpk abgnuar chentaku ittew
ReplyDeleteAritu g melaka, mula2 nak masuk bandar tu dah nampak signboard pantai klebang.. tapi bila pusing balik dah tak jumpa signboard tu.. dahle takde GPS.. huhuuu.. melepas nak makan coconut shake ni... huhuuu... sedap sgt ke kak? hahahahha...
ReplyDelete