Thursday, December 6, 2012

PickNik @Solaris Dutamas

Hi Korang,

First time dengar nama restoran ni, ingatkan restoran berkonsepkan piknik (berkelah) but lain rupanya. 


Well salah ok!


Picknik ni merupakan cafe yang menghidangkan segala jenis makanan barat ala ‘comfort food’ yang mana rasanya seperti kita memasak dirumah c kita tak de masa nak masak je kan.


Tuan punya cafe adalah Nik Michael yang merupakan peserta MasterChef 1 dan juga host rancangan ‘Hello Bro Tolong Masak’ yang disiarkan di Astro Ria tidak lama dulu. Kira macam family gituh coz bapanya Dato’ Nik Ezar juga merupakan executive chef di PickNik ni.



Simple je deco café ni, rasa macam kat umah je. Friendly enviromentlah.


Malam ni ktorg di hidangkan beberapa signature dish, hasil air tangan pasangan anak beranak ini.

Di antaranya

Stracciatella Soup (RM7)
Sup ayam Itali, ada parmesan cheese, croutons, daun parsley dan putih telur

Watercress and Pear Salad (RM13)
Gabungan watercress dan pear manis yang dihiris halus, potongan strawberi, kepingan almond di tambah pula dengan sos rahsia istimewa honey mustard. Sayur dan buahnya segar.

Lamb Cutlet per piece (RM20)
Daging kambing grill yang di perap dengan rempah cili korea dihidangkan dengan sautéed spinach. Memang terasa rempah cili tuh. Tak pedas pun.

Chicken Liver Pate (RM16)
Hati ayam yang direbus dan di perhalusi di dalam cream dan dihidangkan dengan roti bakar. Rasa hanyir langsung tak de

Deep Fried Squid (RM14)
Sotong goreng dengan adunan tepung, di hidangkan dengan sos chili salsa. Tepung tak tebal so ranggup bila makan

Spaghetti Aglio Olio (RM14)
Pasta yang ditumis bersama bawang putih dan olive oil, beserta chili flakes dan udang. Simple dan sedap

Spaghetti Marinara (RM30)
Spaghetti makanan laut yang mengandungi sotong, ikan, udang, kupang dan herba di dalam sos Napoli. Sosnya memang terbaik, sedap. Ada plak cheese sket, seafoodnya ok besar-besar saiznya

Gabungan 3 Dessert dalam satu pinggan

Peanut Butter Slice (RM8), Peach Apple Cobbler (RM7), Salted Caramel Brownies (RM12)

Memang sedap, terasa yang amat peanut butternya di tambah pulak dengan sos coklat yang lazat. Tak boleh di sangkalkan lagi kenakkannya. Ada manis, masin dan rasa buah yang lazat.


Harga ok kan, tak de mahal sangat pun berpatutan. Sesuai untuk orang cam kita-kita ni.

cilok dari FB Nik Michael eheheeh jangan Nik ye...

Yang bestnya café ini, kita dapat menyaksikan sendiri bagaimana Nik Michael memasak dihadapan para pelanggan kerana dapurnya yang ‘open concept’. Turun escalator je dah boleh nampak Nik Michael masak. Best tuh. Leka aku sekejap tengok cara dia masak, rileks dan tenang je siap boleh borak-borak lagi dengan customer yang ada dekat situ.

Korang nak pi, ni alamatnya

PickNik Cafe
UG1-05, Block A4,
Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1,
Sri Hartamas Kuala Lumpur

Betul lah Nik Michael yang masak tau, korang boleh check it out nanti kat kitchen dia. Dia sedia je menanti kedatangan korang tau.

Selamat makan ye..






7 comments:

  1. pergh.. pernah jugak datang ke sini.. tapi tak masuk, tgk daripada luar je.hahaha

    ReplyDelete
  2. Bikin mengundang nafsu makan nehhhh!!!

    *telan air liur* Aglio olio tu sedap tak??

    ReplyDelete
  3. hurmm... aku tak sampai lagi kat solaris nie...memang banyak tempat makan best2x kan... aku tunggu che lah punya restoran laa

    ReplyDelete
  4. nik micheal.... jeles ai tau... huhuuuu

    ReplyDelete
  5. peh, banyak yang sedap-sedap nih..

    ReplyDelete
  6. skrg ni nama menu pn lain and harga pun lain..baru pegi malam td..lps tgk blog u ni dah tau nak makan ape..dah sampai amek ko harga double katanya..overpriced..portion sikit..x kenyang..balik carik nasi goreng kat rumah..huhu..

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!